w a n n u r s y a r i f a h

Perkara Yang Perlu Di Segerakan Ketika Di Dunia

Perkara Yang Perlu Di Segerakan Ketika Di Dunia


Assalam,Kita masih lagi dalam di bulan syawal (ketika artikel ini ditulis),dan masih meraikanya bersama keluarga dan sahabat handai,rakan taulan dan orang sekeliling setempat kita.

Dan berlalunya bulan ramadhan itu sebenarnya menjadi panduan sebagaimana kita telah laluinya.Dan untuk artikel kali ini,saya bawakan tajuk perkara yang perlu di sediakan ketika di dunia ini.Juga sebahagian kita telah sedia maklum beberapa perkara lain,maka saya suka untuk membincangkan tentang perkara yang agak sedikit berat iaitu hutang.Hutang adalah satu perkara yang termasuk dalam perkara-perkara mesti di segerakan di dunia iaitu ketika masih hidup,juga jika tidak sempat,ia hutang itu perlu di ambil oleh warisnya dan menyambung untuk membayarnya pula.

Jadi nampaknya keterangan di atas agak sedikit menimbulkan rasa yang merisaukan kita.Ia sememang nya begitulah.Di zaman Rasulullah s.a.w juga ada beberapa sahabat pernah di tebus ketika mereka menjadi hamba,lalu beberapa sahabat yang dermawan menebus mereka agar mereka bebas merdeka dan bebas beribadah.Hutang ini boleh menjadi penghalang kepada kerajinan kita dalam ibadah.Kadangkala dalam satu peringkat,kita menjadi hidup kita berkerja untuk membayar hutang,bukan lagi kerja untuk hidup,menyara keluarga,tertapi sangkut pada hutang,Itu baru hutang biasa,belum masuk lagi unsur riba,pinjaman mengandungi riba.Namun ketika ini,saya tidak akan menyentuh isu riba,akan tertapi kepada lebih terperinci iaitu hutang.

Jadi bila di sebut hutang,ia meliputi semua berkait tentang hutang,tidak kira sama ada termasuk unsur riba atau bebas riba,asalkan ia terkait hutang,maka ia dalam perbincangan pendek ini.Sebenarnya bebas hutang adalah suatu perkara yang menjamin kebebaskan diri kita untuk kemana sahaja malah ingin beribadah sebanyak mungkin juga tidak mengapa kerana fikiran tidak lagi terbelengu dengan rasa tidak sedap hati,risau,malah kurang temteram jiwa bila mengingatkan hutang dimiliki.

Hutang perlu dibayar bila sampai tempohnya iaitu sebagaimana kita telah ikat janji dengan pemberi hutang yang sanggup memberikan pinjaman mereka kepada kita berdasarkan sejumlah yang diberikan dan dipersetujui kedua pihak sama ada bersaksi atau tidak.Masing-masing telah mengikatjanji pada masa dan tempoh tertentu,jadi bila sampai masa melunaskan hutang tersebut,itulah waktu yang perlu kita penuhi dengan membayarnya.

Dalam isu ini,ia juga melibatkan ilmu faraid iaitu ilmu pengurusan harta pusaka si pemilik harta yang telah meninggal dunia,termasuk jika ada hutang yang masih berbaki belum di jelaskan.Kita boleh melihat di forum ini soaljawap faraid untuk melihat banyak isu-isu yang berlaku tentang hutang dan harta puasa.

Juga kita boleh melawat laman menjawap kemuskilan tentang pengurusan jenazah,yang banyak sebenarya kita boleh pelajari tatacaranya termasuk isu hutang.

Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-pemiutang.Juga Rasulullah s.a.w dalam solatnya sering kali memohon pelindungan kepada Allah s.w.t agar terhindar dari beban hutang dalam masalah hasil dari hutang yang dimiliki,

Nabi s.a.w berdoa:

 "Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan hutang."

Melihat kebiasaan Nabi s.a.w berdoa dengan kalimat tersebut,maka terdapat seorang sahabat bertanya kepada Baginda,"Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang,wahai Rasulullah ?"

Jawap Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya." (He Burkhori)

Hutang adalah masalah,dan adakala meruncingkan fikiran kita,dan ada dalam satu kisah di mana Rasulullah s.a.w berdoa kepada  Abu Umamah yang tampak gelisah memikirkan hutang yang di alami.Ia merasa sangat terbeban dan terasa sempit jiwanya hingga setiap pagi temenung memikirkan bagaimana harus keluar dari situasi yang sebegitu.


Abu Umamah adalah seorang sahabat Nabi s.a.w pernah merasakan kegelisahan dan belenggu hutang yang tidak dapat di lunaskan,Lalu di suatu ketika dia sedang termenung di masjid memikirkan hutang tersebut.Dan Rasulullah s.a.w perasan akan keadaan itu setelah melihat Abu Umamah sahabatnya dalam keadaan kegelisahan tersebut,lalu Rasulullah s.a.w terus mengajarkan kepada Abu Umamah tentang doa agar di amalkan pada pagi hari dan petang.

Doa yang di ajarkan Rasulullah s.a.w kepada Abu Umamah radhiyallahu anhu:

"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan sifar bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan permaksaan orang lain" (Doa ini dari HR Abu Dawud).

Kita harus membentuk jiwa yang bebas dari hutang agar kita bebas beribadah dengan kusyuk.Dalam suasana ramadhan lepas kita telah belajar tentang menjadi hamba kepada Allah,dan bukan hamba kepada hutang.

Seharusnya kita seperti itu iaitu semasa di bulan ramadhan juga.

Dari Hatim Al-Asom atau nama lain Hatim Al-Asham.Beliau adalah seorang Guru besar syaikh khurasah yang terkenal dengan nama Hatim Al-Asham.Nama al-sham itu diberi atau di gelar kepada beliau adalah sebagai seorang tuli tetapi bukan tuli yang nyata tetapi kepada satu kisah yang mungkin kita sedia maklum dimana terdapat seorang wanita yang terkentut ketika ingin bertanya kan soalan kepada beliau.Jadi beliau berpura-pura berlagak seperti seorang tuli yang tidak mendegar akan kejadian yang tidak di sengajakan wanita itu hingga Hatim Al-Sham mahu wanita itu supaya menguatkan suara pertanyaanya sebagai tanda bahawa beliau tidak mendengar jika bunyi yang pelahan.Ia bermaksud bahawa beliau langsung tidak mendengar wanita itu mengeluarkan bunyi yang mungkin sedikit memalukan wanita itu,hingga wanita itu mendapati bahawa beliau pasti tidak menyedari yang dia telah terkentut tanpa sengaja lalu meneruskan hajatnya untuk bertanyakan soalan kepada Hatim al-asham.

Hatim asham seorang guru yang sopan,dan murid kepada Syaikh Syaqiq,guru kepada Ahmad Bin khadrawaih,pernah berkunjung ke baghdad dan meninggal di sana sekitar 237H 852M do kota tarmidz.

Beliau ada membuat catatan nasihat seperti berikut:

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan,kecuali kepada lima tempat,maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w,

  • Memberikan makan kepada tetamu,bila ia datang berkunjung.
  • Menyiapkan perkuburan mayat bila telah meninggal dunia.
  • Mengahwin (Nikah) anak perempuan,bila cukup umur.
  • Membayar hutang,bila telah sampai masanya.
  • Bertaubat dari dosa,bila melakukanya.

Jadi kesimpulan yang kita dapati adalah hutang termasuk perkara yang perlu di segerakan untuk mencari penyelesaianya dimana akan membebaskan kita dari belengu kemurungan dari pagi mahu pun petang atau ketika hendak tidur,hingga fikiran kita berkurang untuk mengingati Allah setiap masa dek ganguan hutang ini.

Kita bolehlah mengamalkan doa yang diberikan Rasulullah s.a.w kepada Abu Umamah r.a agar kita terhindar dari hutang serta keburukan dari hutang itu sendiri.

Wallahualam.

Nota:Terlebih dahulu jika terdapat kekurangan dalam penulisan saya ini,mohon di maafkan kerana kita mungkin tidak dapat melihat kesilapan dalam diri kita sendiri kecuali dari orang yang melihat kita,maka berilah nasihat.Sesungguhnya nasihat itu berguna untuk hari kemudian. : )

                 :LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN  
                 :Cara Pengiraan Faraidh 
                 :Hatim Al-Asham 
2 Komentar untuk "Perkara Yang Perlu Di Segerakan Ketika Di Dunia"

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
$ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

Alhamdulillah,Apa yang kami miliki hari ini cukup untuk kami hidup didunia (kerana kami tidak kekal lama didunia dan kami akan temui Tuhan kami suatu hari nanti)

Popular Posts

Back To Top