w a n n u r s y a r i f a h

Nukilan Menyambut Ramadhan 1437H

Nukilan Menyambut Ramadhan


Keberkatan dalam sahurBulan puasa iaitu bulan ramadhan,bukanlah diwujudkan tanpa sebab,melainkan ikuti denganya hikmat dan rahsia tersirat.

Jika kita memperhatikan perjalanan sirah islamiyah (iaitu terbitnya sesebuah syariat itu diturunkan)

tujuan ibadah adalah bagi ana adalah Allah s.w.t tidak mahu kita manusia-manusia ini mengambil benda-benda atau perkara-perkara yang lain dari apa yang Allah s.w.t suka,yang mana perkara itu baik untuk manusia,

supaya amalan yang dilakukan itu sepanjang perjalanan hidup termasuk solat 5 waktu adalah tidak lain agar manusia tidak menyimpang dan tersasar matlamat hidupnya,

tidak mengambil benda-benda sebagai sembahan,tidak syirik,tidak melakukan sesuatu yang sia-sia,maka apa yang Allah s.w.t wajibkan itu bukanlah sia-sia (dan kebanyakanya ada keringanan bagi tertentu seperti solat jamak,solat qasar,puasa bagi yang sakit,masing-masing ada ganti tebusnya sebagai keringangan yang Allah s.w.t permudahakan sebagai tanda rahmat dan kasih sayang-Nya pada hamba-Nya),

amalan itu semua Dia sudah sediakan tiap-tiap sesuatu walau sebesar zarah sekalipun bentuk balasan yang sangat besar,

misalnya bekas sujud orang yang beriman tidak sesekali dapat dibakar oleh api neraka,kerana Allah s.w.t telah mengharamkan api neraka membakar bekas sujud,jadi ini bukanlah perkara sia-sia,kelak diakhirat ada bentuk-bentuk yang menjadi benteng kepada api neraka,

kebanyakan manusia takut kepada api neraka,berbagai macam seksaan didalamnya berupa haiwan-haiwan bisa,tapi apakah kita tidak takut jika kita hilang keredhaan Allah s.w.t ?

perkara yang tidak membawa apa-apa makna dalam dunia ini adalah bilamana seseorang itu Allah s.w.t tidak memandangnya,

kita buat apa sahaja,tapi Allah s.w.t tidak mahu pandang,itu adalah perkara yang paling ana takuti (walaupun Allah Maha Melihat),itu bukanlah Allah s.w.t tidak memandang kamu,tapi kepada maksud Allah s.w.t tidak memberi redha-Nya kepada diri kita (manusia),

bagaimana Allah s.w.t telah keluarkan iblis,maka kita tidak mahu jadi seperti itu,kita mahu Allah s.w.t redha kepada kita,redha apa yang kita lakukan,sebagaimana Allah s.w.t redha kepada para sahabat Rasulullah s.a.w (mereka juga bukan dari golongan para rasul dan para nabi-Nabi-nya tapi mereka mendapat kedudukan istimewa hingga ada diantaranya sudah jamin syurga walaupun mereka masih hidup seperti Aqasha,Bilal,Ali dan yang lain lagi),

ini membuatkan ana mahu raih apa yang mereka raih,sesetengah orang akan berkata "Apa yang kamu lakukan hingga dijamin syurga ?"

tapi ana mahu bertanya "Apa yang kamu lakukan hingga Allah meredhai kamu hingga langit dan syurga patuh pada Allah (agar syurga halal dan meredhai kamu) ?" maksud disitu adalah bilamana Allah s.w.t telah redhai seseorang hamba-Nya,bilamana Allah redha,maka Allah sediakan banyak taman-taman yang kekal abadi didalam syurga,

lalu secara kesimpulan awalnya adalah,kita harus redha dengan apa sahaja kurnian Allah s.w.t,maka itu mendorong Allah s.w.t meredhai kita juga.

didalam surah Al-Bayyinah 98 ayat 8 (surah al-Bayyinah ini mengandungi 8 ayat sahaja didalam juz 30 atau termasuk dalam juz amma yang mengandungi kira-kira 37 surah-surah pendek ini jika mengikut kesepakatan ramai,jika mengikut ana sendiri,ana menyenaraikan (senarai peribadi) surah-surah pendek ini adalah sebanyak 66 surah yang tidak lebih dari 50 ayat supaya mudah untuk tujuan menghafaz Quran),dalam ertikan kata lain,juzuk amma ini adalah 37 surah-surah terakhir Quran,ada pula yang mengatakan adalah juzuk amma ini adalah juzuk 30 maka ia dinamakan sebagai juzuk amma,bermula dari surah-An-Naba.

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Surah:Al-Bayyinah Ayat 8


maka dapatlah ana menemui salah satu kunci-kunci meraih keredhaan-Nya adalah kita merendhai dan bersyukur kepada Allah s.w.t.inn syaAllah.

P/s-Sebelum ini ana mengalami sedikit gangguan kesihatan,alhamdulilah sudah beransur pulih maka dapat menyambut ramadhan al-Mubarak .Harus belajar meredhai kurniaan-Nya.

22 Syaaban 1437 Hijrah
#Nur



0 Komentar untuk "Nukilan Menyambut Ramadhan 1437H"

Popular Posts

Back To Top