w a n n u r s y a r i f a h

Kelebihan Solat Maghrib

wannursyarifah.com
Alhamdulillah,masih diberi keizin oleh Allah untuk menulis sunguh saya sedang alami satu waktu yang memelukan saya menumpukan ke urusan lain.

Jdi kali ini saya memilih tajuk yang ada bersangkut paut juga dalam hal menjaga waktu dan menggunakan waktu.Tapi lebih kepada satu waktu yang paling singkat dalam 5 waktu yang ada pada kita yakni mahgrib.Waktu ini sangat-sangat penting bagi kita sama ada mendapat dan memanfaatnya sebaik mungkin atau membiarkanya dari berlalu tanpa ada apa-apa yang dilakukan untuk meraihnya.

Untuk permulaanya,mari melihat kepada surah Al-Ikhlas seperti berikut,
"Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.'Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. " Surah al-Ikhlash: 1-4

Solat maghrib itu mempunyai kedudukanya tersendiri dan hikmatnya tersendiri juga.Kebiasaanya yang paling popular di perkatakan adalah solat subuh juga isyak.Namun,saya ingin membawakan juga rahsia dan kelebihan dan kisah sedikit tentang solat maghrib ini yang kenapa sebagai orang islam yang beriman kepada Allah,wajib solat maghrib.

Solat 5 waktu itu mempunyai asal-usulnya.Termasuk juga solat fardhu maghrib.


Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Sebagaimana kita mengetahui kisah dari perkara diatas,maka kita tidak harus terus menerus dari membiarkan waktu maghrib itu berlalu sahaja.Harus lekas-lekas mengerjakanya sama ada berjemaah atau di rumah walau dimana sahaja kita berada.

Solat ini menjadi wajib kepada umat Rasulullah shallallahu alaihi wa salam Nabi Muhammad,sesuai dengan sifat-sifat ketuhanan Allah Yang Esa.

dan jika kamu solat di awal waktu,maka Allah akan memasukan mereka kedalam syurgaNya,dan jika mereka solat di akhir waktu,dua pilihan bagi kita hanya ada.Jika Allah kehendaki,ia mengazabnya,jika ia kehendaki ia mengampuninya.

Maka apabila telah masuk waktu solat,maka bersegeralah kita menunaikanya.Katakanlah jika keluarga kamu lebih lebih kamu cintai,dan harta,serta tempat tinggal kamu lebih kamu cintai lebih kamu cintai,dunia kamu lebih kamu cintai,maka tunggulah sehingga datang keputusan dari Allah.

Jagailah waktu yang tersingkat itu sebelum datang waktu dan keputusan Allah.Dan sesuailah kisah dari Nabi Isa a.s,kita terasa pasti ingin mengakui bahawa Allah lebih utama dan Yang Esa dari apapun.

Ke-Esa-an Allah adalah tidak ada sesuatu serupa dan tidak ada tuhan selain dariNya.Jika kita melihat perkara-perkara seperti itu,bila tiba waktu maghrib itu,masuknya waktu itu,maka kita segera mengakui tentang kebenaran kisah Nabi Isa a.s,disamping kebenaran Ibu Nabi Isa a.s yakni Siti Mariam (bukan apa yang kaum Nabi Isa a.s ceritakan pada Ibunya),kita juga mengakui bahawa sebagai tanda ke-Esa-an Allah kerana menuduh Allah mempunyai anak sedang Allah tidak mempunyai anak.SubhanaAllah,tidak sesekali apa yang orang-orang kafir katakan itu.

Mereka itu telah mengatakan satu kalimat yang sungguh besar dosanya.Turunya Al-Quran itu adalah memberi amaran kepada mereka yang mengatakan "Allah mempunyai anak".

Sungguh, besar perkataan dusta yang keluar dari mulut mereka ungkapkan itu,mereka hanya mengatakan yang dusta tentang Allah.

Jadi,maghrib itu sebagai tanda ke-Esa-an Allah kepada sesiapa yang menjaga waktunya.

Sebenarnya mereka-mereka itu tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sedikitpun tentangnya,tidak juga bagi datuk-nenek mereka.

Sesungguhnya kami akan jadikan di bumi itu sebagai perhiasan bagi mereka,denganya kami akan menguji siapakah yang lebih baik (amalnya) diantara mereka.

Dan bumi ini akan dijadikan tanah yang tandus lalu apakah yang tinggal untuk mereka kelak selain amalan mereka itu?

Marilah sama-sama meminta kepada Allah agar memberikan ketekunan kepada diri kita agar lebih bertaqwa lagi dan memperbaiki amalan kita dengan lebih baik lagi.Semoga dengan doa kita itu Allah membukakan jalan-jalan kebaikan yang mendorong kepada keredhaan yang hakiki.Itulah keselamatan mutlak yang dijanjikan Allah.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan salam takziah kepada mangsa korban kren di masjidil haram tempoh hari.Moga mereka semua ditempatkan dikalangan mereka yang didekatkanNya.Al-fatihah....

0 Komentar untuk "Kelebihan Solat Maghrib"

Popular Posts

Back To Top