w a n n u r s y a r i f a h

Nama-Nama 25 Nabi

(Klik Imej Untuk Paparan Lebih Jelas)
Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.Alhamdulillah,kali ini saya telah siap untuk kongsikan membuat jadual seperti di atas,nama-nama nabi serta 5 nabi yang mendapat gelaran ulul al-azmi.Sebelum ini saya ada buat jadual nama-nama Allah,untuk melihat silalah klik NAMA-NAMA ALLAH l ASMA UL HUSNA 

Gelaran itu diberikan kepada nabi-nabi yang tabah serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk umat dan pengikutnya walau banyak ujian menimpa diri mereka,tidak pernah sesekali mereka berputus asa dalam menyampaikan perintah Allah.

Dan warna hijau yang telah saya berikan pada 5 nabi tersebut menandakan mereka adalah nabi yang diberikan anugerah ulul al-azmi supaya kita dapat mengenali nabi yang mana satukah telah diberikan kurnian tersebut daripada 25 nabi yang di utuskan.

Begitu juga dengan nabi Isa alaihi salam,yang mana saya sertakan nota sedikit yakni nabi Isa alaihi salam telah di angkat ke langit oleh Allah swt dan akan turun semula ke bumi ini bagi mengembalikan syariat yang dibawakan oleh nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam.Nabi Isa alaihi salam tidak akan membawa syariat baru,kerana nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam adalah nabi terakhir,dan yakni membawa erti penutup segala nabi.Tidak ada lagi syariat sesudah itu,agama islam yang di wahyukan Allah swt pada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah sempurna sudah sebelum Allah swt mewafatkan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam muhammad.

Turunnya nabi Isa alaihi salam di syam adalah untuk beberapa tujuan tertentu seperti membunuh babi,kerana para pendusta di zaman nabi Isa mengatakan makan babi dibolehkan.Wallahu alam.Juga nabi Isa alaihi salam akan mematahkan salib sebagai tanda nabi Isa bukan membawa atau erti lain bukan beragama nasrani/kristian.Wallahualam.Serta nabi Isa alaihi salam juga akan diberikan kesempatan untuk membunuh dajjal,selain itu memimpin orang-orang islam mencari pelindungan sebelum Allah melepaskan yakjuj dan makjuj.Mereka yang menemui zaman itu wajib untuk mengikut perintah yang di tetapkan,yakni tidak cuba untuk berhadapan dengan seteru islam tertentu dajjal/yakjuj makjuj sebaliknya berpaling dari mereka lalu sabar dalam menerima ujian keimanan dari yaa Rabb kita.Wallahualam.

Saya sekali lagi ingin memberikan pesan,sungguh,walau banyak orang telah mengetahuinya,tapi saya tidak akan jemu untuk mengulanginya bahawa dajjal itu kelak akan mengakuinya dirinya sebagai nabi,sedang nabi terakhir adalah Nabi Muhammad Rasulullah shallallah alaihi wassalam.Selain itu dirinya akan mengakui bahawa dirinya itu tuhan,sedang matanya buta sebelah,tapi Allah itu tidak buta sebelah.Amalan membaca surah al-kahfi dapat melindungi kita dari fitnah dajjal.Sungguh ia akan keluar dan membawa kerosakan iman andai kita tidak cuba untuk menghindar dirinya.Moga Allah yaa Rabb kita menjaga saya dan kamu semua.

Jazzakallahu khairan.
0 Komentar untuk "Nama-Nama 25 Nabi "

Popular Posts

Back To Top