w a n n u r s y a r i f a h

Pesanan Akhir

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

Tulisan kali ini adalah kesinambungan dari artikel sebelum ini ye..(dan tidak bermaksud sebagai tulisan akhir saya di dalam dunia maya..akan tetap menulis dan berkongsi selagi ada keizinan dari-Nya,inn sya Allah)

Pesanan akhir,bacalah mana-mana bahagian surah al-quran,kerana tidak ada yang akan membantu kita melainkan Allah.

Al-quran ini adalah dari Allah,maka apa yang kita lakukan untuk al-quran ini.

Rasul pernah menyatakan kepada Allah,sesungguhnya manusia tidak mahu lagi menggunakkan al-quran ini dalam hidup mereka.

mereka memisahkan hidup mereka ini dari al-quran.

hidup ini tidak boleh dipisahkan dari menerima kebenaran.

Allah menghidupkan kita di dunia ini dengan pertunjuk dari Dia.

setiap manusia telah diberikan pertunjuk,dan tidak ada alasan setelah turunya al-quran ini.

inn sya Allah,kita tidak akan mengalami sebarang perkara merugikan di akhirat.

Bilamana kita telah sampai ke garisan akhirat,maka kelak akan di berikan buku catatan.

Terimalah dengan tangan kanan.Tidak boleh tidak melainkan dari kanan.Sesiapa yang menerima dari tangan kiri,satu penyesalan yang mengerikan.wallahualam.

dan tidak ada lagi zaman sesudah zaman kamu ini,zaman akan datang adalah zaman akhir iaitu penamat.Tidak ada lagi rasul pemberi ingatan sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w.

Al-quran ini sahaja lah yang tinggal untuk kamu.Allah menjamin isinya (pelihara) unteuk kita mendapatkan kebenaran dan pertunjuk sebelum datang bukti-bukti yang nyata (membenarkan Al-quran).

Pertama sekali kita harus menerima hakikat hidup kita di dunia ini,bukanlah untuk bersenang lenang sahaja.

Akan tetapi sebagai ujian untuk membuktikan bahawa kata-kata iblis itu tidak benar.

dan sebagai membuktikan kita ini adalah hamba-Nya Yang Esa.
wallahualam.

dan banyak lagi rahsia alam yang belum kita temui,melainkan dengan izin-Nya.

apa yang kita miliki,perbuatkan,dan hidup,bukanlah Allah tidak nampak,akan tetapi,ada waktu tertentu dan akan dapat semula kepada kita kelak di hari hisap dan akan diberikan buku amalan kepada kita sendiri (melainkan jika Allah menutup dan menghapuskan perkara buruk kita itu atau memadam segala pahala kita menurut kehendak-Nya).

Semua tentang kita tersimpan dan dipelihara untuk dibukakan semula di hari penghakiman kelak (Melainkan dihapuskan oleh-Nya).

setiap yang penyakit ada ubatnya,setiap yang salah ada pembetulanya (melainkan putus asa dan ingkar).

setiap perkara Dia yang mengatur,maka apakah cara kita mahu melarikan diri dari Dia.

Jika kita memahami bahawa,mengapa orang-orang yang mencintai Allah,dan mengakui kekuasaan Allah,dan menjadikan Allah sebagai tuhan yang Esa,sedang Allah mempunyai neraka dan azab seksa yang pedih,dan boleh sahaja jika kita dekat dengan Allah,Allah campakkan kita kedalamya atau mengazabnya,maka mengapakah kita masih mahu dekat dengan Allah ?

kerana bagi mereka yang benar-benar ingin mencintai Allah,mereka memikirkan bahawa kemurahan Allah sangat bermakna bagi mereka.Paling bermakna apabila Allah s.w.t telah menciptakan kita,dan memberikan segala nikmat dan rezeki,dan sangat terharu apabila Allah adalah satu-satunya tuhan yang kita miliki,dan tidak ada tuhan pun di alam ini melainkan Dia.

maka,dengan itu,kita akan merasa sayang dan mencintai Allah kerana Allah adalah satu-satunya tuhan bagi kita.Tuhan Yang sangat Pemurah dan sangat Pengasih serta Penyayang.


kita mungkin tidak masuk syurga kerana amalan kita,akan tetapi kerana rahmat Allah.Itulah kemurahan Allah kepada kita kelak.adakah lagi yang setara ? tidak ada sama sekali.




dan jika kita mencintai-Nya,dan Dia juga mencintai kita,kamu fikir,apakah yang akan diberikan kepada Kekaseh kepada kekaseh-Nya ? suatu rahsia yang tidak diberikan kepada orang lain sebelum kekaseh-Nya dapatkan.



setiap apa jua pinjaman kamu kepada Dia,sama ada Dia menyimpan untuk kita di dunia atau kegunaan di akhirat kelak,sama ada cepat atau lambat,kita tetap akan mendapatkan balasan dari Dia.Dia Maha Kaya,Dia telah menciptakan bumi ini (yang lebih besar dari nilai apa yang kita miliki,boleh sahaja Dia mengeluarkan isi-isi bumi ini untuk membalas pinjaman kita kepada-Nya,namun ada yang lebih besar dari isi bumi ini andai kita ketahui)

dan akhir sekali tidak ada perkara mustahil tentang Dia,apa sahaja,semua menurut apa yang Dia inginkan.Tidak ada sesiapa mampu menentang-Nya,maka adalah sangat baik sekali berada dalam naungan-Nya.inn sya Allah.

21 Muharram, 1437
#Nur
0 Komentar untuk "Pesanan Akhir"

Popular Posts

Back To Top