w a n n u r s y a r i f a h

Ngidam Satay Padang


Ngidam Satay Padang
Rasa ngidam pula mahu makan satay padang.Satay padang ni biasa terjual di pasar-pasar malam.Yang saya suka sangat dengan satay ni adalah kuahnya yang sangat berempah.Mula saya mengemari satay ni adalah bila umie saya membeli satay ni dipasar malam.Pada asalnya saya tidak makan satay padang ni.Kemudian bila dah mencuba satu demi satu di iringin pula umie saya gemar beli satay ini,maka saya kerap mencubanya hingga menjadi suka pula.Apa yang umie saya suka,menjadi kesukaan saya,jadi disitu berkongsi kegemaran yang sama.Disitulah bibik awal pertemuan jodoh saya dengan satay padang.

Ngidam Satay Padang
Satay padang ini ramuanya tidak lah saya ketahui,tapi didalamnya mengandungi keropok dan nasi impit berserta kuah berempahnya yang beraroma.

Tidak ada bawang atau timun yang selalu ada pada satay biasa kita makan.Satay padang ini berasal dari negara Indonesia.Jika kita ketahui,di Indonesia terdapat satu tempat itu namanya Padang,mungkin dari situlah satay ini berasal hingga diberi nama Satay Padang.Kuahnya juga berlainan.Yang selalu kita ketahui,satay mesti ada kuah kacang,tapi kuah satay padang ini mempunyai kuahnya tersendiri.Kuahnya pedas tu tidak lah pedas sangat,tapi rasa berempah,itu yang saya suka.Dan memanglah saya menyukai makanan yang berempah salah satunya satay padang.



    Kalau di kl tu,mungkin tidak sukar untuk mendapatkan satay padang ni,paling mudah di kampung baru.Kalau di tempat saya,seminggu sekali akan ada pasar malam.Namun jika mahu makan pada hari-hari biasa,di kampung baru ada tempatnya.Tidak sukar rasanya mahu mencari masakan menu indonesia di malaysia sekarang ini,lebih-lebih lagi di kampung baru.Antara contoh lain menu masakan indonesia adalah daging salai cili.Sampai hari ini masih teringat masakan tu.Masakan melayu yang saya gemar pula adalah kari dan masak lemak cili padi.Tapi jika disebelah utara sebutan dua masakan menu melayu itu mungkin berlainan dengan yang lain.



    Foto Kredit:http://indonesiaoriginalrecipes.blogspot.my/2013/12/satay-padang-sate-padang.html
    0 Komentar untuk "Ngidam Satay Padang "

    Popular Posts

    Back To Top