w a n n u r s y a r i f a h

Hadist Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Serta Niat Puasa

Hadist Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Serta Niat Puasa
Niat Puasa Isnin Dan Khamis Serta hadist mengenaiya.Niatnya ringkas sahaja,mudah dihafal seiring keinginan hati untuk beribadah kepada Allah.Selain daripada puasa wajib (ramadhan),islam juga memiliki ibadah sunnah,iaitu puasa-puasa sunat.

Salah satu puasa sunat itu adalah termasuk puasa pada hari isnin dan puasa pada hari khamis.Proses puasa itu tidak jauh besar,cuma dari segi niatnya sahaja.Jika puasa pada hari isnin,ada niat puasa hari isnin,begitu juga puasa pada hari khamis,ada niat khususnya iaitu niat puasa pada hari khamis.

Contoh puasa-puasa sunat adalah seperti:

  • Puasa dalam bulan Sya’ban
  • Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  • Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  • Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
  • Puasa pada hari Isnin & Khamis
  • Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
  • Puasa satu hari berbuka satu hari 
  • Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  • Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah;

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU SAUMA YAUMAL ITSNAINI SUNNATAN LILLAHI TANA’ALA
Saya niat puasa hari isnin, sunnah kerana Allah ta’ala. 

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU SAUMA YAUMAL KHOMIISI SUNNATAN LILLAHI TAA’ALA
Saya niat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala.

Hadist Mengenai Puasa Isnin dan Khamis

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”- (Riwayat Imam Tirmizi.hadis ini hasan sahih).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” – (Riwayat Imam Tirmizi).


Syarat-syarat Puasa


Terbahagi kepada dua;

I)Syarat-syarat wajib
II)Syarat-syarat sah

Syarat Wajib Adalah;

I)Islam
II)Baligh
III)Berakal
IV)Berupaya(Sihat)
V)Bermukim

Syarat Sahnya Pula;

  • Islam
  • Berakal
  • Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari 
  •  Niat

Rukun Puasa;

  • Niat
  • Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Berpuasa;

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Faedah Dan Manfaat Puasa Untuk Diri;

  • Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
  • Mendidik nafsu dan jiwa kearah kebaikan
  • Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
  • Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah 
  • Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
  • Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
  • Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
  • Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa;

Amalan-amalan sunat ketika berpuasa ini sangat berkat diamalkan contohnya bangun sahur,kerana sahur itu didalamnya mengandungi keberkatan walaupun cuma dengan seteguk air.  

  • Makan Sahur serta melambatkannya 
  • Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa 
  • Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Membaca Al-Quran
  • Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa;

Perkara yang boleh mengurangkan pahala,malah jika berlebihan bimbang berlaku perkara haram dan membatalkan puasa,yang mana sifat makhruh itu begitu sangat hampir kepada yang haram,dan tidak dianjurkan dilakukan ketika berpuasa walaupun ianya sekadar makhruh bukan haram.

  • Berbekam
  • Mengeluarkan darah
  • Berkucup
  • Merasa makanan
  • Bersugi selepas gelincir matahari
  • Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa;

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  • Makan dan minum sepanjang hari
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid dan nifas
  • Gila
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • Murtad



    Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa;

  • Musafir 
  • Sakit
  • Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
  • Tua

Dan seterusnya istiqomah dalam beramal..inn syaAllah mudah-mudahan amal kita diterima Allah s.w.t.
0 Komentar untuk "Hadist Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Serta Niat Puasa"

Popular Posts

Back To Top