w a n n u r s y a r i f a h

Lirik Lagu Law Kaana Bainana (Arab dan Melayu)

Law Kaana Bainana 


 عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد

أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك



-Permulaan lagu-


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


 -lirik mula beriring irama- 
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui

Subhanallah,saya memang sangat suka lagu seperti ini.Lagu yang mengingatkan kita kepada Allah dan kekasih Allah yakni Rasulullah s.a.w.Alhamdulilah,saya kongsikan lirik ini kepada semua.Pasti ramai jua yang mencari tajuk mahupun lirik lagu ini kan.Sumber rujukan adalah dari laman ini,terima kasih jua kepada penulis kerana berkongsi lirik itu.

Lagu ini biasa di putarkan oleh penyampai radio ikim.fm selalunya selepas sesudah bacaan ayat suci al-quran,lalu terdengarlah saya akan lagu law kaana bainana ini sehingga tersentuh kerana irama dan liriknya yang sangat mendalam.


Klik di atas untuk menontont video 
0 Komentar untuk "Lirik Lagu Law Kaana Bainana (Arab dan Melayu)"

Popular Posts

Back To Top