w a n n u r s y a r i f a h

Perang Talut Dan Jalut I

Perang Talut Dan Jalut I

Assalamualaikum,Perang Talut menentang Jalut ini adalah perang yang berperingkat.Perang ini bukan sahaja menentang jalut semata-mata,tertapi juga suatu pengasingan antara dua kaum yahudi yang mana satu benar-benar beriman sementara satu lagi tidak beriman.

Lalu terdapat suatu sungai yang mana diharamkan di minum oleh mereka melainkan suatu cedukkan tangan di bolehkan untuk diminum.Ini satu ujian agar mereka patuh pada raja mereka pada masa itu yang telah dilantik Allah swt yakni Talut bagi menghadapi Jalut.Peristiwa ini berlaku semasa Talut dan pengikutnya bergerak untuk berperang dengan Jalut yang pernah mengusir mereka sebelumnya.Namun sebelum itu,bagi memastikan kemenang buat Talut khusus untuk mereka yang beriman,maka datang perintah supaya air sungai yang mereka akan lalu kelak dilarang diminum kecuali sedikit dengan satu cedukan tangan.Talut mengingatkan pengikutnya tentang suatu sungai yang mana Allah swt akan menguji mereka dengannya.

Air Sungai Yang Dilarang Minum Untuk Pengikut Talut

Air Sungai Yang Dilarang Minum Untuk Pengikut Talut adalah mukadimah kepada Perang Talut Melawan Jalut.

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya,berkatalah ia:Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai,oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku,kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya.(Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya) kecuali sebahagian kecil dari mereka.Setelah Talut bersama-sama orang yang meminum yang beriman menyeberangi sungai itu,berkatalah orang-orang yang meminum(sepuas-puasnya):Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya.Berkatlah pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah:Berapa banyak (yang pernah terjadi),golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar.

Dan akhirnya bertemulah sungai ini di perlihatan mereka.Lalu mereka merentasi sungai ini bersama Talut.Peringatan Talut terhadap mereka agar jangan meminum airnya tidak di endahkan,malah sebahagian darinya meminum sepuas-puasnya,sedang sebahagian lain tidak berbuat begitu mengenangkan peringatan akan sungai sebagai ujian dari Allah swt kepada mereka.Oleh kerana sebahagian darinya mengingati peringatan itu,maka mereka itu bersama-sama dengan Talut dapat meneruskan perjalanan untuk bertempur dengan musuh mereka iaitu Jalut.

Dan Sebahagian dari kecil yang tidak meminum airnya kekal bersama Talut seterusnya bergerak menemui Jalut.Jalut ini di nukilkan di sesetengan ahli sejarah sebagai bangsa filistin yang mana bagi pasukan tenteranya dipimpin seorang komander bernama Jalut.Bangsa inilah yang menyerang dan mengusir bani israel suatu ketika dulu.

Lokaliti peperangan ini mungkin berada di antara mesir dan palestin jika mengikut peta hari ni.Namun lokasi sebenar belum saya pastikan lagi.Mungkin di kawasan lingkungan palestin itulah kerana terdapatnya penceritaan di dalam surah al-isra bahawa bani israil akan melakukan kerosakan di bumi sebanyak dua kali.Kerana pada masa zaman Nabi Musa a.s,tempat tinggal bagi bani israel adalah di kawasan baitulmaqdis atau di palestin.Namun sesudah kewafatan Nabi Musa a.s,bangsa yahudi ini seperti terkontang kanting tidak ada nabi.Lalu pelahan-lahan mereka mengikut corak hidup mereka yang lama,yakni melupakan ajaran nabi musa a.s.Oleh kerana itulah di datangkan kepada mereka hamba-hamba Allah swt kepada mereka dengan kekuatan serta kegagahan hingga membuatkan bani israil menjadi suram muram di zaman itu.

Dan telah sampai janji Allah swt kepada mereka,lalu mereka pun menerima akibatnya.Di datangkan bangsa filistin yang di pimpin oleh Jalut kepada mereka sebagai suatu pembalasan akibat pendehakaan dan perilaku sombong yang dilakukan itu.

Musuh mereka ini mendiami kawasan berhampiran persisir pantai jajahan empayar rum iaitu diantara mesir dan palestin,Yang mana ketuanya adalah Jalut,namun ada pendapat lain turut menukilkan bahawa Jalut itu adalah raja kepada penduduk di kawasan itu.

Semasa era gemilang Jalut,banyak juga kawasan-kawasan bani israil telah mereka perolehi dengan cara menyerang.Lalu terusirlah bani israil hingga bani israil telah mula merasa terseksa dan berjumpalah nabi mereka pada masa itu agar di berikan raja untuk mereka membangun semula.Namun akhirnya mereka sebahagiannya tidak menuruti nasihat dari Talut,cuma sebahagian kekal menerima nasihat Talut dan secara rasmi mereka yang berjaya menyeberangi sungai itulah pengikut sebenar Talut,dan yang tertinggal di sungai itu,nyata bukanlah pengikut Talut.

Dan setelah proses penapisan pengikut Talut dibuat,sebahagiannya tetap bersama Talut,pasukan yang ada ini di rahmati Allah swt,sekalipun bakal mereka tentang adalah suatu pasukan yang pernah mengalahkan mereka juga didalam bilangan yang besar sekali.Dan mereka juga ganas,namun,Allah swt memberi kemenangan kepada mereka yang beriman dengan cara mereka tidak sangkakan.

Terdapat seorang insan yang berjaya membunuh Jalut,dan insan mulia ini telah di lantik oleh Allah sesudah dewasa menjadi nabi bagi mengantikan Talut setelah Talut wafat.Saya akan nukilkan insan ini dalam siri II in sya Allah jika ada kekuatan.

Peperangan yang itu sangat menarik,kerana ada sesuatu yang hebat berlaku.Asalnya saya nak menulis mengenai sejarah-sejarah pada zaman nabi sulaiman,yang mana tentang sihir dan kitab-kitab kuno purba,namun sudah termasuki zaman peperangan ini.Ini kerana terdapat suatu peti yang mungkin bangsa yahudi inginkan sebelum ini,salah tu sebab ada saya nukilkan dalam artikel tersebut.


                  :Surah Al-Israa        
                  :Kisah Islamiyah
                 
0 Komentar untuk "Perang Talut Dan Jalut I"

Popular Posts

Back To Top