w a n n u r s y a r i f a h

Rawatan & Prosedur Bagi Kemoterapi

Rawatan & Prosedur bagi kemoterapi adalah bertujuan mewujudkan waktu yang diperlukan oleh tubuh badan.Secara amnya adalah untuk mengembalikan fungsi tubuh badan setelah satu-satu sesi rawatan kemoterapi dijalankan kepada pesakit.

Misalnya adalah,bagi setiap satu sesi rawatan,ada waktu rehat dalam jumlah hari tertentu.Contoh adalah,Pesakit menjalani satu sesi rawatan kemoterapi,hari seterusnya hingga hari akan hadir untuk datang menjalani satu lagi sesi rawatan,adalah berjarak sekitar 2 - 21 atau lebih bergantung kepada tahap seriusnya keadaan pesakit.Lebih serius lebih lama waktu rawatan dan jarak waktu rehat..

Kenapa perlu waktu jarak & rehat ?

Waktu-waktu ini perlu untuk badan kembali normal setelah menjalani sesi rawatan.Ini kerana,ada diantara rawatan kemoterapi bertindak balas kepada sel badan yang baik,misalnya kuku,rambut dan lain-lain tindak balas oleh sel badan,selain dari sel kanser itu sendiri.Jadi waktu rehat & jarak setiap sesi rawatan kemoterapi perlu bagi mengelak tindak balas berterusan yang tidak diperlukan oleh badan setelah sel kanser tersebut juga bertinda balas dengan mengecil atau musnah.

Apabila sel kanser mulai betindak balas seperti mengecil,mengecut,tumor yang mengecil atau memberi kesan positif hasil rawatan kemoterapi ini,pada masa sama,ada sel-sel tubuh badan yang lain akan bertindak balas juga dengan musnah atau terhenti terhasil,jadi sementara menunggu sesi rawatan seterusnya,adalah langkah ini diambil bagi mengelak tindak balas berterusan terhadap sel-sel badan dari terus musnah.Bila ada jarak,sel-sel seperti rambut & kuku misalnya akan tumbuh kembali hanya apabila kesan rawatan ini mulai kurang bertindak balas terhadap sel-sel badan,tapi pada masa sama sel kanser juga mulai mengecil.Kaedah digunakan adalah memberi peluang sel baik tumbuh ke tahap yang normal,dan apabila dalam keadaan normal,proses rawatan seterusnya diteruskan setelah melepasi tempoh rehat untuk memusnahkan sel kanser yang telah mulai kecil itu.

Bagi rawatan seterusnya,contohnya adalah pesakit kini sedang melepasi waktu rehat yang pertama,kini hadir menjalani sesi kedua bagi rawatan kanser,rawatan ini perlu diteruskan adalah untuk membunuh dan membantutkan lagi sel-sel kanser yang telah menjadi kecil itu.Jadi sel itu akan menjadi semakin kecil hingga proses rawatan seterusnya adalah memusnahkan kesemua sel-sel kanser yang ada.Kaedah ini perlu untuk memastikan pesakit benar-benar bebas dari kemungkinan ada sel kanser yang masih tertinggal dalam badan.

Setiap sesi rawatan ada sesi waktu rehatnya.Kita boleh lihat contoh rawatan bagi kanser payudara didalam jadual dibawah.Saya mengambil contoh kanser payudara ini adalah supaya kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadapa kanser payudara ini.Sedangkan ada banyak jenis kanser,tapi saya ambil yang ini sebagai contoh yang lebih spesifik gambaran bagaimana kanser payudara menjalani proses rawatan.

Bukan sahaja wanita,malah,lelaki juga ada berisiko terhadap kanser payudara,cuma peratusanya itu tidak sertinggi dan sesinonim dengan wanita.Tapi ini sebagai langkah pengetahuan dan juga berwaspadalah,kita tidak mahu kita termasuk dalah peratusan yang mungkin kecil,akan tetapi kesanya amat besar dalam kehidupan jika tidak mulai menjaga kesihatan bukan sahaja di luar badan,akan tetapi di dalam haruslah baik.Kanser ini,sifatnya senyap,sel kanser mulai bertindak kasar bilamana dia sudah mulai mampu untuk tumbuh membesar tanpa dapat dikawal.

Tentang Sel kanser

Sel kanser ini adalah satu sel yang bukan dikendalikan dalam kawasan badan kita.Contoh-contoh imunologi yang dikawal selia oleh badan adalah mempunyai kitaran berjadual seperti sel rambut yang telah rosak atau mati,akan ada sel baru menganti tempatnya,begitu juga dengan darah kita,jangka hayat sel darah yang normal adalah sekitar 120 hari.Sebelum mati dan diganti dengan yang baru.Ini adalah conth yang dapat dikawal oleh sistem badan.Berbanding dengan sel kanser,ia tidak ada sistem kawalanya sendiri,dia tidak tahu dia membesar atau dia itu sel kecil,jika dia membesar,tidak ada sesiapa yang memberi tahu sel itu sudah melampaui hadnya hingga menganngu kedudukan sel lain.Bila sel kanser sudah membersa,badan akan mulai rasa tidak nyaman dan kesihatan seperti terganngu kerana sel itu memelukan nutrien yang banyak bagi menampung tumbesaranya yang tidak terkawal.Akan tasa pening,sakit,pitam,dan lain-lain lagi.Badan pun tidak mengawal sel ini kerana tidak ada satu permusatan arahan yang dapat mengawal sel kanser,umpama tidak ada sistem komunikasi yang dapat berhubung dengan sel itu.Jika ada,tentu sel kanser tidak akan terjadi sama sekali.

Terdapat sel kanser yang mudah di musnahkan,namun tidak kurang ada yang sukar,malahan ada juga yang bila semuanya dimusnahkan tumbuh kembali,tapi itu jarang berlaku,memandangkan semakin banyak teknologi yang ada seperti ujian x-ray,maka dapatlah kita memantau perkembangan sel-sel kanser ini sama ada ada tanda-tanda positif kanser atau negatif.

Jika dapat dikesan awal menerusi tanda-tandanya,maka segera rawatan sesuai dapat diberikan,namun jika penghidap kanser tidak dapat kenal akan tanda-tanda kanser,akan memberikan risiko yang tinggi kepada kesihatan diri.

Tips

Beberapa tips yang boleh saya senaraikan disini adalah memiliki satu buku kecil yang tujuanya mencatat rasa sakit yang dialami.Setiap kali terasa sakit,contoh sakit kepala,dalam seminggu tu ada sakit kepala,catatlah,dalam seminggu itu sudah 3 - 4 kali sakit kepala,bila sakit kepala itu dirasai ? sewaktu membuat kerja dengan berhadapan dengan komputer ? atau sewaktu tidur ? baring ? bersukan ? atau aktiviti lain ? sakit kepala waktu makan ? waktu panas ? waktu tidak memakai cermin mata ? (bagi yang ada masalah pernglihatan bila memulai bertukar cermin mata ada yang mulai sakit kepala atau kesan sementara diatas tidak serasi kanta cermin itu hingga memberi tekanan kepada mata seterusnya saraf mata),atau lain-lain kesan sakit yang dialami dimana-mana bahagian tubuh badan,seperti sakit dada,sakit pinggang,rasa loyang dan sebagainya boleh kita gunakan buku kecil 555 itu untuk catit kadar kekerapan dan waktu kejadian.

Tujuan adanya buku kecil

Bila adanya buku kecil ini,dengan inisiatif diri kita untuk memcatit waktu kejadian itu,seterusnya bolehlah kita merujuk kepada doktor di klinik atau hospital dan doktor akan membuat beberapa imbasan ujian berdasarkan apa yang kita alami menerusi catatan kita itu dengan lebih mudah selain dapat membantu doktor mengenali gejala tanda-tanda awal sesuatu penyakit.


Majlis perubatan awam
Rawatan & Prosedur Bagi Kemoterapi
Tempoh keseluruhan rawatan adalah 18 minggu.

Kesan Sampingan Selepas Rawatan Kemoterapi

Jadi apabila pesakit mulai menjalani rawatan,akan ada sedikit atau mungkin lebih kesan sampingan yang akan dirasai,seperti keguguran rambut,jumlah sel darah menjadi kurang,jika ini berlaku,doktor mungkin berpendapat,jadual akan berubah dan ditukarkan dengan yang baru selain jumlah dos ubat di rendahkan atau dikurangkan supaya dapat mengembalikan fungsi dalaman badan yang normal dan memanjangkan tempoh waktu rehat.

Setiap sesi rawatan,pesakit akan dibincangkan bersama doktor untuk menyatakan bahawa setiap sesi rawatan akan ada kesan sampingan,dan kesan sampingan adalah berbeza bagi setiap individu lain.Ubat yang diberikan akan akan bertindak balas terhadap sel-sel kanser,namun akan bertindak balas juga terhadap sel yang normal.Sel normal ini akan turut terkesan dimana akan mulai mati dan terhapus,oleh itu pentingnya waktu rehat yang cukup bagi mengembalikan fungsi sel normal agar dapat tumbuh yang baru semula.Sel-sel normal akan kembali pulih sediakala apabila kesan ubat semakin kurang,jika perlu,dos ubat akan dikurangkan dan memanjangkan waktu rehat untuk pesakit. 

Kesan sampingan yang dialami adalah sementara,kerana sel-sel tersebut akan tumbuh semula,namun pesakit harus memaklumkan keadaan mereka alami atau ada tanda-tanda kesan sampingan kepada doktor untuk langkah yang perlu diambil.Setiap rawatan dijalankan mestilah hanya apabila pesakit dalam keadaan yang sihat,dan berkeyakinan tinggi untuk rawatan.

Pesakit juga boleh mencatit didalam buku (ketika dirumah/pejabat atau dimana sahaja),atau boleh terus merujuk kepada jururawat atau juga pegawai perubatan yang bertugas untuk sebarang tanda-tanda yang dialami sebelum sesi rawatan dijalankan.

Jika pesakit mengalami gejala yang memelukan rawatan segera,pesakit boleh terus menghubungi klinik atau hospital berdekatan.

Disertakan tanda dan gejala mungkin berlaku kepada pesakit selepas sesi rawatan kemoterapi.
  • suhu 38ÂșC atau lebih
  • menggigil yang teruk dan berulang-ulang
  • gejala seperti selsema
  • pendarahan pada gusi atau hidung (walaupun setelah diberi tekanan selama 10minit)
  • ulser pada mulut yang menghalang anda daripada makan dan minum.
  • muntah yang berterusan
  • cirit-birit yang berpanjangan.
  • kesukaran untuk bernafas.      
Inilah sahaja untuk waktu ini yang saya dapat kongsikan,apa yang disenaraikan diatas adalah sekadar contoh sahaja,setiap individu adalah berlainan kaedah rawatanya,rujuklah kepada doktor anda untuk nasihat perubatan dan rawatan.


0 Komentar untuk "Rawatan & Prosedur Bagi Kemoterapi "

Popular Posts

Back To Top