w a n n u r s y a r i f a h

5 Fasa Umat Muhammad Rasulullah s.a.w

5 Fasa Umat Muhammad Rasulullah s.a.w

5 Fasa Umat Muhammad Rasulullah s.a.w 

Assalamualaikum.5 fasa umat Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang mana peringkat-peringkat ini didalamnya terdapat banyak hal yang perlu di teliti.

(Foto kredit:sigitseo)



5 peringkat ini dimulai dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,dan akan di akhiri pula oleh Nabi Isa a.s selaku khalifah islam yang terakhir yang sebelumnya adalah Al-Mahdi terlebih dahulu menyambung kekhalifahan islam setelah kali terakhirnya khilafah adalah ketika empayar turki uthmaniyah.

4 Peringkat telah dilalui dan semakin habis masanya.Ia akan habis setelah kemunculan dajjal kelak.Cuma tidak dapat dipastikan diantara dajjal dan Al-Mahdi,siapa yang terlebih dahulu muncul.Namun yang nyata,kemunculan kedua-dua yang akan membawa maksud bahawa peringkat ke-4 ini telah sampai kemuncaknya.Setelah itu di ikuti dengan turunnya Nabi Isa a.s dengan izin Allah swt bagi membantu umat islam memerangi dajjal serta yahudi semuanya.Apabila habis yahudi ini,mereka akan berhadapan pula dengan yakjuj dan makjuj.

Untuk memasuki masa-masa terakhir kelak,segala yang mengandungi unsur-unsur kesesatan akan segera di hapuskan oleh Putera Maryam.Kemudian setelah habisnya semua itu maka bumi pun akan menyerlahkan keindahannya dan banyak haiwan liar menjadi kawan kepada anak-anak.Bumi tidak menahan hasil-hasil tanaman,malah memberikan hasil yang sangat banyak hingga satu buah dapat di makan beberapa orang dengan cukup,berbanding sebelumnya dimana seorang memelurkan beberapa buah untuk berasa kenyang.Tapi dimasa zaman khalifahan islam semula dan terkahir ini,satu buah cukup memberikan beberapa orang untuk kenyang.Tanaman dan hasil ternakan bertambah subuh.Ini adalah zaman keberkatan sebelum datang pula beberapa tanda sebelum kiamat seperti mentari terbit di barat juga keluarnya Dabbat al-ard.Dabbat al-ard ni sejenis binatang yang ada bersamanya cincin Nabi Sulaiman a.s dan juga tongkat Nabi Musa a.s.


Dabbat al-ard

Dabbat al-ard ini adalah sejenis binatang yang akan keluar dekat-dekat hampir kiamat nanti.Tugasnya adalah menandakan dua golongan sama ada orang itu kafir atau beriman.Ia akan ditandakan dengan tongkat yang dibawa oleh dabbat al-ard ni.In sya Allah kalau ada kelapangan kelak saya cuba jelaskan dengan lebih terperinci dabbat al-ard ni dalam artikel yang lain.

Mungkin ramai sedia maklum akan tanda-tanda kimat,namun ramai belum sedia maklum bahawa umur umat Nabi Muhammad hanyalah 1500 tahun sahaja.Sesudah itu wallahu alam.Bagaimana umat setelah umat Nabi Muhammad s.a.w tidak lah dapat saya ketahui,cuma apa yang saya boleh jelaskan kebanyakkan mereka hanya mengenai ungkat la ilah ha illah yakni kalimah tauhid ini hanya kerana mereka mendengar nenek moyang mereka mengunkapkan nya.Mereka tidak mengenai disebalik kalimah ini.Mereka di masa itu tidak ada nabi mahupun imam atau pemberi peringatan selepas fasa ke-5.Jadi boleh jadi sesudah fasa ke-5 kiamat akan berlaku bila-bila masa.Wallahu alam.

Sekarang kita umat Muhammad s.a.w telah berada di fasa ke-4 yang mana dajjal dan pembantunya semua akan saling berkerjasama untuk memerangi umat islam.Pada ketika inipun telah lihat bagaimana banyaknya fitnah telah ditimpakan keatas nama islam.

Al-Mahdi

Didalam keadaan yang agak menyulitkan ini,umat islam banyak ditekan dan di aniaya sehingga pada suatu malam,Allah swt akan memberikan kesempurnaan kepada seorang lelaki untuk memimpim umat Nabi Muhammad s.a.w kelak.Di dalam satu malam itulah,beliau ini akan diberikan beberapa kesempurnaan yang kukuh agar bumi dan langit memberikan perhormatan padanya.Mungkin sahaja didalam malam itu,akan nampak prosesnya hampir sama sebagaiman nabi Muhammad s.a.w di belah dada baginda oleh malaikat untuk di cuci hatinya (isinya lain  seperti di tambahkan dengan hikmah atau ilmu atau taqwa),hingga akan mungkin satu cop mohor kenabian kesan dari proses tersebut.Tanda itu berada antara dua belikat baginda (Al-Mahdi) yang mana seperti telur burung meparti membonjol keluar.Saya cuma memberika sedikit penerangan mengenai apa yang saya fahami tentang imam mahdi ini secara peribadi.Setiap orang perlu mengenai tanda ini agar ia dapat di jadikan sebagai pengesahan bahawa jika mahu mencari al-mahdi itulah tanda fizikal yang perlu ada.Tapi hakikatnya baginda tidak akan sesekali mengakui ia adalah orang yang dicari selama ini.Kecuali setelah beberapa orang yang menjumpai baginda memaksa baginda menerima bait'ah tersebut.

Sebenarnya ada lagi ciri fizikal yang perlu di kenali.Namun saya tidak akan terangkan di dalam penulisan ini,in sya Allah pada lain masa.Cuma di fasa-fasa terakhir ini yakni fasa ke-4 inilah,banyak fitnah berlaku.Dan fitnah terbesar akan berlaku dan datang iaitu dajjal.Dia membawa banyak tawaran dan dakwaan palsu hingga ramai yang menjadi pengikutnya secara tergesa-gesa (tanpa berfikir panjang) akibat terpesona dengan bermacam kelebihan yang dimilikinya.

Di peringkat ke-4 juga akan berlaku banyak ujian-ujian yang akan datang.Seharusnya perlu mengambil persediaan menghadapi kemarau yang berperingkat selama 3 tahun.Masa inilah ketibaan dajjal yang pasti memberikan banyak dugaan.Disaat ada yang kehausan,dia menawarkan air dan makanan kepada sesiapa yang rela menjadi pengikutnya.Makanan bagi orang islam ketika itu adalah zikir,tasbih,tasmid dan kalimat-kalimat tauhid (ia sebagai ganti kepada makanan yang sebenarnya dengan kalimat itu akan memberikan daya tahan tinggi serta rasa sabar dalam menghadapi perbagai dugaan).

Surah Al-kahfi dapat menghindarkan kita dari fitnah dajjal.Rasulullah s.a.w telah berpesan agar kita menghafal paling kurang 10 ayat darinya.Sama ada 10 ayat awal mahupun pertengahannya,atau 10 atau paling akhir sekalipun.


Dimasa ini  akan ada waktu yang mana emas tidak bernilai jika dibandingkan dengan kepala sapi berbanding sebelumnya.Waktu ini umat islam kekurangan makanan,dan walaubagaimanapun mereka bersabar dan dapat bertahan hingga kekal dalam keadaan beriman sebelum turunnya Putera Maryam sebagai membantu orang mukmin yang dalam kesempitan dialami mereka.

Nota:Penulisan adalah berdasar permahaman dan pendapat peribadi penulis.
0 Komentar untuk "5 Fasa Umat Muhammad Rasulullah s.a.w "

Popular Posts

Back To Top