w a n n u r s y a r i f a h

Perutusan Aidilfitri 1436 Hijrah

Perutusan Aidilfitri 


wannursyarifah.com
Kad Raya
Assalamualaikum,Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Tak lama lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran setelah melalui bulan ramadhan yang berkat itu.Dan banyaklah juga yang kita telah lalui didalamnya di mana ia bulan ramadhan mendidik kita agar menjadi lebih beriman serta menjadi muslimin yang sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian.

Dengan itu kita seharusnya terus mengambil segala apa yang di dapati dalam bulan ramadhan itu termasuklah amalanya dengan istiqamah dan terus mengharapkan agar kita dapat lagi berpeluang menemui ramdhan seterusnya.

Dan tetamu kita iaitu ramadhan yang pernah kita sambut itu sebenarnya memberikan kita satu rahmat,kerana bukanlah semua insan di dunia mampu atau menjalani rukun-rukun yang di perintahkan seperti mana yang ada dalam syariat agama Allah.

Dan,amatlah beruntung mereka yang meneruskan apa yang ada di dalam bulan ramadhan itu ke bulan seterusnya,dari masa ke semasa.Tidaklah kita mahu kembali sebelum datang ramadhan itu.Masing-masing menyambut tetamu kita iaitu ramadhan dengan semampu mungkin dan mengharapkan moga-moga amalan di sepanjang ramadhan itu di ganjari oleh pahala dan di terima oleh Allah s.w.t.

Dan,kami di sini,menyusun sepuluh jari,seribu kemaafan kepada semua,secara sedar mahupun terlindung dek kata,mahupun perbuatan,agar anda memaafkan apa yang mungkin mendatangkan rasa kurang enak yang kami ada lakukan sebelum ini.

Dan,di dalam bulan ramadhan ini dapatlah kita melihat susah senang beberapa golongan,maka kita membantu serba semampu,juga dapat berkongsi erti kehidupan,juga dapat saling cukup-mencukupi antara satu sama lain,sungguhpun tidaklah besar atau banyak,akan tetapi keberadaan kita di samping mereka,bersama mereka sebenarnya amatlah mereka hargai.

Aidilfitri ini kami ingin sekali agar anda semua dalam keadaan yang sejahtera dan dalam pemeliharaan Allah s.w.t.

Ramadhan berlalu pergi,
Di pelajari juga di amali,
Tidak di lupa mahupun di tinggali,
Walau berlalu hari demi hari.

Syawal datang berkunjung kembali,
Dugaan dan ujian silih berganti,
Untuk diraih umat ini,
Sebagai hari penuh di berkati.

RAIKAN BERSAMA KELUARGA...

SELAMAT MERAIHKAN HARI LEBARAN YANG MULIA INI.
MAAF ZAHIR & BATIN
(wannursyarifah.com)

Tag : AIDILFITRI, ISLAM
0 Komentar untuk "Perutusan Aidilfitri 1436 Hijrah"

Popular Posts

Back To Top