w a n n u r s y a r i f a h

Yaumul Mizan Penimbang Amalan Di Akhirat

Yaumul Mizan Penimbang Amalan Di Akhirat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yaumul Mizan,itulah suatu penimbang yang akan di gunakan untuk menimbang amalan manusia di akhirat kelak.Yaumul mizan adalah suatu peringkat yang mana semua umat manusia akan melaluinya.Dan sebelum yaumul mizan ini,manusia akan melalui proses yaumul hisab.Yaumul hisab adalah pengakuan umat manusia tentang amalanya di dunia dahulu.Jadi seterusnya yaumul mizan adalah sejenis penimbang amalan setiap umat manusia bagi menentukan apakah bentuk balasan yang berhak di terima seseorang dari Allah.


APAKAH YAUMUL MIZAN ?

Dari kitab  “At Tadzkiroh fi Ahwaalil Mautaa wa ‘Umuuril Aakhiroh.Karangan Imam Al-Qurthubi  رحمه الله .Di dalam Al Mizan tersebut akan ditemukan  tentang  empat perkara harus di akui benar dan dengan diyakini benar menurut kaedah-kaedah Ahlul Sunnah Wal Jama'ah:


  • PERTAMA.Apakah Yaumul Mizan ?
Yang ada pada timbangan itu adalah keadilan dan tidak sama sekali terdapat kekurangan mahupun kesilapan padanya.Saya sendiri kurang berapa faham tentang erti penulisan atau ayat dari kitab ini seperti di bawah:

"Timbangan yang dimaksudkan adalah dalam erti yang sesungguhnya dimana timbangan tersebut bukanlah dalam erti kiasan.Timbangan itu yakni disebelah kanan dan disebelah kiri..."


dari Saya tidak dapat mengolah maksud ayat tersebut samada timbangan itu dimaksudkan ada punyai dikananya serta dikirinya seperti yang biasa di lihat di dunia ini ataukah ayat itu tidak bermaksud sedemikian yakni timbangan itu bukanlah seperti di dunia ini.Walllahualam.

Yaumul mizan tidak ada yang mengetahui tentang berapa besarkah timbangan itu kecuali Allah swt.Yang nyata ada adalah keadilan.Tidak curang,juga ia di sebut Al-Qisthu atau Al-Adlu yakni adil.Jelas sekali bahawa timbangan yang akan menimbang amalan seseorang adalah dari timbangan yang adil dan tidak curang.  


فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٢) وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فِى جَهَنَّمَ خَـٰلِدُونَ   (١٠٣)   تَلۡفَحُ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ وَهُمۡ فِيہَا كَـٰلِحُونَ (١٠٤


Barang siapa yang berat timbangan (Kebaikan)nya maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan.(102)Dan barang siapa yang ringan timbanganya.maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri,mereka kekal di dalam neraka jahanam.(103) Muka mereka dibakar api neraka,dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.(104).[Surah Al-Mukminun ayat 102-104].


Saya suka penulisan dari Ustadz Rofii yang mengulang tentang karangan dari kitab ini,namun tidaklah saya dapat pastikan sama ada tulisan itu di ambil langsung saja dari kitab karangan Al-Qurtubi itu atau memang ulasan peribadi dari beliau.Namun saya sukua dan cukup memahami isi di maksudkan beliau.Mudah di fahami serta cepat untuk kita pelajari isinya yang di sampaikan.


Antara tulisanya yang saya maksudkan adalah tentang berikut yang saya kekalkan dalam bentuk asli:


-Pada Yaumul Mizan itu tidak akan terdapat kecurangan sebagaimana peradilan yang kita temui dalam kehidupan di dunia iniDi dunia ini orang pandai dalam memutar-balikkan fakta, membuat perkara-perkara peradilan dapat memenangkan pihak yang kuat dan menindas pihak yang lemah. Kecurangan yang dilakukan oleh manusia di dunia, akan menjadikannya binasa ketika ditegakkan Al Mizan baginya di akhirat nanti, karena keadilan Alloohسبحانه وتعالى adalah tidak bisa ditawar sebagaimana sistem peradilan di dunia ini.-


Tulisan itu dalam perkiraan saya sangat baik dan tidaklah patut saya cuba menambah-nambahkan lagi maksudnya,kerana semangnya itulah kejadian yang sering berlaku di dalam dunia ini.Dan amat sukar untuk saya mendapatkan olahkan baru seperti sedemikian rupa.


Di samping itu juga,beliau turut melampirkan juga hadis dari Rasulullah shallallah alaihi wassalam seperti yang berikut:




Perhatikanlah sabda Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imaam Al Hakim dalam “Al-Mustadrok” Kitab “Al-Fitan wal Malaahim” no: 8667 dan kata beliau sanadnya Shohiih dan Imaam Adz-Dzahaby menyepakati-nya, juga Imaam Ibnu Majah dalam kitab yang sama no: 4019. Dan Syaikh Nashiruddin Al-Albaany meng-Hasan-kan Sanadnya sebagaimana dalam Silsilah Hadits Shohiih-nya 1/167-169 No.106:

… وَلَمْ يَنْقُصُوْا الْمِكْيَالَ وَالْمِيْزَانَ إِلاَّ أُخِذُوْا بِالسَّنِيْنَ وَشِدَّةِ الْمُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
Artinya:
“…Tidaklah mereka (suatu kaum) mengurangi takaran dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpa dengan:
1. kemarau panjang,
2. beban hidup yang berat
3. dan penguasa yang dzolim….

Bentuk tulisan itu juga saya kekalkan kerana mahu keaslianya mudah untuk di fahami semua.


Dalam 3 perkara yang seperti di atas,saya ingin terangkan tentangya yakni perkara itu adalah:



  • Assaniin-Kemarau panjang.Berlaku setelah ketidak aturan cuaca mahupun iklim dunia yang berlaku.
  • Syiddatil Mu'nah-Beban hidup yang berat atau pun sara hidup yang tinggi.Berlaku ketika ini.Atau yakni krisis kewangan atau melibatkan wang.
  • Jaurus Sulthooni alaihim-Pemerintah yang zalim,yang banyak terjadi di mana-mana serta dalam perbagai bidang.
Namun di akhirat kelak,Allah swt akan mempunyai alat penimbang yang adil untuk menimbang kesemuanya.Maka yaumul mizan yang adil akan menimbang apa sahaja amalan yang di lakukan.Sebagaimana keterangan di dalam al-qur'an:


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئاً وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ


"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat,maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun.Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya .Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan."-Surah Anbiyaa ayat 47.

Timbangan yaumul mizan hanya berlaku di hari pembalasan untuk masing-masing menerima ganjaran tentang apa yang telah di lakukan di dunia.Jadi yaumul mizan ini penting sebagai penimbang yang adil untuk melihat berapa berat atau berapa ringan kah amalan seseorang itu semasa di dunia sebelum boleh di istiharkan bentuk ganjaran.Tujuanya adalah untuk seseorang itu sendiri melihat berapa banyakah amalan dirinya sendiri tanpa sesiapa pun cuba untuk berlaku dusta terhadap timbangan yaumul mizan.


Yaumul mizan tidak seperti alat-alat timbang di dunia,yang boleh di program meter ukuranya.Yaumul mizan benar-benar tepat juga adil.Sesiapa yang di timbang amalanya pasti tidak akan memampu membantah kerana hakikatnya itulah hasil yang di lakukanya ketika didunia.


Yaumul mizan,tidak sama sekali mampu di tawarkan untuk di rasuah,kerana kelak di akhirat,tidak ada alat pertukaran lain selain dosa pahala,tidak ada wang yang boleh menebus dosa,juga tidak ada wang mampu membeli pahala.Maka segala hutang yang ada aka di pindah milik sebagai gantinya.Jadi benarlah yaumul mizan akan berlaku adil kelak.


Dan mereka yang ringan timbanganya pasti berwajah muram.Kerana hasil yang di dapati tidaklah seperti di harapkan.Mereka sewaktu di dunia tidak mempercayai hari akhirat atau lewat dalam menuju kejayaan hingga tidak sempat untuk menemui jalan keluar dari kesilapan diri sendiri.



Dalam kitab karangan Imam Al-Qurtubi juga,yang seperti berikut,beliau meriwayatkan dari Wahab bin Munabih tentang tafsir ayat 47 dari surah Anbiyaa tersebut,penyataan beliau adalah bahawa yang akan ditimbang adalah amalan-amalan yang paling akhir.Oleh itu,jika Allah swt mengkehendaki dari hamba-Nya itu kebajikan,maka orang itu akan di akhirikan hayatnya yakni buku amalan serta akhir hidupnya itu dengan kebajikan.Dan jika Allah swt menghendaki pada orang itu keburukan,maka tentulah Allah swt berkuasa untuk mengakhirikan riwayat hamba-Nya itu dalam keadaan yang buruk dengan amalan yang buruk.

Kerana di pengakhiran hidup kita,ada dua jenis akhir.Yang baik ataukah yang buruk.Yang baik itu di sebut sebagai Husnul Khotimah.Setiap kita cita-citakan akhiran yang husnul khotimah yakni yang baik.Pengakhiran yang baik itu adalah satu perkara yang sukar,namun boleh di capai.Sementara pengakhiran yang buruk yakni su'ul khotimah itu mudah,maka kita mudah terjebak dengan perkara-perkara buruk,sebab mati dalam su'ul khotimah itu sesiapa sahaja boleh terlibat jika tidak pernah untuk berusaha mengelak jatuh kejurang itu.


Kita harus sentiasa berdoa kepada Allah swt,agar pengakhiran kita kelak dalam akhir yang di redhai dan mendapat status Husnul Khotimah,kerana itulah perkara yang wajib kita dapatkan sebelum hari pembalasan kelak.


Dalam peredaran masa,kita punyai 3 hal,yakni 3 hal itu adalah semalam,hari ini,dan hari esok.Semalam telah berlalu,dan ianya tetap pergi jauh.Hari ini berlaku,dan kita punyai cara sendiri menangani runting harian.Dan esok adalah dekat,namun tidak pasti ianya boleh sampai mahupun tidak.Jadi apa yang berlaku pada hari esok adalah bermula dari hari ini.Kita tidak boleh menunggu hari esok untuk mendapatkan apa yang di ingini hari ini,kerana hari esok pasti ada keinginan lagi hingga kita melupai hari semalam.

وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٨﴾ وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ 
(فَأُوْلَـئِكَ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يِظْلِمُونَ ﴿٩

hari Dalam surah al-araaf,keterangan yang adil tentang yaumul mizan seperti berikut:

  • Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan),maka barangsiapa berat timbangan kebaikanya,maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Ayat 8)
  • Dan siapa yang ringan timbangan kebaikanya,maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri.disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.(Ayat 9)
Telah di berikan keterangan tentangnya yakni yaumul mizan adalah penimbang yang sangat adil.Dimana tidak ada kesilapan padanya,sebaliknya jika amalan yang baik itu ringan,maka orang itulah yang benar-benar merugikan dirinya sendiri.Bukanlah timbang itu.Di hari pembalasan itu,maka ramailah yang pasti akan berasa terkejut kerana amalan yang di timbang itu adalah yang benar dan mereka tentulah berasa amalan yang dilakukan sudah cukup,akan tetapi jika telah di tolak atau pahala amalan itu telah di tebus atau di pindah milik,maka yang berbaki itu hanyalah sedikit selepas di timbang kelak.

Oleh kerana tidak ada tawaran lain untuk menukar ganti amalan yang ada,cuma hanyalah dosa dan pahala,Barangkali kita agak sedikit membuat dosa,namun selepas pertukaran dosa berlaku,maka pastilah dosa itu bertambah hingga mengurangkan berat pahala.Kita tidak tahu berapa beratkah dosa juga berapa berat kah pahala,tapi satu pahala yang diberikan kepada orang lain,serta satu dosa yang di pindahkan kepada kita tentulah amat memberikan kesan,sedangkan kita ternanti-nanti adakah amalan lain yang boleh memberatkan timbangan kebajikan kita kelak...moga kita tidak menjadi orang seperti itu,yakni orang yang muflis di akhirat.Dalam erti lainya bolehlah dikatakan bahawa,setiap apa kita lakukan sebenarnya amat memberikan kesan terhadap penimbang itu kelak.Kerana semuanya akan di timbangnya.Sama ada sembunyi atau di pengetahuan manusia.Ini termasuklah dalam penyempurnaan hak-hak setiap yang lain.Setiap orang islam ada haknya antara satu sama lain,maka tidak dapati adakah kita telah menyempurnakan hak itu seperti sediakala.Wallahualam.

  • KEDUA.Berapa besarkah Yaumul Mizan ?

Yaumul Mizan di huraikan menerusi hadis berikut:

يوضع الميزان يوم القيامة فلو وزن فيه السماوات و الأرض لوسعت فتقول الملائكة : يا رب لمن يزن هذا ؟ فيقول الله تعالى : لمن شئت من خلقي فتقول الملائكة : سبحانك ما عبدناك حق عبادتك و يوضع الصراط مثل حد الموس فتقول الملائكة : من تجيز على هذا ؟ فيقول : من شئت من خلقي فيقول : سبحانك ما عبدناك حق عبادتك

Hadis diatas dari Riwayat Imam Al-Hakim no:8730,menurut beliau hadis ini shahih sesuai dengan sanad muslim akan tetapi Imam Al-Burkhori dan Imam Muslim tidak mengeluarkanya,dan Imam Adz Dzahaby di dalam kitab "At Talkhiish" mengatakan bahawa hadis ini sesuai dengan syarat shahih muslim,dan di shahih kan pula oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaani dalam silsilah hadis shahih no:941,dari Sahabat Salman Al Faarisy bahawa Rasullullah shallallah alaihi wassalam bersabda:

Ertinya:

"Timbangan akan di tegakkan pada hari kiamat,seadainya pada hari itu langit dan bumi di timbang maka akan mencakupnya."

Lalu malaikat bertanya:"Ya Allah untuk menimbang siapakah ini?"

Allah swt menjawap:"Bagi makhluk-Ku yang Aku kehendaki."

Kemudian malaikat berkata:"Maha Suci Engkau ya Allah.Kami belum menunaikan hak ibadah kepada Engkau dengan sesungguhnya,ya Allah."

Kemudian di letakkan Ash-Sirat (titian atau jambatan) seperti pisau yang tajam,dan kemudian malaikat berkata:"Siapa yang mampu meniti jambatan yang setajam ini?".

Allah swt menjawap:"Yang Aku kehendaki dari ciptaan-Ku."

kemudian malaikat berkata:"Maha Suci Engkau,ya Allah,Kami belum mampu menunaikan hak ibadah terhadap Mu dengan sesungguhnya."


Kita dapati beberapa maksud telah dapat di fahami dengan langit dan bumi mampu di cakupnya timbangan itu.Serta ibadah malaikat yang senangtiasa di ciptakan dengan ketaatan masih belum mampu untuk cuba berasa berat amal timbanganya serta belum cukup yakin untuk melintasi siratulmustaqim itu.

Yaumul Mizan,besarnya itu dapat menampung isi langit juga bumi.Serta mampu untuk menimbang amalan yang sehebat malaikat juga.Secara pandang kasarnya adalah yaumul mizan sebenar-benar penimbang yang ada dalam alam ini.Tidak kurang tidak lebih.Ia menimbang dengan adil.

  • KETIGA.Berapakah Jumlah Yaumul Mizan ?
Yaumul Mizan,menerusi olahan peribadi saya,berdasarkan dua ciri yang telah ada di atas,cumalah satu.Namun ketika tetap harus juga melihat pandangan serta huraian dari Al Haafidz Ibnu Hajar Al Asqolaany.Menurut beliau pula, yang benar tentang tentang jumlah yaumul mizan itu adalah cuma satu,tidak boleh kita gambarkan dengan banyak timbangan,Betapa  banyaknya amalan yang ada akan ditimbang.Kerana keadaan hari kiamat itu tidaklah boleh di fikirkan oleh akal manusia ataupun di gambarkan dengan gambaran-gambaran duniawi ini.

Al Haafidz Ibnu Hajar bermaksud bahawa,sungguh jika amalan manusia itu terdapat banyak,tidak bermakna timbanganya juga banyak,pada hakikatnya tetap yaumul mizan itu adalah akan di gunakan setiap manusia untuk di timbang,yakni yaumul mizan yang sama dan satu jumlahnya walau tiap-tiap manusia itu ada banyak dan kurang amalnya serta banyak jumlahnya.

Imam Al Hasan Al Basri,juga beliau ada menukilkan tentang yaumul mizan itu dengan berkata:
"Setiap manusia mempunyai timbangan.Yang berat adalah penetapan bahawa kelak di hari kiamat itu ada timbangan.Dan itu bukan menunjukkan tentang satuanya,kerana firman Allah swt dalam surah Al-Qaari'ah ayat 6:

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,

Oleh kerana itu tidaklah mungkin bahawa untuk perkataan hati ada timbanganya,untuk perbuatan fizik ada timbanganya,dan untuk masing-masing amalan itu ada timbanganya sehingga timbanganya itu bukan hanya satu,melainkan menjadi beberapa timbangan,tetapi yang di maksudkan itu adalah menimbang apa yang menjadi amalan-amalan yang berbeza.Sedangkan timbanganya itu sendiri adalah satu.

Sungguh jika terdapat perbagai jenis amalan untuk di timbangkan,maka yaumul mizan tetap satu.Dan yaumul mizan yang sama juga akan di gunakan untuk menimbang amalan manusia lainya.

"Ulama Ahlul Sunnah yang lain mengatakan ia sebagai berikut:"Adapun Allah swt menggunakan kata jamak dengan kata "Mawaaziin",jamak kata dari "Miizan" adalah kerana amalan yang akan ditimbang oleh Allah swt itu banyak sekali.Ada amalan yang berkenaan dengan Allah swt,ada amalan yang berkenaaan dengan manusia,ada amalan berkenaan dengan anak isteri;maka amalan itu banyak yang ditimbang,sehingga disebut dengan "Mawaazin".Sedangkan timbanganya itu sendiri hanyalah satu".

Imam As Safaarini menyatakan pendapat ini boleh diterima.


  • KEEMPAT.Apa Yang Akan Ditimbangkan Yaumul Mizan ?

Terdapat 3 pendapat,yang di timbang itu adalah berupa:

  • Amalan,
  • Orangnya dan,
  • Catatan amalnya.
Amalan adalah yang tidak berbentuk fizik,sedangkan catatan amal itu berbentuk fizik dan orangnya juga berbentuk fizikal.Pendapat ini muncul dan ada di kalangan para Sahabat.

Tetapi menurut 'Ulama Ahlul Sunnah antara lain Haafidz Hakamy di dalam kitab karangan beliau yang berjudul "Ma'aarijil Qobuul",beliau mengatakan bahawa:

"Yang boleh kita tampakan dari nash-nash,wallahualam,adalah bahawa orang yang melakukan amalan,amalanya,serta catatan amalnya,maka semua itu ditimbang oleh Allah swt,kerana hadis-hadis telah menjelaskan tentang hal ini.Tidak ada pertentangan diantara semuanya.Dan agar kita yakin,maka terdapat dalil dari apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmah,dimana kata beliau bahawa:"Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash yakni tentang kisah Shohib Al Bithoqoh,dimana tiap orang memiliki kartu,dan kartu itu akan ditimbang.Bahawa timbangan itu akan diletakan pada hari kiamat.Ada seseorang dimana orang tersebut diletakkan pada suatu penampang timbangan,kemudian diletakkan pada apa yang di menjadikan hitungan orang itu,kemudian timbangan menjadi miring,sehingga penampang timbangan bagi orang tersebut pun menjadi lebih berat kearah bithoqoh itu."

Disinilah terlihat bahawa orang itu sudah akan dimasukan kedalam neraka,kemudian tidak jadi dimasukan kedalam neraka kerana disebelahnya terdapat kartu bertuliskan Asyhaadu an laa ilaaha ilallah wa asyhaadu anna Muhammad abduhu warasulluh,sehingga timbangan pun menjadi miring kearah sebaliknya,yakni arah kebaikan.Hal ini di keranakan beratnya timbangan kalimah tauhid itu yang lebih berat dari isi-isi bumi atau kalimah itu adalah berat kebaikanya sekaligus menyelamatkan orang tersebut dari dimasukan ke neraka.

Selanjutnya kata beliau (Haafidz Hakami):"Hadi ini menunjukkan bahawa seorang hamba itu diletakanlah kebajikanya,dan catatanya pada satu penampang timbangan.Demikian pula keburukanya diletakan di penampang sebelahnya..Dan ini merupakan pengabungan dari hadis-hadis yang boleh kita temukan tentang Al-Mizan."

Menurut beliau,berdasarkan dalil di atas,bahawa yang ditimbanga adalah amalanya,orangnya dan catatan amalanya.

Juga ingin sekali saya menambahi dengan ayat ini,yakni kalimah tauhid yang kita imani juga amalkan itu yakni berupa Asyhaadu an laa ilaaha ilallah wa asyhaadu anna Muhammad abduhu warasulluh turut akan di timbang sekali.

Siapa Yang Menjaga Dan Bertangungjawap Terhadap Yaumul Mizan ?

Dalam riwayat yang didapati dari Imam Al Laalika 'i pada kitab "As Sunnah",dinukil dari perkataan salah seorang sahabat bernama Hudzaifah Ibnul Yaman,kata beliau,"Yang bertangungjawap terhadap Al-Mizan itu adalah Jibril."

Bukti Al-Mizan
Terdapat Bukti Al-Mizan dalam hadis-hadis.Banyak sekali hadis-hadis tentang al-mizan,antaranya adalah:

Hadis riwayat Al Imam At Turmudzy no;3165 dan Syaikh Nashiruddin Al Albaany berkata tentang hadis ini sanadnya shahih,dari Aa'isyah radhiallahu anha:

أن رجلا قعد بين يدي النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا رسول الله إن لي مملوكين يكذبونني ويخونونني ويعصونني وأشتمهم وأضربهم فكيف أنا منهم ؟ قال يحسب ما خانوك وعصوك وكذبوك وعقابك إياهم فإن كان عقابك إياهم بقدر ذنوبهم كان كفافا لا لك ولا عليك وإن كان عقابك إياهم دون ذنوبهم كان فضلا لك وإن كان عقابا إياهم فوق ذنوبهم اقتص لهم منك الفضل قال فتنحى الرجل فجعل يبكي ويهتف فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم أما تقرأ كتاب { ونضع الموازين القسط ليوم القيامة فلا تظلم نفس شيئا وإن كان مثقال } الآية فقال الرجل والله يا رسول الله ما أجد لي ولهؤلاء شيئا خيرا من مفارقتهم أشهدكم أنهم أحرارا كلهم

Ertinya:

"Bahawa ada seorang lelaki duduk di depan Rasulullah saw,ia berkata,"Ya Rasulullah,sesungguhya aku memiliki 2 orang budak dimana mereka berdusta kepadaku,berkhianat kepadaku,membangkang kepadaku,maka aku caci mereka,aku pukul mereka,bagaimana aku berkenaan dengan mereka?'


Rasulullah saw pun bersabda:"Allah swt akan menghisab tentang apa yang telah mereka berkhianat kepadamu,bermaksiat kepadamu,berdusta kepadamu dan hukumanmu terhadap mereka.Bila seandainya hukumanmu sebanding dengan dosa mereka,bererti kamu selamat dan tidak mendapat pahala apa-apa dan tidak mendapat dosa apa-apa.Tetapi bila kamu menghukum mereka kurang sedikit dari dosa mereka,maka kamu berhak atas keutamaan.Dan jika hukumanmu pada mereka diatas hak mereka,maka mereka akan mengqishosmu (Hukuman balas atau qisas) dari kelebihan apa yang kamu miliki."

Maka orang itu pun berdehem,dan menangis.

Maka Rasulullah shallallahu alaihi wassalam kembali bersabda,"Apakah kamu tidak membaca firman Allah swt 

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئاً وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ


 "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat,maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun.Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya.Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan."(Surah Al-Anbiyaa ayat 47)

Maka orang itu berkata:"Demi Allah ya Rasul,kalau demikian aku tidak punya kebaikan apapun,maka ya Rasul hendaknya engkau saksikan bahawa mulai hari ini para budak (anak buah) ku itu adalah merdeka."

Jadi antara pelajaran kita tentang penerang di atas bersumberkan dari hadis tersebut bahawa pada zaman dahulu,begitu seseorang bila mendengar bahawa akan terjadi adanya Al Hisab dan Al Mizan,maka mereka sedemikian ketakutan sehingga mereka rela mengurangi perbagai perkara yang kiranya di lakukan,pasti bertambah beban dan akan membuatkan ia bertambah banyak untuk di hisab oleh Allah swt.Termasuklah hukuman yang kurang juga hukuman yang dilebihkan tetap akan di adili semula sama ada hukuman itu sesuai,tepat menurut kadarnya ataukah berlebihan dan jika ada,maka hak-hak keutamaan akan diberikan sama ada dalam bentuk qisas ataukah menurut apa pun yang Allah selaku Hakim Yang Adil akan putuskan keputusanya di akhirat kelak.

Disini pada perkiraan saya adalah jalan paling selamat adalah tidak lebih,tetapi sederhana,yakni dengan sesuai ada namun biarlah tidak lebih hingga melampaui hak lalu kelak kita pula kembali di qisaskan oleh empunya hak keutamaan itu di hari akhirat.Kerana kita tidak ada al mizan didunia ini,maka tentulah sukar juga untuk menetapi sesuatu perkara dengan dasar yang tepat,akan tetapi kita masih mampu untuk sekurang-kurangya berada hampir kepada yang tepat disebabkan sukar untuk menepati ketepatan yang sebenar.Maka yang terhampir itu tetap baik jika kita mengetahui.Kerana kita mahu menghindari berlebihan bimbang terjadi perkara yang mesti kita lalui dimana tuntutan hak akan berlaku semula kepada kita.

Jadi itulah sahaja dapat saya nukilkan yang pada perkiraan saya agak panjang namun sebenarnya jika boleh ingin sekali saya menulis lanjut tentangnya,namun tidak berpeluang akan ia.Dan jika ada sebagai kekurangan dalam penulisan ini,mohon agar memperbetulkan serta mengingatkan saya tentangnya.Terima kasih pada sahabat yang membantu dalam tulisan ini.

Jazzakallahu khairan khatira.

Susunan teks:Amiera
                 :Nur





0 Komentar untuk "Yaumul Mizan Penimbang Amalan Di Akhirat"

Popular Posts

Back To Top