w a n n u r s y a r i f a h

Daging Rusa Ternak Yang Sedap

Daging Rusa Ternak
Pernahkah diantara kita mencuba kelazatan daging rusa yang diternak ? Tidak terfikir kan...pengalaman saya makan daging rusa sebelum ini berasa begitu tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Daging rusa isinya lembut dan sedap dimakan.Rasa dagingnya berbeza dengan daging-daging yang lain.Saya sebelum ini diberitahu oleh sahabat saya daging rusa sedap,sejak itu saya peminat daging rusa.

Dulu saya kerap makan nasi goreng daging rusa.Harganya sedikit tinggi iaitu rm12.00 untuk satu bungkus nasi goreng daging rusa yang dicincang.Seminggu sekali kadang kala saya akan beli.Suka rasa dagingnya yang lain dari daging-daging yang biasa saya makan.


daging rusa segar dari ladang
Sekarang ini,untuk mendapatkan daging rusa,tidak sesukar dahulu.Lama juga untuk mendapatkan stoknya.Sekarang sudah ada beberapa ladang khusus bagi ternah rusa untuk mendapatkan dagingnya.

Jika sekali sembelihan untuk seekor,daging rusa biasanya menghasilkan berat sekitar 50-55kg mengikut saiz fizikal rusa dewasa setakat yang saya tahu lah.Rata-rata begitulah hasil daging yang seekor.


Contoh ladang rusa yang ada dimalaysia adalah di rantau panjang,Kelantan.

Kita boleh melawat dan beramah mesra dengan rusa-rusa disitu.Tambahan pula,rusa-rusa disitu agak bermanis muka menerima tertamu yang berkunjung.

Selain melawat dan beramah mesra dengan rusa,mereka yang berminat untuk mendapatkan dagingnya,bolehlah sahaja.Daging rusa segar dari ladang.Sesekali mencuba daging rusa untuk menikmati dan mengambil pengalaman peribadi.


ladang rusaBilakah Waktu Melawat Ladang Rusa ?


Kunjungi farm rusa di Rantau Panjang,Kelantan.
Dibuka 9am-6pm.Setiap hari.Masuk PERCUMA. atau pergi ke AfiaDeerFarm

Tentang harga daging rusa ternak saya tidak dapat anggarkan disini.Selalunya mengikut tawaran.Kadangkala tinggi kadangkala rendah.Disebutkan itu,lakukanlah tawar menawar antara pembeli dan penjual.Mahu lebih tahu secara lanjut layari www.afiadeerfarm.com
Tag : Daging Rusa
0 Komentar untuk "Daging Rusa Ternak Yang Sedap"

Popular Posts

Back To Top