w a n n u r s y a r i f a h

Perakhiran Yang Sukar Sekali Untuk Firaun

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah bertoleransi dengan semua makhluk ciptaan-Nya.Di datangkan dengan perbagai bentuk peringatan.Tidak boleh dengan orang ini,ia bolehlah sebagai kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.maka Allah hadirkan dengan orang lain.Tidak boleh dengan orang lain,Allah beri pula bentuk haiwan-haiwan.Bila mana cara ini tidak jalan sebab hati keras,maka Allah guna kaedah keras,iaitu air,angin,api dan lain-lain perkara yang menyedarkan kita.Pada peringkat ini amat jarang manusia tak sedar.

(<-----Ini bukan firaun,firaun ada di mesir sana,foto ini adalah simbolik kepada karekter saya yang sukar buat artikel letak foto sekali.Mungkin sebab tertentu yang saya sendiri pun tak tahu kenapa.Tidak mengapa,asalkan membawa maksud baik)

Tapi masih ada yang tidak mengendahkanya.Seperti firaun.Macam hati firaun tu keras sangat,tak boleh di lenturkan.Ingkar lain macam,ribut taufan sedikit pun dia tak memberikan kesedaran.Kemarau pun tak boleh melenturkan hatinya tu.Sedangkan nabi Musa a.s dah beri tahu,jika beriman kepada Allah s.w.t,maka Allah tambah lagi nikmat yang ada padanya.Akan tetapi firaun menolak keteranganya.Firaun ini tidak mahu beriman,malah mengugut orang lain juga sesiapa beriman kepada nabi Musa a.s,maka di potong kaki tangan mereka secara bersilang.Itulah dia firaun.Tapi mereka yang ingin beriman tetap beriman kerana mereka telah melihat mukjizat nabi Musa .a.s.mereka lebih takutkan Allah dari firaun.Sedang azab Allah s.w.t amatlah keras.Tukang-tukang sihir itu ada diantaranya beriman selepas mukjizat nabi Musa a.s bukanlah sihir seperti mereka gunakan.Mereka sendiri tahu beza antara sihir dengan mukjizat.Lalu berimanlah segelintir darinya.Sebahagianya mungkin ada yang ingin beriman,akan tetapi tidak berani meneruskan niat,kerana firaun pasti memarahi mereka,dan itu terbukti apabila firaun memberikan peringatan keras.

Tapi firaun lupa bahawa,kesejahteran itu penting bagi kehidupan hari kemudian.Mengapa firaun mengaku dia tuhan,tetapi tidak mampu untuk mengelak atau menangkis segala bentuk bala bencana yang singgah pada rumahnya,hatta di dalam tempat tidurnya pula terdapat katak.Mengapa ketika firaun mandi,air yang mengalir tiba-tiba berubah menjadi merah,iaitu menjadi darah ?firaun merasai dan melihat bukti-bukti bahawa siapa yang mengarahkan itu semua.Tetapi dia tidak mengakuinya.

Bilamana firaun istihar perang pada nabi Musa as,Allah tidak bertoleransi lagi.Ini mendatangkan kemurkaan Allah.Maka firaun menerima azab di laut.Melihat ajal menjemput barulah firaun nak beriman,diterima atau tidak wallahualam.Di dalam surah al-quran ada ayat yang menyebut bahawa Allah akan mengazab firaun di dalam neraka.

yaa Rabb berfirman bahawa "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.[Surah Yunus:91]

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya! Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini? Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman-Nya di antara sekalian hamba-Nya.” [Surah Ghaafir:46]

Telah ada waktu yang baik untuk beriman,antaranya sewaktu hidup.Waktu yang tidak diterima imanya adalah ketika selepas atau ketika sedang melihat sakratulmaut.dan biasa terdengar adalah selepas terbit mahatari di barat.ada juga riwayat lain menyatakan tidak ada guna iman sesudah munculnya dajjal.iman sebelum dajjal penting kerana dapat menhindari fitnah dajjal.tanpa iman,sukar untuk membenteng diri kerana pada siapa lagi untuk kita harapkan pertolongan jika tidak ada iman kepada Allah.

Catatan tambahan tentang hadist ini:
Oleh kerana hadist ini berkisarkan tentang firaun semasa menghadapi sakratulmaut,maka saya selitkan untuk maksud mendapatkan kesahihahnya.

Dimana disaat firaun ingin mengakui bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Satu,datanglah malaikat Jibril a.s membawa pasir atau lumpur laut lalu disumbatkan ke mulut firaun untuk mengelak firaun dari sempat mengucapkan lafaz laa illa ha illallah.

Firaun beriman hanya bila bukti yang nyata iaitu selepas maut dihadapan datang kepadanya.
Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145].

Hadist di atas saya temukan tentangnya,tapi setakat ini belum dapat nak pastikan lagi samada memang ada catatan tentangnya atau tidak.Maka itu saya letakan di luar dari kisah ini sehingga ada catatan rasmi mengenainya.Jika ada,insyaAllah saya akan kemaskinikan kisah ini.

Dalam kisah firaun ini,adalah menjadikan pengajaran bahawa tidak menjadi kerugian disisi Allah,dan Rasul-Nya,Nabi-Nabi-Nya,dan orang-orang beriman,jika seseorang tidak mahu beriman.

Telah banyak berlaku kisah-kisah umat terdahulu sebagai contoh terhadap peraturan Allah yang tetap.Perhatikanlah bagaimana kesudahan mereka yang mendustakan Rasul-rasul.Mereka itu ada yang diberi tempoh hingga sebelum ajal tiba.Iaitu sebelum menemui ajal.

Kita tidak tahu ajal kita bila,maka berhati-hatilah tentangnya.Tidak melalui darat,AKAN temui di laut,jika tidak laut melalui boleh melalui udara.Seperti firaun,hidup lama dan selang lenang di darat,tidak pernah-pernah ke laut mungkin,akhirnya menemui ajal disana.Firaun pun tidak tahu itu perakhiran hayatnya adalah di laut.Allah mengerakan firaun ke laut dan disitulah tempat ia berakhir,sebelum Allah selamatkan hanya jasad untuk dijadikan contoh keadaan orang yang dibinasakan kerana mendustkan Rasul Allah.




0 Komentar untuk "Perakhiran Yang Sukar Sekali Untuk Firaun"

Popular Posts

Back To Top