w a n n u r s y a r i f a h

Mengenal Arah Tuju

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

Mengenal arah tuju kita didalam dunia ini.Persoalanya bagaimanakah kita mampu untuk mengenal dimanakah kita berada dan apakah tujuan sebenar hidup kita ini ?

Dan apakah matlamat kita di dalam kehidupan ini ?




Mengenal Arah Tujuan Hidup

Telah lama mungkin saya tidak menulis didalam ruangan kecil ini.Bukan kerana jemu,akan tetapi ingin kami mengambil sedikit masa untuk mendapatkan satu ilham yang mana kami sebenarnya mencari dan mengenal apakah tujuan dan matlamat hidup di dunia ini.

Harus punyai matlamat dalam hidup ini sebagai panduan mengecapi erti kehidupa didunia sebelum di akhirat kelak.

Matlamatnya adalah hidup di dunia untuk kehidupan akhirat.Kita tidak mahu hidup dan mengecapi nikmat di dunia ini sahaja,bahkan akhirat itulah yang sebenar-benar kehidupan yang nyata.

Saya merasakan tidak berbaloi mengecapi kehidupa hanya sebegini sahaja (ala kadar sahaja,hingga lupa akan apa yang Allah s.w.t telah janjikan).

Apabila mengenangkan janji-janji Allah,maka tentulah Allah s.w.t akan menunaikan janji-janji-Nya dan tentulah Allah tidak sesekali memungkiri janji-Nya.

Apakah janji-janji Allah s.w.t ?

janji-janji Allah s.w.t adalah banyak dan antaranya adalah amal yang baik akan disempurnakan nikmat pembalasan yang setimpal dengan usaha dan kebajikan kita di dunia ini.

Ertinya,kita mendapatkan balasan pahala kita ini dalam perbagai bentuk.Ada berupa syafaat hasil dalam naungan Al-quran,belajar,berjuang dan amal yang baik.Semua ini sangat diperlukan semasa meniti di laluan yang sangat sukar (titian siratulmustaqim).

Jika tidak ada ini semua,saya pun merenung lama memikirkan keadaan saya.Benarlah bahawa,setiap orang akan sibuk dengan diri masing-masing dan saya turut merasai sekarang in.Biarlah saya merasai bertapa sukarnya melalui hari itu kelak di sini (dunia) dari pada saya merasai kesukaran yang amat sangat di sana (akhirat).

Pada waktu ini,saya benar-benar merasai bahawa,saya tidak akan masuk syurga kerana amalan saya sendiri,tetapi rahmat dari Dia Yang Maha Pemurah.

Kita harus ada tujuan hidup ini.Tujuan saya adalah murtamad bahawa meraih kecintaan dari-Nya adalah keutamaan diri saya tika ini.

Bila saya melakukan hal keduniaan,saya merasakan seperti saya tidak tenang dan rasai seperti mahu menangis pula.Diri saya tidak merasakan ketenangan jika saya lakukan perkara keduniaan sungguhpun saya dapat,akan tetapi saya mesti akan merasakan satu perasaan yang sebegini iaitu "Jika aku terus menerus melakukan hal keduniaan ini,lama-kelamaan pasti diri saya ini akan melupakan Dia",maka saya itu,apabila saya membuat setiap perkara,saya selalu ingin Dia didalam hati dan tidak mahu Dia marah mahupun murka pada diri saya ini kerana sesuatu perkara.

Kadangkala bila saya ingin keluar berseronok dengan sahabat,saya merasakan malu pula dengan Dia.Saya merasakan sesuatu yang tidak tenang dalam hati.

Saya lebih tenang dan rasa temtera bila berada dalam keadaan yang tidak senang dan tidak susah.Jika saya berasa selesa dan senang (tanpa di uji atau hidup dalam kemewahan) saya akan berasa seperti takut dan merasakan takut pula untuk hidup selesa,makan dengan kenyang dan tidur yang lena.

Perasaan itu muncul bilamana saya merasakan serba cukup dan selesa.Ini mengingatkan saya pada sahabat Rasulullah s.a.w,Bilal bin Rabah r.a yang bila ditanyakan tentang kemanisan iman,Beliaun menjawap bahawa kemanisan iman beliau dapat rasakan sewaktu beliau diseksa teruk sewaktu awal kedatangan islam dahulu,dan beliau tidak merasai kemanisan iman sama nilai sewaktu diseksa teruk itu.Bagi beliau,itulah keimanan yang benar-benar dirasai,perkataan Ahad..Ahad..Ahad tidak lengkang dibibir beliau sungguh menjadi bahan seksaan kaum yang ingkar.

Dan itu membuatkan saya benar-benar inginkan merasai kemanisan iman yang saya miliki.Saya selesa dalam keadaan yang tidak susah dan tidak senang,ertinya bila saya lapang,saya ingin ada Dia,dan ketika susah,Dia juga bersama saya.

Saya tidak mahu ketika lapang,saya keluar mencari hiburan,bila dalam kesukaran,baru saya mengingati-Nya,sedang Dia tidak sesekali pernah melupakan diri saya ini.Maka itu saya senangtiasa malu dan takut,kalau-kalau sayalah yang melupakan Dia tuhan Yang Maha Agung,yaa Rabbul Izzati.

Saya dalam hidup ini,ingin melakukan setiap perkara bagi memiliki cinta Dia.Matlamat saya adalah nyata.Peluang hidup ini di dunia ini,tidak akan saya persiakan begitu sahaja.

Saya mahu gunakan,peluang yang Allah beri,hidup di dunia,sungguh mempunyai banyak pilihan boleh didapati,saya mahu memilih satu kurnian yang benar-benar membuatkan saya akan berasa sangat berbaloi untuk hidup didunia,iaitu meraih cinta Allah s.w.t.

Sungguh saya tidak melihat-Nya,tapi Dia melihat saya.Dan Dia sungguh Maha Mengetahui bahawa didalam hati saya ini,tidak pernah merasai ketenangan sama sekali jika cinta-Nya itu tidak saya raih terlebih dahulu.

Saya sendiri akan boleh menangis jika saya yang melupakan Dia.Tubuh badan saya akan bergetar jika memikirkan kemurkaan-Nya,dan saya benar-benar takut akan kemarahan-Nya.

Didalam doa,seringkali berulangkan,yaa Allah,jangan Engkau marah kepadaku,jangan Engkau murka kepadaku,tunjuklah diri ini jalan keredhaan-Mu,berilah naungan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada ku.

Senangtiasa mahu Dia didalam hati walau apapun yang berlaku kerana hati ini tidak boleh kosong tanpa diisi dengan cinta untuk Dia.

Nur
18 Muharram 1437H


0 Komentar untuk "Mengenal Arah Tuju"

Popular Posts

Back To Top