w a n n u r s y a r i f a h

Tanda Allah Suka Dan Cinta Pada Seseorang


بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kehidupan di dunia,seseorang hamba Allah mungkin sama sekali tidak pernah terlepas dalam melakukan sedikit kesilapan mahupun dosa.Sama ada dosa pada Allah,pada sekian makhluk,atau pada diri sendiri.

Maka adakah jalanya untuk menginsafi diri dari perkara itu dari berulang lagi ?tentulah ada.Telah ada banyak pertunjuk dari Al-quran yang mana didalamnya banyak keterangan yang menerangkan perihal cara untuk bertaubat atau kita melihat pada diri Rasulullah s.a.w sebenarnya telah ada suatu contoh suri dan taulan yang baik sebagai ikutan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan di dalam hadist yang mengungkap bahawa ikutlah baginda nescaya Allah akan menyukai sesiapa yang mengikut baginda s.a.w.Ikuti secara keseluruhanya tetapi dengan istiqomah dan melalui proses-proses bertahap-tahap agar peralihan itu kita mendapat banyak pelajaran didalamnya.Ia setiap peringkat tentulah menghadirkan susulan rasa keimanan,ketenangan,rasa kusyuk,juga rasa suka dan paling tinggi cinta pada Allah.

Ada dalam catatan penerangan ringkas tetapi cukup sebagai penerangan mengambarkan bagaimana mengikut Rasulullah s.a.w itu.Bagaimana keadaan atau langkah-langkahnya.

Al Hafidz Ibnu Katsir, dalam tafsir 3/483, mengatakan: Ayat ini merupakan landasan pokok menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan dalam ucapan-ucapan beliau, perbuatan-perbuatan, dan dalam semua keadaan beliau.”.

Al-Hafidz Ibnu Katsir telah tafsir seperti diatas,segala apa yang di sebutkan itu adalah akhlak baginda s.a.w.Bagaimana pula kita dapat melihat akhlak Rasulullah s.a.w,sedangkan kita ini jauh dari baginda s.a.w.Yaa itu benar sekali,bukankah Saidatina Aisyah radiallahu anha pernah memberitahu?..ia ada..Allah s.w.t sebenar kasih dan sayang pada kita.Telah siap role moden seseorang manusia dari kalangan manusia juga untuk di contohi oleh manusia juga.Allah s.w.t tidak datangkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dalam kalangan Malaikat sebab Malaikat itu tidak makan dan tidak tidur tidak mempunyai keinginan dunia sedikit pun.Jika Allah mengirim kan Nabi bahkan Rasul dalam kalangan Malaikat,bagaimana mungkin kita boleh meneladani akhlak Malaikat dalam kehidupan seharian? sedang Malaikat itu sendiri tidak ada sifat sama seperti manusia,dan manusia pasti sukar untuk mengikutnya,Bagaimana adab makan,bagaimana adab dalam bermasyarakat,dan lain-lain lagi.Manusia perlu kepada fitrah-fitrahnya seperti berumah tangga,dan juga menikmati isi-isi dunia dengan rezeki-Nya.Juga mengeluarkan zakat.Oleh itu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Allah di utuskan dari kalangan manusia juga.

Yang dipersiapkan dengan akhlak dan tauladan yang baik.Akhlak Rasulullah s.a.w,adalah akhlak yang kita boleh dapati didalam Al-quran.

Bilamana Hisyam Bin Amir bertanya kepada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a tentang akhlak Rasulullah s.a.w,jawap Saidatina Aisyah r.a rngkas sahaja.iaitu "Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran." (HR Muslim).

Terlebih dahulu kita harus ada perasaan malu pada Allah.Dengan sifat malu itu pasti mencegah diri dari melakukan perkara yang membuat kita malu bertemu Allah.Atau paling tidak,malu pada diri sendiri,kerana melakukan sesuatu perkara yang memberi mudarat pada diri sendiri.Iaitu membuat zalim pada diri sendiri.

“Katakanlah:Jika kamu mengasihi Allah,ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Ali-Imran:31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Surah Al-Ahzab: 21)
sendiri.Jika kita mengingati Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kita,maka berselawatlah kepada Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya Allah dan Malaikat turut berselawat pada baginda s.a.w.Begitu juga jika mengingati Allah,maka zikir dapat menjadikan kita lebih dekat pada Allah s.w.t.
Dan seterus adalah menghadirkan Allah suka pada kita.Bagaimana mungkin begitu? sebenarnya tidak pernah mustahil begitu.Sebenarnya apabila kita benar-benar atau melakukan amalan dan beramal soleh dengan istiqomah,tentulah tidak mustahil Allah jadi suka bahkan mencintai kita seperti mana kita mencintai-Nya.Tidak ada apapun yang mustahil.Tidak boleh kita berhenti dari mengharapkan rahmat dari Allah apatah lagi mengharapkan cinta-Nya,Mnegharapkan Allah suka dan kasih pada kita adalah perkara yang saya kira sesiapa yang memperolehinya sangatlah bernilai yang tidak ada nilai setara dengan apa yang di dapatkan itu melainkan ia kekal dan apa yang ia dapatkan itu.Ertinya,cinta mesti dibalas cinta,suka dibalas suka.
Allah akan perintahkan Malaikat Jibril a.s supaya suka pada orang ini atau cinta pada orang ini.Dalam hadist Rasulullah s.a.w,ada perkara ini di ungkapkan tentang cinta Allah pada hamba-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia." (Riwayat Imam Ahmad)
Maka para penghuni langit turut suka dan cinta pada kita.Memang tidak ada balasan yang setara melainkan cinta atau suka sebagai balasan yang baik.Kita meminta cinta atau beramal kerana inginkan cinta Allah dan membuat Allah suka pada kita,kita fikir,adakah atau apakah ganjaran yang kita fikirkan sesuai untuk cinta kita itu? ia tentulah cinta juga,maka itu Allah s.w.t Maha Mengetahui,lalu Allah s.w.t perintahkan juga Malaikat Jibril a.s turut cintai kita juga,sedangkan cinta kita hanya pada Rabbul Izzati (Maha Berkuasa).Bila mana Maha Berkuasa cinta pada seseorang,maka Dia Maha Berkuasa juga memerintahkan yang lain (Malaikat-Nya) turut cinta atau suka pada seseorang.

Tanda Allah suka pada kita 

Bilamana Allah suka pada kita,maka Allah membuka jalan-jalan kepada mengdekatkat dirinya kepada perkara-perkara yang manfaat pada dirinya sendiri.
Bilamana Allah suka pada kita,Allah beri kemudahan pada perkara-perkara hingga kita berasa mudah dan seperti terasa ada bantuan dari Allah.Sebelum ini terasa seperti sukar sahaja nak buat.
Allah akan sentiasa beri bimbingan pada kita dengan cara pelajaran dan kita senangtiasa mahu nak belajar lagi menimbal ilmu dengan cara menghadiri kuliah-kuliah agama agar agama dan keimanan kita bertambah mantap lagi.
Apa kita doakan Allah pasti beri terkadang cepat,terkadang lambat.Lambat bukan istilah lambat,tapi perkara atau masa itu atau doa itu dikabulkan untuk kemudahan pada sesuatu tempat dan waktu.Sedang doa telah dikabulkan akan tetapi masa belum sampai,jadi sebab itu kita serin g beranggapan bahawa ia lambat.Sebagai contoh,minta diberikan kemudahan atau meminta bertemu jodoh,dia juga harus bersiap-siap agar bertemu jodoh,bukan mengharap jodoh bertemu denganya sahaja,tapi dia juga harus bergerak atau siap-siapkan perkara-perkara hingga bertemu jodoh.Perkara baik selalunya Allah makbulkan.InsyaAllah.
Kita akan merasa kenikmatan lazatnya beribadah.Kusyuk sangat.Bahkan rasa seperti ingin menangis jika terlepas atau habis tidak dapat melakukanya.Rasa seperti hati tu tidak nyaman sahaja.Misalnya kita selalu baca Al-quran paling tidak satu ayat dari mana-mana Al-quran kerana runtin itu adalah hasil dari sukanya kita pada ayat-ayat Allah.Jadi bilamana tak membaca,tidak menyebut dan tidak menyentuhnya dalam seharian,rasa gementar sahaja tangan.Paling kurang pun dapat sentuh kulit Al-quran pun jadilah bagi dia.Atau paling tidak pun lihat sahaja pada waktu itu.Mungkin tidak berpeluangnya dia ekoran sedang mengalami kesakitan atau sedang dalam waktu kesukaran sepeti bencana alam atau sebab-sebab yang menghalang ia dari membaca Al-quran seperti harus dalam tugas yang waktunya berhari-hari,atau dalam sedang memandu kenderaan dari satu waktu yang lama kerana kepentinganya yang mustahak tidak boleh tidak harus dia segera tiba pada suatu tempat.Jadi tumpuanya itu adalah kepada pemanduanyalah.
Dan banyak lagi tanda-tandanya juga.Banyak juga riwayat-riwayat sahih dari hadist menerangkan perkara itu.Tidak asing bagi kita jika Allah menyukai seseorang.Bahkan Allah juga turut boleh mencintai seseorang hamba-Nya.
Kadang-kala Allah beri sedikit musibah yang mana sesudah musibah ada kelapangan.Kita boleh lihat kisah nabi Musa a.s dimana ibu nabi Musa a.s terpaksa meletakan nabi Musa a.s ke sebatang sungai lalu sampailah ke tangan isteri firaun.Kita lihat seolah satu musibah di situ,tapi sesudahnya bagaimana?Kadangkala Allah jadikan sebab musibah itu sebagai satu laluan kepada jalan kemudahan.
Dan diri akan menjadi sabar dan tampak seakan-akan redha sahaja yang berlaku.Itu maknaya adalah Allah telah memasukan satu cahaya keredhaan-Nya dalam diri kita.
Berasa berat nak melakukan maksiat.Bila nak buat maksiat,dia ingat Allah.Bila ingat Allah,terus batalkan niat.Takut pada Allah.
Sebolehnya akan menjaga perkara-perkara yang wajib pada dirinya.Seperti solat dan rukun-rukun yang lain.
Kemudian jika istiqomah dalam perkara di atas (mungkin ada tambahan lain yang saya tidak dapat masukan didalam),moga-moga akan membuat Allah cinta kepada kita juga.Amalan-amalan ini (wajib dan sunat) adalah tidak lain mahu menghadirkan agar Allah suka dan sayang pada kita.
Ada sesetengah perkara,bilamana Allah s.w.t sayang padanya,dia tidak dapat sedar,dia tidak tahu Allah sayang padanya hingga berlalu sahaja peluang-peluang kurniaan seperti itu.
Kita perlu bertawakal dan insyaAllah,kita jaga Allah,Allah jaga kita,kita suka Allah,Allah suka kita,kita cinta Allah,Allah pasti cinta kita juga.
Tapi setiap perkara disebutkan diatas ada dan mestilah disusuli dengan niat dan perbuatan.Bukan ungkapan semata.Tidaklah begitu.Kita tidak mampu tapi Allah lihat usaha kita kearah itu.Allah Maha Melihat,Allah melihat tindak tanduk kita,bagaimana cara kita mendekatkan diri kepada-Nya.
InsyaAllah dengan usaha itu kelak Allah jadi suka melihat kita bersungguh-sungguh nak raih apa yang ada disisi-Nya.Usaha untuk beribadah dan mencapat tingkat-tingkat keimanan dan ketaqwaan hingga meraih redha-Nya.Hingga meraih cinta Allah.InsyaAllah 
Ibrahkan diri dari hadist ini: 
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya,tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH. Rasulullah SAW bersabda bermakud : " Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudiam ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka. " (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Yaa Rabb berfirman:
“Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku katakanlah bahawa Aku adalah dekat.” (Surah al-Baqarah: 186)

0 Komentar untuk "Tanda Allah Suka Dan Cinta Pada Seseorang"

Popular Posts

Back To Top