w a n n u r s y a r i f a h

Wa Ana Love Mekah

wannursyarifah.com
 
Sayang dan ingin ke mekah.Memang hati rindu sekali pada mekah.Dapat melihat kaabah adalah ibarat nikmat pelihatan yang hanya orang telah melihat kaabah dari dekat sahaja dapat merasainya.

Dari pada mata itulah akan turun ke hati.Jarang sekali jika sesiapa yang telah melihat kaabah secara dekat,dia tidak rindu,pasti terdetik rindu ingin berkunjung ke mekah lagi.

Sebenarnya impian saya adalah ingin menetap di madinah atau mekah.Saya ingin menetap di madinah al-madinah munawarah sebab Rasulullah s.a.w ada disana.Sungguhpun Rasulullah s.a.w telah wafat,tapi kesan peninggalan,sejarah dan aura sirah Rasulullah s.a.w itu kuat disana.

Madinah Al-Munawarah adalah kota An-Nabawiyah.Penuh berkah pada makananya.Ia adalah satu pendorong kuat untuk saya mengimpikan hidup disana,insyaAllah.

Mekah Al-Mukarramah pula,sangat istimewa.Kedudukanya paling unggul sekali.Semua berhimpun disini dan menunaikan ibadah haji yang tidak akan sesekali dilepaskan oleh setiap orang islam sekiranya direzekikan berpeluang melaksanakan ibadah haji ini.Di mekah juga adalah tempat kelahiran Rasulullah s.a.w,iaitu pada 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah.


Tapi mekah mengalami sedikit kisah pilu.Dimana kejadian di musim haji ini telah meragut nyawa lebih 107 jemaah haji dari perbagai negara.

(Foto sebelah,adalah Raja Arab Saudi yang melawat Masjidil Haram susulan kejadian kren binaan tumbang akibat cuaca buruk pada petang jumaat sesudah asar)

Ia memang mengejutkan saya.Sebelum kejadian,saya dan beberapa sahabat lain bersembang tentang ibadah haji.Kami berkongsi cerita tentang ibadah tawaf.Kami suka melihat orang bertawaf.Dan tak sabar rasanya untuk merasai sendiri bertapa seronoknya jika dapat bersama bertawaf dengan mereka di samping kaabah.

Sayunya hati kami mendengar berita tu.Rasa terkejut sangat.Berulang-kali saya melihat video kren yang tumbang tu.Namun,perkara itu telah berlaku,dan kita berdoalah kepada Allah s.w.t agar mangsa-mangsa korban tersebut mendapat kedudukan disini Allah yang mulia.

Kejadian itu membuatkan kami lebih terpesona,malah hati ni bertambah rasa keinginan pula ingin kesana.InsyaAllah.Sekarang pun masing-masing tekun untuk merancang perjalanan selain mula menabung untuk kesana.Moga-moga dengan iktiar ini,kelak Allah melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh,lalu Dia memanggil kita pula untuk ibadah haji musim-musim akan datang,insyaAllah dengan izin-Nya.

Dan,salam takziah saya kepada semua mangsa dan keluarga terlibat kejadian itu,diharap tabah dalam menerima dugaan ini,dan sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t,agar mereka yang terkorban dalam peristiwa itu di tempatkan dikalangan hamba-Nya yang diredhai dan dikira sebagai syuhadah.InsyaAllah.

Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua para syuhadah tersebut.Al-Fatihah...

0 Komentar untuk "Wa Ana Love Mekah "

Popular Posts

Back To Top