w a n n u r s y a r i f a h

Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod Pengesahan

Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod Pengesahan


Sudah lama saya tidak menulis tutorial.Kali ini saya akan berkongsikan tentang cara untuk verify akaun Paypal dengan 4 angka kod pengesahan.

Tambah Akaun Bank Ke Dalam Paypal

Sebelum ini ada saya kongsikan tentang cara tambahkan akaun bank di dalam akaun paypal.Kali ini saya percaya,untuk kita mendapatkan verify akaun paypal sangat rumit dan sukar.

Setelah kita telah tambahkan akaun bank kita kedalam akaun paypal,akaun paypal kita itu masih belum lagi dapat verify sebenarnya.Disini kita harus faham bahawa,untuk mendapatkan verify itu perlu melalui proses verify dengan kad debit kita.Jika ada kad kredit boleh guna.Tapi saya guna kad debit visa iaitu kad yang digunakkan untuk mengeluarkan wang melalui mesin atm.

Perkara yang perlu diambil kira untuk kad debit:
-Kad mesti mempunyai tempoh sah dan bukan tamat tempoh.
-Baki akaun mencukupi kerana paypal akan membuat permotongan minima rm10.00 untuk urusan pengesahan,dan kemungkinan caj tersebut akan di pulangkan kembali ke akaun paypal dalam 2-3 hari berkerja.
-Anda sudah mendaftar intenet banking (bagi sesetengah bank,mudah untuk dapatkan verify jika kita daftar intenet bankin sebab kita 4 angka kod yang selalu diminta oleh paypal itu ada di statement transaction purchase onlie).


Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod PengesahanDisini saya harap anda sudah memiliki akaun paypal dan yang ingin membuat verify akaun paypal atau yang sudah ada intenet bankin dan cuma tinggal nak tahu bagaimana nak dapatkan 4 angka kod pengesahan yang paypal minta melalui email tu.

<--------- Akaun Paypal Yang Dah Verify

Contoh foto disebelah adalah akaun paypal yang telah verify setelah memasukan 4 digit kod pengesahan.Bila kita masukan 4 kod itu,maka secara automatik akan dapat verify.

Proses Membuat Pengesahan (Verify) Akaun Paypal


Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod PengesahanPertama sekali kita akan diminta untuk memasukan nombor kad debit kita itu.Isi sehingga lengkap dan klik continue.

<------Email dari paypal
Kemudian tidak berapa lama,kita akan dapat email dari paypal yang mengatakan kita mesti masukan 4 kod digit untuk meneruskan proses verify akaun.Maka disinilah pentingnya intenet banking.









Kad bank debit kita tu yang dah siap intenet bankin akan ada statement yang seperti foto disebelah ini (kalau boleh buat kad barulah yang bukan dari akaun gaji setiap bulan,akaun baru yang khas untuk shoping online atau purchase online supaya kita tidak bercampur akaun gaji dengan akaun shop online).

Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod Pengesahan
Setiap transaction akan disertakan kod.Ambil kod yang seperti paypal minta.Iaitu 4 digit itu.

Perhatikan di anak panah tersebut.Ada contoh 4 digit kod.Kod sebagai kod transaction sahaja.

Pergi ke akaun paypal dan ikut arahan selanjutnya.Tekan dibutang unverify tersebut kemudian klik continue maka isikan 4 kod tersebut.Yang saya guna ini adalah akaun bsn.Untuk akaun bank selain bsn rasa mungkin sama sahaja,pasti akan ada kod tersebut diberi.Cuma kita perlu lihat di akaun history atau transaction history.

Yang rm10.00 akan ditolak dari akaun bank kita,kemudian dalam 2-3 hari akan dikreditkan semula ke dalam akaun paypal.Pada masa tersebut,akaun paypal kita pun sudah verify.Mudah sahaja.

Bagi yang telah ada kad debit bsn tu,dan belum membuat intenet banking,sebenarnya kelebihan intenet banking ni banyak.Antara kelebihan dia adalah boleh check baki akaun kita secara online,membuat permindahan secara online dan menerima pemindahan secara online serta banyak lagi termasuk membuat pinjaman berdasarkan produk-produk yang ditawarkan oleh bank berkenaan.Namun tertakluk jugalah pada syarat ketetapan mereka.

Mudah sahaja.Jika anda memiliki kad debit bsn,nak daftar intenet banking,hanya perlu ke mesin atm dan ikut step by step dia.Atau boleh meminta bantuan petugas bsn di kaunter.Ataupun boleh lihat laman rasmi Bank Simpanan Nasional  untuk melihat dengan lebih jelas kaedah-kaedah yang perlu di turuti bagi pendaftaran intenet banking.
Semoga berjaya.





Tag : Bank, Paypal, TUTORIAL
1 Komentar untuk "Cara Verify kan Akaun Paypal Dengan 4 kod Pengesahan"

Berapa hari baru dapat kod 4 digit tu? Sy pun pakai myBSN jugak..

Popular Posts

Back To Top