w a n n u r s y a r i f a h

Di Pangku 2 Malaikat

Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.


Di pangku 2 malaikat adalah sebenarnya sebuah mimpi yang saya alami beberapa ketika dahulu.Berlaku pada tahun ini seingat saya sebelum ramadhan lagi.

Haa..sebelah kiri..adalah foto bukan hiasan semata-mata.Nanti saya terangkan tentangnya.Salah satu dari 2 tu ada maksudnya.

(Foto kredit-mazni sulaiman)
Disini saya nak kongsikan sebuah mimpi di pangku oleh 2 malaikat.Pertama sekali perjalanan mimpi itu dimulai apabila saya telah menemui ajal dimana ketika sedang berjumpa seseorang tiba-tiba ajal saya mungcul.Namun sempat jugalah saya melafazkan kalimah yang agung iaitu Allahu Akbar dan La illa ha illallah.

Lalu sesudah itu saya terbaring dan kemudian datang dari arah kepala berapa malaikat berwajah putih.Lalu memangku kepala saya dan satu lagi mengankat badan saya naik kelangit.Tapi sebelum itu,saya di pakaikan dengan pakaian yang putih indah lembut dan cantik sekali.

Dan dimasa perjalanan kelangit,saya beberapa kali disoal oleh malaikat itu dalam nada yang seperti seorang ayah bertanyakan pada anaknya.

Soal malaikat itu-"Apa yang telah kamu perbuatkan"..saya tidak menyahutnya,akan tetapi saya hanya merasa bahawa solat saya mungkin kurang mencukupi untuk bertemu Allah s.w.t.Saya pada waktu itu terasa seperti kalaulah saya dibolehkan kembali hidup semula,nescaya saya mahu memperbanyakan solat ataupun memperbaiki solat.Kerana situasi itu saya hanya terfikir tentang solat yang mungkin ada kekurangan dalam menunaikanya.

Dalam perjalanan naik,malaikat itu sekali lagi bertanya-"Apa yang telah kamu perbuatkan?'..seperti pertama kali ditanya,saya tidak menjawapnya,akan tetapi seringkali mengingatkan bahawa saya merasa saya ingin solat.
(Foto kredit-queen zarii)
Dan sekali lagi malaikat itu bertanyakan soalan yang sama sementara dalam perjalanan naik ke langit."Apa yang telah kamu perbuatkan?"..kesemua pertanyaan itu saya tidak menjawapnya kerana saya hanya memikirkan tentang solat.

Lalu ketika itu,sedang menuju kelangit,kelihatan pintu neraka.Saya sangat takut,lalu saya benar-benar dalam kerisauan yang amat sangat.Dari jauh kelihatan apinya yang kuning seperti ingin keluar tetapi apinya itu tidak melepasi pintu tersebut.Semakin saya dibawa kelangit,pintu neraka itu semakin kelihatan kecil kerana jarak saya dan pintu itu telah menjauh.

Ketika itu,ada salah satu malaikat berkata pada saya tentang neraka itu,tidak berapa ingat tentangnya cuma yang pasti malaikat itu berkata-"...itulah neraka"...dan beberapa ayat yang saya lupa.

Dan akhirnya saya telah sampai disatu kawasan yang putih.Lantainya putih,terapung seperti awan.Saya diberi pesan agar tinggalah disini dahulu oleh malaikat itu dan mereka pergi setelah meletakan saya disitu.Kelihatan beberapa orang berpakaian putih tidak saya kenali hingga saya merasa sedih lalu saya meninjau-ninjau kebawah untuk melihat sesuatu.Tapi pandangan saya tidak menemui apa-apa melainkan sekitar kawasan ini adalah putih dan tidak ada apa-apa.Lalu saya pergi kearah satu sudut dan duduk disitu serta bersedih kerana mengingatkan tentang solat.Solat diawal waktu itu akan mendapat redha Allah.InsyaAllah.

Hinggalah saya tersedar.Alhamdulillah,saya masa mempunyai kehidupan didunia untuk memperbetulkan kembali tentang apa yang saya rasai di dalam mimpi itu.
Mimpi ini anggaplah sekadar mainan tidur,atau anggaplah satu pesanan jika mahu.Dan saya kerap mengalami mimpi yang agak pelik sedikit dari zaman sekolah hingga kini saya masa mengalami mimpi-mimpi pelik.

Wallahualam.Mainan dikala tidur mungkin.Dan perkara ghaib ini tidak dapat saya ketahui melainkan sedikit.Setiap manusia mimpinya berbeza.Jadi kalau anda mempunyai mimpi yang menarik dan mungkin boleh dijadikan sebagai tauladan,harus berkongsi.Mimpi yang baik harus menceritakanya,sedang mimpi yang tidak berapa baik tidaklah perlu menceritakanya.Harusnya itu adalah boleh ceritakan,boleh juga tidak menceritakan.

Jika anda ingin tidur,bacalah bismillah 21 kali ya...
Tag : MIMPI
0 Komentar untuk "Di Pangku 2 Malaikat"

Popular Posts

Back To Top