w a n n u r s y a r i f a h

Cahaya Di Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم
Di akhirat itu gelap gelita.Maka cahaya yang menerangi sepejalanan kita disana kelak.Cahaya-cahaya itu ada dalam perbagai bentuk.

Jadi di akhirat adalah penyempurnaan cahaya-cahaya keimanan yang berasaskan keimanan seseorang sewaktu didunia.Cahaya-cahaya ini adalah nikmat kurnian Allah kepada sesiapa yang berhak keatasnya.Dan ada satu untuk bahagian mereka menipu (golongan yang munafik dan fasik) Allah,dengan amalan mereka itu mereka bermaksud menipu orang-orang beriman sedangkan mereka itu tidak menipu sesiapapun sebaliknya menipu diri sendiri kerana mereka juga akan diberikan cahaya.Ertinya disini setiap kali mereka cuba dapatkan cahaya itu,mereka gagal kerana cahaya itu umpama angin lalu.Mereka melihatnya dari jauh,lalu mereka berkejaran kesana,tapi tidak ada yang di dapati.

(sesungguhnya orang munafik menipu Allah ) (maka Allah menipu mereka).Mereka melihat cahaya ketika di atas titian siratulmustaqim (satu laluan ke syurga dibawah adalah api dan sepanjang jalan yang tajam laksana pisau baru ditajamkan dan memiliki pengait seperti mata kail atau cangkuk-cangkuk yang menunggu umpan seperti memancing ikan di sungai) padahal cahaya itu hanya tipuan dari Allah sebagai balasan telah menipu Allah.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلا
يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلا قَلِيلا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).(Surah An-Nisaa:142).

Dan cahaya-cahaya bagi mereka (golongan munafiq itu sesuai dengan perilaku mereka sewaktu didunia.Cahaya mereka itu sebagai satu balasan atas kepura-puraan mereka pada Allah.Maka Allah membalasnya sesuai dengan kedudukan mereka.Mereka melihat cahaya itu,lalu mereka ingin mengambilnya,cahaya itu hilang atau pergi menjauh.

Jadi bagaimanapula cahaya orang-orang yang benar-benar beriman?Cahaya orang beriman lain.Tidak sebegitu.Cahaya orang beriman adalah tanda Allah memberikan kesempurnaan Nur Illahi kepada hamba-Nya.Maka pada hari itu,Allah sempurnakan cahaya-cahaya keimanan masing-masing mengikut kedudukan tertentu atau istilahnya sebagai darjat mereka disisi Allah baik yang awal beriman,hinggalah manusia terakhir beriman,tetap Allah beri.Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang sesiapa yang beriman walau sebesar zarah atom-atom sekalipun,tetap di ambil kira dan disempurnakan balasan untuk menerima ganjaran di akhirat.

Dan apabila proses penyempurnaan ini berlaku,maka itulah bahagian kita yang patut kita terima.Sesuailah dengan diri masing-masing selama mana kehidupanya dengan iman di dunia lalu.Ertinya disini,sepanjang hayatnya itu,apakah atau bagaimana kuatnya iman seseorang atau amalan seseorang hingga nanti kelak,ia akan disempurnakan.Atau bahasa mudah,setiap mentol lampu mempunyai jumlah wattnya.Ada yang wattnya biasa-biasa sesuai kadar keinginan kita.Ada yang tinggi dan rendah sedikit sesuai suasana keinginan kita.Contoh,jika kita mahu meletakan di ruang tamu yang ada meja makan,tentu sekali mahu yang sesuai,sesuai bagi melakukan kerja di ruang tamu,seperti menerima tetamu,dapat makan dengan cahaya yang terang,dapat melakukan aktiviti lain sesuai cahaya terang itu seperti menjahit sekalipun.

Namun andai kata cahaya itu kita memilih yang rendah,maka apakah kita dapat menjahit di dalam cahaya yang memang merimaskan mata kita.Dan tidaklah kita berhenti dari terus menjahit kain itu,kecuali kita benar-benar sakit di bahagian mata.Dan kita beralih pula ke sumber cahaya yang terang menerangi kita.Jadi ertinya kita mahukan sumber yang memberi jaminan kita ke syurga.Dari yang malap hingga benar-benar terang.Tapi kita tidak tahu,apakah jenis yang kita perlukan.Tidak tahu kita bagaimana proses pernyempurnaan itu kelak.Jadi kita tidak boleh duduk selamat sahaja,boleh jadi cahaya yang kita dapat itu malap.Ada memang ada,tapi malap.Tidak berapa terang untuk kemudahan kita jua disana.Kita tahu bahawa tempoh masa dan proses perjalanan kita ke syurga lama dan panjang,jika sumber yang dimiliki tidak berapa kuat,maka bimbang,kita sukar menghadapi apa yang dari depan kita.

Yang ini adalah saya ringkaskan dalam teks yang padat.Kita ambil satu-dua contoh sahaja.Jika tidak boleh satu dua contoh,haruslah menyatakan contoh-contoh yang lain.Sesetengah orang kefahaman ia berbeza-beza.Tidak boleh yang ini,boleh jadi dalam bentuk atau arah lain.wallahualam.

Al-Quran,ketika dibumi cahayanya di hijabkan supaya manusia tidak dapat melihat cahaya itu.
Dan matahari dikenali sebagai mempunyai cahaya paling terang setakat ini (sedangkan di akhirat cahaya matahari hanya ibarat lampu jalan dari panjangnya jalan,maknanya tidak boleh bergerak,matahari,itu tetap tidak bergerak seperti manusia perlu bergerak).

Cahaya Al-Quran boleh bergerak malah lebih terang dan indah dari cahaya matahari.Kita akan bergerak dengan cahaya itu (bergantung berapa kuat keakraban kita padanya).

Ada juga cahaya bersumber air wuduk,solat dan sedeqah,amalan-amalan lain juga seperti selawat,malah dikatakan ada yang menumpangi cahaya orang lain.
Sampai kita tertanya apakah amalan orang ini.Dulu sewaktu di dunia kita tak terfikir tentang manfaat cahaya ini,hingga cahaya orang ini pun kita nak pinjam (ada dalan riwayat sahih dimana seseorang akan meminta atau tumpang cahaya orang lain.wallahualam).

Haruslah kita ada sumber cahaya kita sendiri,kerana sewaktu di dunia Allah telah beri peluang sama rata pada setiap hamba-Nya.

Ada yang seperti kilat memancar.Cahaya ini bersumber hasil dari sekuat mana amalan kita.Jika ala kadar sahaja,bimbang,cahaya itu sekejap padam sekejap menyala.

Apabila padam,kita terdiam,tidak dapat bergerak.Bila menyala baru kita bergerak.Ada yang bergerak merangkak-rangkak kerana cahaya tidak cukup terang.Ada yang bergerak laju seperti kilat kerana laju dan terang cahaya itu,hingga kesempatan dari sumber cahaya itu memungkinkan orang itu dapat bergerak sepantas itu.wallahualam.

Dan,malaikat melihat orang-orang mukmin ini seperti bulan atau bintang bersinar laksanandi malam hari.

Mereka penghuni langit itu mengenal kita berdasarkab terang cemerlangnya cahaya bintang-bintang itu.Sangat terang cahaya orang bumi ini,malam esoknya ia mahu melihat lagi.Ada lagi yang terang,ini ada lagi yang terang,lalu dilihat lagi sekeliling,ini lebih terang dan bersinar lagi.Begitulah ia penghuni langit melihat dan mengenal kita orang mukmin di bumi ini.Tidak sama pandangan malaikat itu dengan pandangan manusia.Mereka sentiasa mencari atau memandang orang soleh seperti mana kita memandang bintang di langit.Dimana tumpuan mata kita?tentulah pada yang paling terang itu.SubhanaAllah.

Perlunya kesempurnaan cahaya ini,adalah untuk keperluan kita di akhirat kelak.Orang beriman berdoa dan meminta kesempurnaan iman mereka.Apabila kita beristiqomah dan bertawal dalam ibadah,seterusnya hak peyempurnaan itu adalah dalam kepunyaan Allah s.w.t.Kita menjalankanya dan Allah menyempurnakan segala sesuatu menurut pandangan-Nya terhadap kita.

بَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Ertinya: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami ; Sungguh Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu”. (Surah At-Tahrim ayat 8).

Orang-orang beriman berdoa kepada Allah agar disempurnakan cahaya keimanan dan pengampunan.Ertinya mereka (orang-orang beriman) itu melakukan amalan khusus hanya pada Allah.Dan Allah lah yang akan membalas setiap amalan mereka.

Orang-orang beriman itu rindu akan tuhan mereka dan senantiasa beramal hanya kepada Allah.Jadi mereka merasai manisnya iman itu apabila mereka mula rindu.Mereka suka dan kusyuk dalam ibadah.Mereka itu semuanya percaya,setiap solat,sedeqah,zakat,haji,umrah,perbuatan baik itu adalah akan ada pehitunganya kelak iaitu di akhirat.Jika kita mengetahui hari hisap,nenscaya kita akan berkira-kira untuk meninggalkan perkara baik yang mana ia akan di hisap sebelum di timbang dengan yaumul mizan.

Yaumul mizan itu adalah sejenis penimbang yang menurut beberapa riwayat lain adalah penjaganya Jibril (Alaihis salam) dan apakah cara dan jalan agar kita dapat merasuah Jibril a.s itu?sedang malaikat-malaikat Allah tidak mengenal harta benda mahupun emas.

Yang kita akan bawa di akhirat kelak beberapa perkara,yang telah kita sedia maklum akan perkara itu iaitu dosa dan pahala masing-masing.Pahala itu akan disempurnakan kelak dalam perbagai bentuk berupa syafaat dan cahaya-cahaya keimanan.Dosa juga akan turut disempurnakan sama ada diazab,atau di ampunkan oleh Allah s.w.t.Alhamdulillah jika Allah s.w.t berkenan mengampunkan dosa kita.(Kita tidak boleh berhenti dari berharap agar dosa kita di ampunkan yaa Rabb kita).Walaubagaimanapun,dosa sesama mukmin atau makhluk itu haruslah juga kita cuba agar menghapuskan menerusi cara kita sendiri pergi dan memohon maaf padanya.Jikapun kita tidak di maafkan oleh mereka itu,itu telah termasuk dalam urusan Allah.Yang penting itu kita usaha dan bergerak pergi meminta maaf dengan niat ingat saling memaafkan dan mengakui kesilapan.Selebihnya itu adalah tawakal sahaja,kerana yang memegang jiwa dan hati seseorang adalah Allah.Jadi Allah s.w.t tahu apa yang tersembunyi dalam diri masing-masing.wallahulam.
Dalam peluang yang ada ini,iaitu peluang untuk memperbaiki diri,sesuailah dalam bulan haram ini,ketika ini di tulis adalah musim haji,iaitu termasuk dalam bulan haram yang mana bulan-bulan haram ini di khususkan oleh Allah bukanlah saja suka-suka.Bulan ini ada dimana Allah menerima tetamu,ada yang melaksanakan ibadah berkorban,beraqiqah serta seumpamanya dan mempertingkatkan dan memperbaiki amalan.Bulan-bulan ini ada keistimewaanya yang jarang-jarang kita ketahui sebagai mana kita ketahui bulan ramadhan.

Jadi kita jangan pernah putus asa.Putus asa dalam membentuk diri agar kelak kita juga boleh bersama-sama dengan orang yang berdoa kepada Allah agar disempurnakan cahaya keimanan.Tidak ada bulan khusus nak memulakan kebaikan,sebaliknya masa dan tempat itu sesuai adalah sekarang.Tidak perlu tunggu ramadhan baru ingin mengambil sesuatu pelajaran,sebaliknya sekarang.Bimbang jika tangguh-tangguh maka peluang kita semakin kecil dan sedikit hingga masa lapang terasa sempit di dalam hati.Terasa sempit di hati.

Cahaya Keimanan
Syarat untuk mendapat kesempurnaan ini adalah apabila ada keimanan di dalam hati masing-masing.Sedikit atau banyak perlunya tidak lah saya ketahui namun,cahaya itu adalah amat bergantung kepada iman seseorang.Terang,malap,bersinar atau samar-samar adalah dari diri sendiri.Kita tidak boleh meminjam cahaya orang lain sebagaimana orang-orang munafiq minta pada orang beriman cahaya itu.Cahaya itu tidak boleh dikongsikan kerana kelak ada satu batasan yang akan menghalangi orang munafiq dari meminta-minta cahaya dari orang beriman.

Orang munafiq ini sebenarnya banyak menyusahkan nabi dan orang beriman.Dizaman Rasulullah s.a.w,mereka selalu menganggu kerja-kerja seruan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Malah bolehlah kita ambil contoh semasa zaman khalifah arasyidin di zaman Saidina Ali r.a di mana banyak terjadi perpecahan ekoran banyaknya penyusupan golongan ini di dalam kalangan orang islam hingga berlaku pembunuhan Saidina Ali r.a.

Sebab mengapa saya turut membawa kisah atau kaum munafiq ini,adalah kerana di akhirat kelak golongan yang mengaku islam ini juga akan meminta-minta cahaya keimanan dari orang-orang yang Allah telah sempurnakan cahaya keimanan.Lalu untuk golongan munafiq ini,Allah beri mereka bayang-bayang cahaya,umpamanya mereka melihat cahaya,tapi mereka tidak dapat bernaungan didalamnya.Lalu mereka pun meminta sedikit dari orang beriman,dan orang beriman tidak membenarkan lalu terdiri satu bentang atau batasan yang mana batasan itu terjadi untuk menghalang golongan munafiq itu dari terus menganggu orang beriman di akhirat kelak.Mereka hanya dapat menganggu orang beriman hanya di dunia sahaja,dan di akhirat akan di dirikan satu dinding yang tinggi hingga keamanan dan pelindungan untuk golongan beriman dirasai.

Sebenarnya didalam surah-surah Al-Quran jelas keterangan yang nyata tentang cahaya keimanan dan golongan yang mendapatkanya.Juga disamping keterangan itu,ada satu golongan juga yang meminta-minta kepada orang beriman.Mereka itu tidak dapat meminta kepada Allah s.w.t,lalu meminta kepada orang beriman.

Tidak dapatlah saya nak memasukan dengan banyak akan kisah-kisah itu kerana pernceritaanya sangat panjang dan saling berkaita rapat tentang mengapa sesuatu ayat itu diturunkan.Apabila sesuatu ayat atau surah diturun kepada Rasulullah s.a.w,tentulah ia membawa maksud tertentu.

Disini saya membawa sedikit dari ayat al-quran,dari surah al-hadid ayat 12-13.Ayat ini menerangkan bagaimana keadaan dua golongan iaitu golongan beriman dan golongan munafiq.Disini  ada perbezaan-bezaanya masing-masing.

Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

Dan...

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

Didunia ini pun kita perlukan cahaya untuk keperluan hidup.Jadi bila di waktu malam,kita memelukan cahaya dari mentol lampu siling rumah.Cuba kita jika tidak memiliki lampu itu,pinjam dari rumah sebelah,agak-agak boleh tak jiran sebelah beri untuk tempoh waktu kita inginkan?kita datang di pintu rumah jiran beri salam,kita tanya nak pinjam lampu.

Berkata Abdullah bin Mas'ud:
يؤتون نورهم على قدر أعمالهم

Ertinya:mereka akan diberi cahaya tergantung amal perbuatannya.


Cahaya itu berada di depan dan di sebelah kanan. Aiman adalah bentuk jama dari yamin iaitu kanan. Penyebutan kanan ini dalam ilmu sastra Arab adalah penyebutan sebahagian atas semuanya. Jadi yang dimaksud dengan cahaya di depan dan di kanan dalam sebagian kitab tafsir adalah cahaya ini ada di sekelilingnya dan ketika orang mukmin melihat cahaya yang hilang ketika berada di hadapan orang munafik, maka mereka yang benar-benar beriman berkata :

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami ; Sungguh Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu”.

Makna orang-orang beriman yang sebenar-benar beriman akan berdoa dan menuntut apa yang telah dijanjikan kepada mereka di akhirat.Dan bagi yang tidak beriman,apakah yang akan mereka tuntukan di hadapan Allah selain mereka akan saling salah menyalahkan antara satu sama lain.Maka itu apabila mereka saling berbalah maka Allah menjawap kepada pertelingkahan mereka supaya janganlah mereka berbalah dan janganlah mereka meminta sedikit pun rahmat Allah.Dan Allah tidak akan melayani segala tuntutan-tuntutan,keluh kesah mereka jika mereka mendustakan hari pertemuan yang di janjikan.

Saya tidak dapat memasukan tentang orang kafir (orang yang tidak mempercayai Allah),kerana mereka memang tidak ada iman sedikit pun,berbanding golongan munafiq yang mengakui ada iman dan mengaku beriman tetapi di sanggah oleh Allah s.w.t.Kerana Allah tahu apa yang di dalam hati mereka itu.Jadi cahaya keimanan yang ada di dalam hati mereka itu hanyalah main-main sahaja.Mereka itu di zaman Rasulullah s.a.w bila bertemu dengan orang beriman,mereka mengaku beriman,tetapi bila mereka bertemu di kalangan mereka,mereka balik seperti kepada aturan hidup lama mereka.Mereka ini bermain-main dalam urusan agama Allah s.w.t.Kelak akhirat Allah akan buat mereka tercari-cari cahaya keimanan mereka yang mereka sebut-sebutkan itu.

Semoga kita mendapat kesempurnaan cahaya  itu di akhirat kelak.InsyaAllah.Pentingnya cahaya itu adalah pentingnya iman kita.Pentingnya iman kita adalah pentingnya cahaya kita.Salah satu terkurang akan memberi kesan pada akhirat kelak.Kita tidak nampak itu semua di dunia,tapi di akhirat kelak semuanya berubah.Mereka yang beriman kepada hari akhirat maka mereka akan mencari sesuatu sebagai bekalan agar boleh menuntut hak keatas kesempurnaan cahaya itu nanti.Kita diberi kesempatan itu nanti jika kita memilikinya.InsyaAllah.

Jika kita tidak memiliki cahaya itu sedikit pun,amat sukar lah keadaan kita kelak.Cerita tentang keadaan hari akhirat sangat panjang dan banyak riwayat sahih sama ada di dalam hadist mahupun dari al-quran itu sendiri.Bahkan syurga juga mempunyai tingkat-tingkat yang berbeza sesuai dengan amalan seseorang.Mereka yang didekatkan akan berada dekat dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul-Nya dan kekasih-kekasih-Nya.wallahualam.

Pada hari itu kelak adalah satu kemenangan yang agung dimana iman itu akan diberikan  kesempurnaan hingga ke syurga Allah s.w.t.InsyaAllah.

Kita harus yakinlah pada Allah bahawa Allah akan beri kesempurnaan cahaya keimanan kita itu.InsyaAllah.

Dalam riwayat Thabarani, beliau membawakan sebuah hadits dari Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, bahwasannya Nabi Muhammad s.a.w pernah menceritakan keadaan orang mukmin kelak pada hari kiamat dengan sabdanya:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « فيعطيهم نورهم على قدر أعمالهم فمنهم من يعطى نوره مثل الجبل العظيم يسعى بين يديه ومنهم من يعطى نوره أصغر من ذلك ومنهم من يعطى نورا مثل النخلة بيمينه ومنهم من يعطى نورا أصغر من ذلك حتى يكون رجلا يعطى نوره على إبهام قدمه يضيء مرة ويفيء مرة فإذا أضاء قدم قدمه فمشى وإذا طفئ قام قال : والرب أمامهم حتى يمر في النار فيبقى أثره كحد السيف دحض مزلة قال : ويقول : مروا فيمرون على قدر نورهم منهم من يمر كطرف العين ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالسحاب ومنهم من يمر كانقضاض الكوكب ومنهم من يمر كالريح ومنهم من يمر كشد الفرس ومنهم من يمر كشد الرجل حتى يمر الذي اعطى نوره على أبهم قدميه يحبو على وجههه ويديه ورجليه تخر وتعلق رجل ويصيب جوانبه النار فلا يزال 
كذلك حتى يخلص » [أخرجه الطبراني [

"Maka mereka dikasih cahaya sesuai dengan kadar amalannya, diantara mereka ada yang dikasih cahaya sebesar gunung yang berada didepannya. Dan ada yang dikasih cahaya lebih kecil dari itu, ada juga yang dikasih cahaya semisal pohon kurma disamping kanannya. Diantara mereka ada yang dikasih cahaya lebih kecil dari yang tadi, sampai sekiranya ada seseorang yang dikasih cahaya diatas jari telunjuk kaki yang terkadang menyala dan kadang padam, maka apabila cahayanya menyala dia berjalan dan bila padam dirinya berhenti". Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan: "Sedangkan Allah azza wa jalla berada didepan mereka,  kemudian mereka diuji untuk melewati neraka diatas titian yang sangat tajam bagaikan mata pedang. Lalu Allah berfirman: 'Lewatlah'. Mereka pun melewatinya sesuai dengan cahaya yang mereka miliki. Diantara mereka ada yang berjalan secapat pandangan mata, ada yang berjalan seperti buraq, dan ada lagi yang berjalan bagaikan awan. Diantara mereka juga ada yang melewati seperti penunggang kuda, dan ada yang melewati seperti orang yang lari. Sampai tiba giliranya orang yang dikasih cahaya dijari telunjuk kakinya, dirinya berjalan merangkak menggunakan wajah, tangan dan kakinya, setapak demi setapak, dirinya terkadang disambar api dari sisi kiri kananya, sampai akhirnya dirinya mampu melewati ujian tersebut…al-Hadits".  HR ath-Thabarani dalam Mu'jamul Kabir 9/3576-358 no: 9763.

Disni maksud Rasulullah s.a.w itu boleh lah disimpulkan sebagai cahaya itu perbagai.Ada terang berderang,ada yang sementara lalu padam menyala,kemudian padam lagi dan menyala lagi.Dengan cahaya itulah masing-masing berjalan,berlari atau melintas dengan seperti kilat,cahaya mahupun pantas sepantasnya bila melalui satu titian yang tajam.Itu kegunaan-kegunaan cahaya itu di akhirat kelak.wallahualam.

Kita perlu kepada cahaya-cahaya itu,kerana dengan itulah kita dapat menuntun jalan kita tepat melalui titian siratulmustaqim.Moga Allah tuhan kita yang Esa dapat memberi kekuatan kepada kita untuk melalui jalan yang tajam,yang tidak sanggup dilalui oleh amalan para malaikat,sedangkan malaikat itu cukup taat,apatah lagi kita.

Rasulullah s.a.w sendiri bimbang akan umatnya,bimbang kalau-kalau ada antara umatnya terperosok kesana (tempat yang binasa).Susah hati Rasulullah s.a.w pada umatnya.Jadi kita janganlah membuat Rasulullah s.a.w susah hati.Telah cukup penderitaan sewaktu awal-awal kedatangan islam dulu.Banyak sangat sudah luka-luka pada badan Rasulullah s.a.w,sebenarnya luka dan rasa sedih bila tahu ada umatnya Rasulullah s.a.w sendiri yang akan ke sana iaitu tempat binasa,maka baginda s,a.w pengsan mendengarkanya.

Eloklah kiranya kita cuba untuk mengapai keperluan-keperluan kita sendiri di akhirat semasa dunia lagi.InsyaAllah,kita tidak perlu meminta-minta cahaya keimanan orang lain untuk melalui perjalanan ke jannahtul Allah dengan usaha kita sendiri.Kita harus berbangga dengan usaha kita di dunia,kerana sewaktu di syurga kelak,penghuni syurga akan berbicara tentang amal-amal seseorang ketika di dunia.Mereka penghuni syurga itu berkata,kami tidak termasuk dalam orang yang mempersekutukan Allah.

Kata-kata ibrah
Jadilah seperti bintang-bintang bercahaya di langit,terang benderang yang mana jika syaitan dan iblis melihat kamu,mereka takut,sedang bintang-bintang itu adalah punca rejaman kepada mereka.wallahualam.
0 Komentar untuk "Cahaya Di Akhirat"

Popular Posts

Back To Top