w a n n u r s y a r i f a h

Alhamdulillah Tetap Mencintai

Wannursyarifah.com

Alhamdulillah....

Ia adalah antara berapa rapatnya hubungan antara hamba dengan Tuhanya.Hingga saling mencintai dan saling menjaga.

Lalu dikala ia berdoa.dan doanya lambat dikabulkan,hingga yaa Rabb bimbang jika kekaseh-Nya itu tidak lagi berdoa kepada-Nya hingga kekaseh-Nya itu menjauh,lalu Dia kabulkan supaya kekaseh-Nya itu senantiasa berdoa lagi agar dapat Dia mendengar suara-suara munajat kekaseh-Nya itu.

dan kekaseh-Nya itu berdoa bahawa,sama ada lambat atau tidak,aku tetap berdoa kepada Tuhanku.Maka orang itu berkata,adakah Engkau yaa Rabb kabulkan doa aku ini kerana bimbang bahawa aku tidak meminta lagi(dalam doa)kepada Mu ? tentulah tidak,kerana aku telah mengetahui bahawa cinta ini lebih penting lagi.Kini,aku berdoa bukan kerana itu semua,akan tetapi agar Engkau terus menerus menerima aku sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.Sungguh pun jika ada tentang hal itu sedang Engkau Maha Mengetahui,dan keputusan itu adalah milik-Mu,tetapi,bagi ku, itulah antara perkenalan antara aku dan Tuhanku,yang baru aku ingin mengenal tentang bagaimana rasa jika mencintai Tuhanku yang Maha Esa.

Didalam arab disebutkan dengan lafaz Al-‘Isyqu,iaitu membawa makna cinta yang meluap-luap.Ataupun dalam bahasa mudahnya cinta menjadi-jadi.Semakin menjadi-jadi.Namun belum sampai ke peringkat yang memuncak,atau dalam sebutan arabnya  At-Tabarih,kerana masih melaluinya dalam peringkat-peringkat lagi.Namun dalam peringkat ini,ia disimpulkan sebagai kasih sayang atau Al-Mahabbah,yang mana saling menjagai satu sama lain (hubungan).wallahualam.

Nota:Nukilan hasil dari pengalaman penulis ketika sedang bersolat fadhu maghrib jika tidak silap atau mungkin jua isyak.Cuma detik-detik itu kadangkala kita tidak sedar waktunya.Maka muncul dihati suatu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.Sekadar nukilan peribadi sahaja : )

Tetap Mencintai Allah walau apa jua keadaan sekalipun.Harus mengenang segala nikmat-nikmat dan rezki kurnia dari Allah s.w.t.Maka kita tidak akan sesekali berasa jauh,akan tetapi lebih dekat lagi,kita tidak mencintai Allah kerana segala nikmat-nikmat itu,akan tetapi kerana satu rasa yang sukar sebenarnya nak di ungkap dengan kata-kata.Hingga kadangkala kita sampai malu untuk meminta-minta lagi,kita tidak mahu dengan nikmati itu,membuatkan kita terbiasa atau terbuai di dalam keseronokan kurniaan nikmati dan rezeki itu.Sebenarnya ini bukanlah ayat-ayat yang tepat untuk di tafsirkan,tapi hampirlah kepada maksudnya yang mana ketepatan maksud sebenar itu adalah dalam pengetahuan yaa Al-Aliim (Yang Memiliki Ilmu).Wallahualam.


  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلاثَةٍ إِلا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلا خَمْسَةٍ إِلا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْثَرَ إِلا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (٧)

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada dibumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepadamereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah Al-Mujaadalah:7)

           نور
19 Zulkaedah, 1436
0 Komentar untuk "Alhamdulillah Tetap Mencintai"

Popular Posts

Back To Top