w a n n u r s y a r i f a h

Cahaya Islam Akan Kembali Bersinar

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

Alhamdulillah,kita umat islam akan memasuki ke tahun baru iaitu 1437 hijrah.
Yaa tentulah,kita mahu berdoa di akhir dan awal tahun ini,marilah ke laman ini jika mahu melihat doa bagi akhir dan awal tahun hijrah yang telah sedia di tulis oleh sahabat kita ini.

Doa akhir tahun dan awal tahun hijrah -------> rabithah.alawiyah (Klik)

Sebagaimana khulafa ar-rasyidin,tahukah kita apa yang berlaku kepada pewaris Rasulullah s.a.w,cucu baginda s.a.w ?
percayalah,ada di antaranya menerima nasib yang sangat menayat hati ana.
ada diantaranya diracun dan dibunuh.
disini,ana tidak dapat dan tidak mahu mengulas tentang Saidina Hussein dan Hassan,kerana tidak tahu untuk memceritakanya.
Dan pedang,yang dibuang dilaut atau yang dicampakan atau dimanakah pedang itu ana pun tidak mengetahuinya.Yang ana tahu pedang itu dibuang,entahlah,mungkin di laut sahaja.wallahualam,sungguh tipis sekali pengetahuan ana tentang itu.
Dan Ali Zainul Abideen,salah seorang cucu Rasulullah s.a.w,diracun oleh musuh islam.bulan muharram
dan lagi,pewaris Rasulullah s.a.w,Muhammad Al-Baqir,juga diracun lalu wafat.
dan Jafar As-Sidiq,turut diracun juga hingga beliau wafat.
Musa Al-Qadhim,salah seorang waris Rasulullah s.a.w,beliau di racun dan dipenjara lalu dibunuh di baghdad.
Ali ar-Ridha,diracun.
Kalau kita melihat adakah setakat itu sahaja musuh islam bergerak menghapuskan islam menerusi waris-waris Rasulullah s.a.w ?
Muhammad Al-Jawad,juga waris Rasulullah s.a.w,diracun hingga wafat.
apakah mereka mahu menghapuskan ahli keluarga Rasulullah s.a.w semuanya ?
Ali Al-Naqi,seorang waris Rasulullah s.a.w,wafat setelah diracun oleh musuh islam.
penentangan mereka bukanlah setakat itu sahaja,mereka senangtiasa bermula dengan cara sehalusnya.Mereka tidak bimbang umat Rasulullah s.a.w,kerana umat Rasulullah s.a.w akan mereka guna caa lain,berbanding menggunakan cara halus iaitu meracuni setiap ahli keluarga dan waris Rasulullah s.a.w.
Hasan Al-Askari,juga waris Rasulullah s.a.w,wafat akibat diracun.
Dengan cara ini,mereka dapat menghapuskan keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w semuanya.
dan satu yang tersembunyi yang tidak akan dapat diracuni.Mereka lupa,bahawa,perancangan Allah s.w.t lebih baik dari apa mereka usahakan.
Mereka takut dan bimbang,jika ada saki baki yang tinggal boleh memimpin umat ini dari fitnah mereka wujudkan itu.
yang mereka cari itu,yang mereka cuba lakukan perkara tidak elok terhadap satu lagi waris Rasulullah s.a.w itu,adalah terpelihara dan dilindungi oleh yaa Rabb ku.
Muhammad bin Abdullah,tidak sesekali mereka dapat meracuni lagi.
waktu mereka hampir tamat.Sekarang telah hampir memasuki era kebangkitan islam kali kedua.
Tentulah di era kebangkitan islam ini,Allah s.w.t akan memenangkan kembali orang-orang islam sama seperti dahulu.
maka,inilah peluang kita untuk menegakkan kembali dan merasai kembali bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama Allah ini.
tidakah kita mahu mengambil peluang ini ? dikala agama ini sedang dalam keadaan pudar ?
sama ada kita mahu sertai atau tidak,yaa Rabb ku akan memberikan islam satu kebangkitan semula sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya.
Yaa Rabb berfirman bahawa:
“Mereka (orang-orang kafir) bermaksud memadamkan cahaya agama ALLAH dengan perkataan-perkataan mereka, tapi ALLAH (justeru) menyempurnakan cahaya (agama)-Nya walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukainya..”
sungguh,walau seorang yang menegakkan islam ini,dalam seluruh jin dan manusia menentang perancangan Allah,tidaklah sama sekali memudaratkan Allah s.w.t.
tidak sampaikah kita bagaimana kisah kaum nabi Luth yang bumi mereka diterbalikan sekelip mata ?
jikapun tidak ada manusia yang membantu dalam agama ini,maka malaikat-malaikat-Nya sedia dan taat memikul tugas untuk membinasakan sekalian bumi ini dengan pantasnya.
kalau tidak ada orang islam dibumi ini,nescaya akan Kami biarkan bumi ini dalam keadaan kering kontang tidak ada hujan.
Lalu membiakan semuanya mati kehausan.
bumi ini,jika dibandingkan dengan bangkai kerdai,tahukah kamu wahai orang bumi semuanya,mengapakah dunia ini diberikan kepada orang-orang kafir ?
ia kerana dunia ini lebih teruk dan hina dari bangkai itu jika kamu mengetahui.
yaa Rabb ku memandangi dunia ini lebih teruk dari bangkai kerdai itu,maka eloklah dunia ini milik orang-orang kafir dan itu sesuai bagi mereka.
dan jika kita mahukan akhirat,tahukah apa yang ada di akhirat itu ?
tentulah naungan yang luas lagi sejahtera.
pemimpin kamu kelak adalah dari insan yang berakhlak tinggi,yang membawa kepada jalan syurga Allah.
taatilah beliau dan itulah pemimpin orang mukmin.
tahun demi tahun,cukup menghampiri kepada waktunya.Iaitu waktu yang dijanjikan-Nya.
Ia bermula sejak 4 khulafa ar-rasyidin
Khalifah I ---- Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
Khalifah II ---- Saidina Umar Al-Khattab r.a
Khalifah III ---- Saidina Utsman Affan r.a
Khalifah IV ---- Saidina Ali Abi Thalib r.a

<------------------Zaman Yang Sukar--------------->
Zaman khilafah ala-manhaj an-Nubuwah
Khalifah Akhir zaman I ------ Muhammad Abdullah
<-------------------Dajjal & Tenteranya--------------->

Khalifah akhir zaman II ------- Nabi Isa ibnu Mariam
-------------->Yakjuj & Makjuj-------------------------->
Khalifah akhir zaman II ------- Nabi Isa ibnu Mariam

<------------------TAMAT& KIAMAT/-
---------------------->AKHIRAT------------------------------>
Dimanakah kita kelak ?
--------------------------> Neraka ?
--------------------------> syurga ?
wallahualam

Didalam dunia ini,kita perlukan hala tuju dan pandu arah.Jika tidak ada hala tuju maka kita tidak akan mempunyai tujuan hidup melainkan sekadar hidup di dunia sahaja tanpa ada akhirat.

Nota:Apa yang ditulis mungkin ada sedikit perbezaan terutama tentang waris Rasulullah s.a.w,juga garis masa kejadian akhir zaman,ini kerana terdapat banyak teori dan kisah yang berbeza mengikut riwayat pernceritaan.Riwayat dan pernceritaan ini bersifat perbagai yang di ambil dari perbagai rujukan kisah akhir zaman dan sejarah khalifah ar-rasyidin.Namun,sebarang perancangan adalah milik Allah s.w.t,Dia lah yang berhak menentukan keputusan dan bahagian untuk kita,tugas kita adalah merancang keperluan hidup ini dengan baik,sebelum hari pembalasan kelak,catatan dan penulisan ditulis berdasarkan seringkas mungkin,agar kita dapat mengambil beberapa pedoman yang utama,selain membuat kajian lanjut dengan usaha sendiri kelak.wallahualam.
0 Komentar untuk "Cahaya Islam Akan Kembali Bersinar"

Popular Posts

Back To Top