w a n n u r s y a r i f a h

Cara Melakasanakan Dam Takhyir Taqdil

Dam Takhyir Taqdil

Bagaimana Membayar Dam Takhyir Tadil ?
“Takhyir” bermaksud boleh dibuat pilihan daripada perkara-perkara yang ditetapkan. “Taqdil’ bererti satu dam yang sah, dipindahkan kepada nilai harganya, apabila seseorang itu tidak mampu untuk mengadakan sembelihan atau mengeluarkan makanan, melainkan untuk berpuasa.


Membayar dam untuk kesalahan melakukan salah satu dari dua perkara iaitu:

Membunuh binatang darat yang boleh dimakan dagingnya.

Menebang, memotong dan mencabut tanaman di tanah suci.
Dendanya adalah sebagai berikut ini:

  • Menyembelih 1 ekor unta atau

  • Memberi fidyah kepada fakir miskin senilai 1 ekor unta itu, atau

  • Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli mengikut nilai haiwan sembelihan.



  • Memburu binatang buruan, damnya ialah :- 

Menyembelih binatang yang sebanding dengannya; jika binatang buruan itu seekor rusa, maka binatang sebandingannya ialah lembu. Jika binatang buruan itu ialah seekor kijang binatang sebanding dengannya ialah seekor kambing.Dagingnya hendaklah sedekahkan kepada fakir miskin di Tanah Haram Makkah, atau

  • Dibelikan makanan dengan nilaian harga yang sama kemudian disedekahkan kepada fakir miskin di Tanah Haram juga, atau

  • Berpuasa beberapa hari dengan bilangan cupak yang dapat dibelikan dengan harga nilaian itu (secupak dikenakan bagi se hari berpuasa)




Adapun jemaah haji atau umrah yang melakukan salah satu kesalahan yang dilarang semasa ibadah haji atau umrah,dam atau denda dikenakan sebagai menampung ibadah haji atau umrah mereka.


   وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَٰلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).(Al-Baqarah 2:196) 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۚ وَمَنْ قَتَلَهُ مِنْكُمْ مُتَعَمِّدًا فَجَزَاءٌ مِثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًا لِيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ ۗ عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ وَمَنْ عَادَ فَيَنْتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.

(Al-Maaidah 5:95)

DAM

Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama’ Syafi’i, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.

HIKMAH DAM


  • Menampung kekurangan dalam ibadat haji atau umrah
  • Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji atau umrah
  • Meringankan bebanan jemaah haji atauumrah


Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir taqdil.
0 Komentar untuk "Cara Melakasanakan Dam Takhyir Taqdil"

Popular Posts

Back To Top