w a n n u r s y a r i f a h

Photografi Wanita Pertama Palestin Karima Aboud

Juru foto profesional palestin Karima AboudPhotografi Wanita Pertama Palestin  

Karima Aboud wanita pertama yang menjadi juru foto di palestin selepas mendapat sebuah kamera dari ayahnya.Lantas itu,dengan berbekal hadiah kamera dari ayahnya,beliau mula mengambil beberapa foto-foto semulajadi disekitar tempatnya.Lalu meneruskan minatnya dengan mengambil foto kekeluargaan,bandar-bandar dan sebagainya sebelum mulai mempelajari juru foto yang profesional pada tahun 1913.

Hasil karya Karima AboudDan sejak itu,beliau semakin lebih arif mengenai selok belok bidang photografi dan kamera.Seni minatnya kian berkembang hingga beberapa fotonya mendapat tempat di lapangan masyarakat.Tidak hanya bergerak sendirian,Karima Aboud turut membuka studio miliknya bagi menghubungkan minat dan kerjaya dalam bidang yang sama.Setiap karya seninya diterjemahkan distudio agar penghasilan karya menjadi lebih bermutu dengan adanya studio photografi.



    Secara gambaran awalnya,Karima Aboud bukanlah wanita pertama atau satu-satunya yang memengang kamera di Palestin,akan tetapi,karya dan minatnya serta studionya itu memungkinkan beliau adalah juru foto wanita pertama di palestin yang memiliki semua ciri tersebut.

    Sehingga kini,terdapat lebih 400 foto hasil kerja seni Karima Aboud yang dikumpulkan oleh seorang pencinta karya seni israel.Wanita ini dilahirkan pada 1894,mengikut riwayat lain,pada 1896,maka secara tepatnya diantara tahun tersebut tidaklah jauh,cuma catatanya berselisih sangat dekat,namun,bakat dan kerjayanya tidak dapat disangkal lagi.

    Rujukan;
    http://fatimaabbadi.blogspot.my/2015/02/first-woman-photographer-in-palestine.html?m=1
    Palestine Information Center
    0 Komentar untuk "Photografi Wanita Pertama Palestin Karima Aboud"

    Popular Posts

    Back To Top