w a n n u r s y a r i f a h

Sebelum Kiamat Ilmu Di Angkat Terlebih Dahulu

Sebelum Kiamat Ilmu Di Angkat Terlebih Dahulu

Assalamualaikum.Sebahagian dari tanda kiamat kecil adalah diangkatnya ilmu dari dunia dengan cara mematikan orang-orang beriman.Ilmu tidak di cabut dari dalam dada orang yang masih hidup,akan tertapi 
di angkat menerusi matinya orang-orang beriman.

Sebelum Kiamat Ilmu Di Angkat Terlebih DahuluDiwafatkannya para nabi dan rasul terlebih dahulu,orang-orang yang kaya dengan ilmu-ilmu agama terutama para alim ulama akan di takdirkan meninggal terlebih dahulu sebelum kiamat terjadi.

Hingga pada suatu masa tidak ada yang tinggal melainkan hanya orang yang mengikut iblis.Apabila ini berlaku,maka iblis akan mengajak seseorang itu untuk menyembah apa yang dia sembah.Orang itu mengikut apa yang iblis lakukan tanpa ada persoalan.

Dari hadist Rasulullah s.a.w,yang di riwayatkan oleh Burkhari,

"Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu diangkat,kejahilan melanda,arak diminum dan zina berleluasa".

Apabila ilmu diangkat,maka kesan-kesannya apabila kejahilan,arak,zina terjadi tanpa berlaku penentangan keatasnya.

Ilmu diangkat menerusi para ahli agama seperti para ulama,para ustaz dan ustazah atau juga menerusi pengajar ilmu itu sendiri.Ilmu yang mereka memiliki tidak akan sempat di pelajari oleh kebanyakkan orang,kerana kesemua dari mereka akan di matikan sedikit demi sedikit hingga tidak ada yang tinggal.

Apabila golongan (ilmu agama) telah dimatikan kesemuanya,maka orang sudah mula tidak mendapatkan lagi bimbingan dalam mempelajari ilmu agama dan cara hidup yang murni.Tidak ada lagi tempat untuk bertanya akan sesuatu kemuskilan dan permasalahan di kalangan masyarat,dan seterusnya banyak terjadilah kesesatan dan kejahilan.Ini kerana tidak ada garis pemisah diantaranya ketika melakukan sesuatu perkara.


Faraid


Antara ilmu-ilmu yang angkat di angkat adalah sepeti ilmu faraid.Ia ilmu faraid adalah berkaitan pengurusan harta pusaka bilamana ada harta yang di wasiatkan atau di tinggalkan maka harta itu perlu melalui proses-proses pindah milik atau di wariskan  kepada waris pemilik yang telah meninggal dunia.Ilmu berkaitan pembahagian harta kepada warisnya.

Didalam surah an-nisa ayat 7,Allah swt telah berfirman:

"Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu:iaitu bahagian yang telah diwajidkan (dan ditentukan oleh Allah).

Harta pusaka tidak boleh diberi kadar penilaian kita,sebaliknya wajid mengikut apa yang telah ditetapkan Allah swt dari segi pembahagiannya,seperti keutamaan kepada si anak terlebih dahulu sebelum ana tiri atau anak angkat atau keluarga kandung terlebih dahulu.Dan Ia adalah mestilah muslim.

Menurut sabda Rasulullah s.a.w,yang diriwayatkan oleh Burkhari Muslim,

"Berikanlah bahagian-bahagian yang telah ditentukan itu kepada orang yang berhak menurut nash,dan bakinya untuk keluarga lelaki yang terdekat dengan si mayat".

Pengaturannya begitulah.Ia mesti memastikan yang berhak dapat dahulu sebelum yang terdekat.Ia kesimpulannya adalah ilmu dalam pengurusan harta pusaka si mati kepada warisnya mengikut Al-quran dan sunnah.Harta pusaka perlu di uruskan sebaiknya agar tidak berlaku sebarang pertelingkahan keatasnya kelak.In sya Allah,jika ada kelapangan kelak,akan saya nukilkan dalam artikel yang lain.

Ilmu faraid itulah akan pertama sekali diangkat,kemudian akan di ikuti oleh ilmu agama dalam cabang-cabang yang lain,hingga nanti tidak ada yang tinggal satu pun.Al-quran yang juga menjadi tempat rujukan turut diangkat hingga benar-benar tidak ada suatu tempat lagi untuk di rujukan.

Diangkatnya ilmu adalah tanda-tanda kiamat kecil.Ia bukanlah perkara biasa yang boleh diremehkan,sebaliknya ia sebagai tanda bahawa kiamat akan datang dan semakin dekat.Ia sebahagian dari banyaknya tanda kecil lain.Ada banyak anda kecil lain,yang berlaku tanpa disedari melainkan kita sedar ianya telah berlaku.

0 Komentar untuk "Sebelum Kiamat Ilmu Di Angkat Terlebih Dahulu"

Popular Posts

Back To Top