w a n n u r s y a r i f a h

Berdoa Diiringi Nama Nama Allah

Iringi Doa Dengan Nama-Nama Allah Yang Maha Agung dan Mulia


عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّي ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى

Berdoa Diiringi Nama Nama Allah.
Dari Anas bahawa ia duduk bersama Rasulullah SAW dan terdapat seorang laki-laki yang melakukan solat, kemudian ia berdoa;


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

(Ya Allah, aku memohon kepada Mu bahwa bagi Mu segala pujian, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi. Wahai Zat yang memiliki keagungan, serta kemuliaan, wahai Zat yang Maha Hidup, lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya).

Kemudian Nabi SAW bersabda: "Sungguh ia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, yang apabila dipanjatkan doa kepadaNya dengan nama tersebut maka Dia akan mengabulkannya, dan apabila Dia diminta dengan nama tersebut maka Dia akan memberinya." (HR Abu Daud No: 1277) darjat hadits Sahih.

Pengajaran:
1. Antara waktu dan tempat yang baik berdoa ialah selepas solat.
2. Sesiapa yang berdoa dengan diiringi nama-nama Allah yang agung dan mulia, Allah akan mengabulkan permohonannya. Antara nama-nama Allah yang agung dan mulia :


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Mari kita iringi doa kita dengan nama-nama Allah yang Maha Agung dan Mulia.

Tag : DOA, Hadits, ISLAM
0 Komentar untuk "Berdoa Diiringi Nama Nama Allah"

Popular Posts

Back To Top