w a n n u r s y a r i f a h

Surah Al-Ikhlas Banyak Khasiat

Surah Al-Ikhlas Banyak Khasiat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Surah ke 112 dalam senarai mashaf al-quran yakni surah al-ikhlaas mengandungi banyak khasiat tersendiri.Juga banyak fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkanya dan yang paling diketahui sejak dahulu lagi,membacanya sekali sama seperti membaca sepertiga isi al-quran.Dan jika membaca sebanyak 3 kali pula,maka seolah-olah seperti membaca seluruh isi al-quran.MasyaAllah.Sungguh besar ganjaran membaca surah al-ikhlaas ini.

Saya ingin bawakan beberapa hasil dari pembacaan saya dari beberapa rakan dakhwah lain yang bermurah hati dan ringan tulang untuk berkongsi tentang khasiat dan fadhilat di dalam surah al-ikhlaas ini.Moga Allah memberi ganti kepada usaha yang baik itu dalam bentuk kesenangan dan kesejahteraan di akhirat kelak.Insha Allah.

Didalam perkongsian itu,saya sangat suka untuk memanjangkan penulisan mereka di dalam laman ini agar dapat meneruskan lagi tujuan dan kesambungan usaha berkongsi manfaat ilmu yang ada.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ :
أَنَّ رَجُلاً سَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ #قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ # يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ.
رواه البخاري وَزَادَ في رواية : أَنَّ رَجُلاً قَامَ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقْرَأُ مِنْ السَّحَرِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا. فَلَمَّا أَصْبَحْنَا أَتَى الرَّجُلُ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم وَسَلَّمَ نَحْوَهُ .


(Abu Sa’id al-Khudri berkata) Seseorang sahabat mendengar seorang membaca Qul huwallahu ahad berulang-ulang. Esok paginya sahabat ini datang kepada Nabi dan menceritakan kejadian semalam sambil mempertanyakannya. Rasulullah saw menjawab: Demi jiwaku yang ada di TanganNya, sesungguhnya surah itu sama dengan sepertiga al-Qur’an.

Dalam riwayat al-Bukhari yang lain diceritakan bahwa: Pada zaman Nabi saw seorang sahabat melakukan pengubatan dari pengaruh sihir dengan membaca Qul huwa Allahu Ahad, tanpa menambah nambah. Ketika pagi, sahabat tersebut datang kepada Nabi saw, nabipun menjawab seperti hadis diatas (Demi jiwaku yang ada di Tangannya, sungguh surah itu sama dengan sepertiga al-Qur’an).
  • Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (hadis no. 4627), Abu Dawud (hadis no. 1244), al-Nasa’i (hadis no. 985) dll. Surah al-Ikhlas adalah surah ke-112
Surah ini yakni surah al-ikhlaas mampu menyembuhkan pengaruh sihir seperti hadis di atas.Maka bolehlah kita amalkan surah al-ikhlaas dalam melindungi dari gangguan sihir.


 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم لأَصْحَابِهِ :
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ ؟ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا: أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَارَسُولَ اللَّهِ ؟ فَقَالَ :اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
رواه البخاري

Adakah diantara kalian yang tidak mampu untuk membaca sepertiga al-Qur’an dalam semalam ?. Para sahabatpun merasa keberatan dan berkata: Siapa yang kuat melaksanakan hal itu hai Rasulullah ?. Rasulullah saw pun menjawab: Allahu al-samad (surat al-ikhlas) sama seperti sepertiga al-Qur’an.
  • Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (hadis no. 4628) dan Ahmad (hadis no. 10631).
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam,baginda pernah bertanya kepada beberapa orang sahabatnya di dalam suatu majlis ilmu,dimana seperti hadis di atas,baginda bertanya tentang siapakah yang tidak mampu menghabiskan satu pertiga isi al-quran dalam satu malam ? lalu sahabat baginda agak merasakan amalan itu terlalu berat lalu bertanya adakah sesiapa yang mampu seperti itu.Lalu baginda menjawap Allahu Al-samad yakni surah al-ikhlaas.Ganjaranya sama seperti membaca sepertiga al-quran.Jadi saya kira sesiapa jua pun mampu melakukanya malah mungkin lebih dari itu.Wallahualam.Moga kita diberi istiqomah dalam melakukan perkara seperti itu.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :
كَانَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَؤُمُّهُمْ فِي مَسْجِدِ قُبَاءَ، فَكَانَ كُلَّمَا افْتَتَحَ سُورَةً يَقْرَأُ لَهُمْ فِي الصَّلَاةِ فَقَرَأَ بِهَا افْتَتَحَ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهَا، ثُمَّ يَقْرَأُ بِسُورَةٍ أُخْرَى مَعَهَا. وَكَانَ يَصْنَعُ ذَلِكَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ. فَكَلَّمَهُ أَصْحَابُهُ فَقَالُوا: إِنَّكَ تَقْرَأُ بِهَذِهِ السُّورَةِ ثُمَّ لَا تَرَى أَنَّهَا تُجْزِئُكَ حَتَّى تَقْرَأَ بِسُورَةٍ أُخْرَى، فَإِمَّا أَنْ تَقْرَأَ بِهَا وَإِمَّا أَنْ تَدَعَهَا وَتَقْرَأَ بِسُورَةٍ أُخْرَى. قَالَ: مَا أَنَا بِتَارِكِهَا، إِنْ أَحْبَبْتُمْ أَنْ أَؤُمَّكُمْ بِهَا فَعَلْتُ وَإِنْ كَرِهْتُمْ تَرَكْتُكُمْ. وَكَانُوا يَرَوْنَهُ أَفْضَلَهُمْ وَكَرِهُوا أَنْ يَؤُمَّهُمْ غَيْرُهُ. فَلَمَّا أَتَاهُمْ النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم أَخْبَرُوهُ الْخَبَرَ، فَقَالَ: يَا فُلَانُ، مَا يَمْنَعُكَ مِمَّا يَأْمُرُ بِهِ أَصْحَابُكَ، وَمَا يَحْمِلُكَ أَنْ تَقْرَأَ هَذِهِ السُّورَةَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ ؟ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّهَا.فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ: إِنَّ حُبَّهَا أَدْخَلَكَ الْجَنَّةَ
رواه الترمذي وأحمد والدارمي

Memcintai surah al-ikhlaas akan dibawa ke syurga

Berdasarkan dari sumber hadis ini,Seorang sahabat dari kalangan Ansor menjadi imam solat di masjid Quba, Setiap rakaat dia membaca Qul huwa Allah. Pada raka’at pertama dia membacanya setelah al-Fatihah, pada reka’at kedua dia akan membaca dua surat setelah al-Fatihah, satu diantaranya adalah Qul huwa Allah. Setelah kejadian ini terus berulang, para sahabat (jamaahnya) mempertanyakannya dan berkata: Kami melihat kamu selalu membaca surah ini, sementara kami berpendapat bahawa hal tersebut tidak diperbolehkan sampai kamu membaca surah yang lain, baik kamu membaca kedua surah itu sekaligus atau kamu meninggalkan surah itu (al-Ikhlas) untuk digantikan dengan surah yang lain. Sahabat ini menjawab: Saya tidak akan meninggalkannya. Jika kalian senang kalau saya yang menjadi imam, akan saya lanjutkan. Namun jika kalian tidak menyenanginya, saya tidak akan menjadi imam solat kalian lagi. Kenyataannya, mereka memandangnya sebagai orang yang paling afdal di antara mereka, dan mereka tidak senang kalau diimami oleh orang lain. Ahirnya, mereka menemui Rasulullah saw dan menceritakan hal ini. Rasulullah saw pun menanyakan sahabat itu : Hai Pulan, apa yang menyebabkan kamu enggan untuk melakukan saran sahabat-sahabat kamu, dan apa yang membawa kamu untuk selalu membaca surah ini (al-Ikhlas) di setiap raka’at ? Dia menjawab : Wahai Rasulullah, saya mencintainya. Rasulullah saw pun menjawab : Sesungguhnya mencintainya itu akan membawa kamu ke syurga.
  • Hadis sahih, diriwayat al-Tirmizi (Hadis no. 2826), Ahmad (hadis no. 11982 dan 12054) dan al-Darimi (hadis no. 3300). al-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Gharib Sahih.
Fadhilat dan khasiat surah al-ikhlaas ini sangat banyak.Tidak terhitung ganjaranya.Sebagaimana para sahabat di zaman Nabi shallallahu alaihi wassalam,ada di antara mereka sangat mencintai surah ini hingga beberapa makmum pada para imam membawa kan hal ini kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam kerana merasakan perlu untuk mendapat keterangan tentang mengapa surah ini selalu di bacakan oleh beberapa orang dan mahukan ia di berikan sesuatu keputusan akan hukum membaca surah tertentu atau seumpamanya.Maka seperti hadis di atas,Rasulullah shallahu alaihi wassalam memberikan jawapan yang sangat baik hingga kita dapat merasakan kelebihan mengamalkan surah al-ikhlaas ini sekaligus mencintainya.
0 Komentar untuk "Surah Al-Ikhlas Banyak Khasiat"

Popular Posts

Back To Top