w a n n u r s y a r i f a h

Memiliki Kemanisan Iman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Semakin hari demi hari,saya ingin merasai kemanisan iman dan ingin mencari lagi bertapa manisnya keimanan itu.

Kita jadi sepeti mahu lagi dan lagi.Kemanisan iman boleh di miliki dengan perbagai cara dan perbuatan malahan dalam perbagai bentuk peristiwa juga seperti kejadian alam dan peringatan lain.Ia sebagai suatu tanda sama ada kita memiliki keping hati yang ada iman ataukah iman kita pudar dan lusuh tanpa di siraminya keimanan itu agar terus subur lalu berbunga dan melahirkan cinta.


Saya juga meraih peringkat-peringkat keimanan itu dalam perbagai keadaan.Seperti dalam keadaan senang,dan dalam keadaan susah mahupun sukar.


Dan hasilnya,keimanan itu banyak sekali saya merasai manisnya iman apabila saya dalam keadaan yang tidak sukar dan tidak senang,ertinya bila dalam sukar,saya tidak merasai kesukaran walau dalam keadaan sukar,ini kerana mengenangkan bahawa Allah selalu ada dalam hati,maka apalagi yang saya mahukan ? 


Jika saya inginkan hiburan bagi memberikan hati gembira,maka saya akan rindu kepada ayat-ayat-Nya.Antara yang paling saya gemar dan suka adalah surah Al-waqiah,Al-kahfi,serta ayatul kursi.


Jika saya tidak membacanya,maka bibir ini secara automatik akan bergerak-gerak membaca sedikit dari ayat-ayat-Nya,dan ketika sedang tidur,adakala saya akan tampak seperti membaca al-quran,berzikir malahan berselawat,kadangkala memuji-muji-Nya walaupun dalam tidur,akan tetapi bibir ini tidaklah tidur.


Kadangkala ketika berbaring menunggu mata ini lelap pejam,terlintas ungkapan ayat-ayat-Nya di fikiran,lalu saya menyambungkan apa yang terlintas itu.Ada kala surah al-ikhlas melintasi fikiran saya,maka saya menyambung lintasan itu dengan membaca hingga habis.Adalakala ayatul kursi,maka saya memnyambung bacaan apa yang terlintas itu.


Ia seperti satu lapangan udara,ayat-ayat itu melintasi di atas kepala,dan saya mengenang setiap ayat itu lalu menyambung berdasarkan ayat apakah itu,setiap ayat itu berbeza,tapi saya mengenalinya dan menyambungkanya.


Kadangkala berselawat,orang akan melihat saya seperti mengigau sahaja bila berselawat dalam tidur,atau membaca surah al-quran ketika sedang tidur,tapi bagi saya,Allah Maha Kuasa,jika pemuda dalam surah al-kahfi Allah pelihara beratus tahun,mengapa tidak bagi pemeliharaan yang lain ? mudah sahaja bagi Dia.


Jika kita selalu mengingati Dia,Dia juga mengingati kita lebih dari apa yang kita tahu.Saya lebih gemar begini,dalam hati terasa mahu dan meminta kepada-Nya agar tambahkan lagi rasa yang seperti ini.


Lidah ini,rasa seperti mengunyah sesuatu,sedangkan tidak ada apa yang di kunyahkan,tapi saya menelanya dan melupai kelaparan,bila saya teringat saya belum menjamah makanan lagi,barulah saya merasai lapar,kemudian menyambung berzikir dan mengaji,kelaparan hilang sedikit.


Namun,haruslah memahami,kita perlu juga makan dan minum,kerana kita ini manusia dan makanan itu diperlukan agar kita dapat lagi menjaga kesihatan yang baik dan kekal (istiqomah) dalam ibadah.Harus menjaga kesihatan jika kita ingin terus beribadah.Disitu akan menjana kualiti ibadah yang kusyuk dan selain menambah lebih banyak kemanisan iman.


Itu keperluan fitrah yang Allah tetap dan kurniakan kepada kita hamba-Nya.Dengan sifat pemurah Allah,maka apakah kita tidak memikirkan tentang rasa syukur ? tentulah merasainya.


Saya ingin terus mencari dan meraih kemanisan iman ini,peluang merasai kemanisan iman ini hanya sekali,iaitu di dunia,dunia ini hanya saya jadikan sebagai tempat untuk memiliki dan meraih iman dan kemanisanya iman itu.


Keseronokan itu lah memberikan hiburan kepada saya,yang dengan hiburan sebegitu,akan menambahi kemanisan iman yang ada.wallahualam.



Kesimpulanya

Disini setiap insan,tahap merasai keimananya berbeza dan tidak sama antara satu sama lain.Misalnya sebagai contoh,saya telah memilih jalan ini iaitu ingin menempuh jalan merasai dan mencari kemanisan dengan cara atau dalam kesusahan (yang bermakna),sesetengahnya boleh didapati melalui kesenangan dan kemewahan,namun risiko untuk bergerak jauh melawan arus itu sangat tinggi,berbanding saya memilih jalan ini,kerana setiap apa saya alami,cenderung untuk diri saya mendekatkan diri kepada Allah.Pendek kata,jika sesuatu itu mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t,meraih cinta-Nya dan senangtiasa mengingati-Nya,ini kerana,jika saya memiliki kemewahan,saya akan melupai Dia pula,sebenarnya kita tidak tahu,barangkali,kita tidak suka akan ia,tapi baik untuk diri kita.

Ini jalan dan cara saya,Rabiatul Adawiyah ada cara beliau sendiri,Uwais Al-Qarani ada miliki caranya sendiri,setiap kekasih-Nya semua memiliki kaedah dan dan corak hidup masing-masing,asalkan dengan cara itu,mereka dapat dekat dengan cinta yang Agung.


Tidak semestinya menerusi cara sukar begini,boleh sahaja dengan kekal dalam keadaan serba baik,lengkap,asal kita selalu mengingati-Nya,namun,jarang-jarang sebegini ada yang memiliki sifat begitu,kebanyakanya tengelam dalam arus dunia,maka itulah saya tidak mahu ambil risiko dengan memilih jalan begitu,kerana jalan tersebut memang memelukan iman yang kuat,bimbang,iman saya ini sekadar nipis sekali,maka haruslah saya berjaga-jaga agar tidak menyimpan bentuk kehidupan sebegitu.


Dengan jalan ini,ia baik untuk diri saya (baik untuk saya tidak bermakna baik untuk orang lain,kerana matlamatnya harus sepadan dengan jalan dan matlamat).Iaitu dalam bahasa mudahnya,jalan ini saya pilih kerana jalan ini lebih banyak membuatkan saya melihat banyak taburan permata-permata keimanan dan cinta Allah.Lagipun jalan ini sering di elakan oleh pencinta dunia,maka tidak perlulah saya bertembung dengan mereka melaluinya.


Jalan ini,kita benar-benar akan di uji,mahukah berpatah balik,ataukah kekal dalam istiqomah,


Maka,saya tidak akan berpatah balik seinci pun,sedang di depan saya ini naungan sejahtera,Maka berdoalah agar yaa Rabb tunjuki kita kejalan yang lurus dan keredhaan-Nya.
0 Komentar untuk "Memiliki Kemanisan Iman"

Popular Posts

Back To Top