w a n n u r s y a r i f a h

Perang Antara Talut dan Jalut II

Perang Talut dan Jalut II


Assalamualaikum,Perang Talut dan Jalut II ni adalah sambungan kepada Perang Talut Dan Jalut I .Dalam bahagian I itu ada mukadimah-mukadima di mana sebelum pengikut sebenar saja yang boleh menyertai peperangan menentang Jalut yang zalim itu.Dalam perang ini juga di sertai oleh Nabi Daud a.s.Sebagaimana kita ketahui bahawa setiap nabi-nabi Allah swt mempunyai keistimewaan dan kemukjizatnya masing-masing,Nabi Daud a.s adalah salah satu darinya.

Nabi Daud menyertai perang antara Talut dan Jalut yang di ketuai oleh raja bani israil iaitu Talut.Talut pada mulanya insan biasa,namun menjadi raja setelah dilantik Allah swt.Buktinya setelah tabut yang sebelahnya terlepas dari gemgaman mereka kini kembali kepada mereka sebagai bukti bahawa Talut adalah pemimpin mereka yang baru.

Jadi keluarlah Talut raja mereka disertai pengikut mereka menyertai perang bagi menghapuskan Jalut itu.Setelah berlaku pembersihan mutlat di sebatang sungai,Talut dan sebahagian kecil tenteranya yang benar-benar beriman kemudian bergerak menghala menemui Jalut.Dalam tentera ini terdapat insan mulia yang yakni Nabi Daud a.s.Penyertaan baginda di dalam perang itu dikala usia masih muda dan masing bujang.Difahamkan terdapat nukilan lain mengatakan Nabi Daud a.s berusia sekitar 9 tahun di waktu itu.Sangat muda namun mempunyai semangat yang tinggi.

Telah berbagai-bagai percubaan dan ujian sebelum sesi perang sebenar bermula.Telah saya nukilkan sebelumnya bahawa pengikut-pengikut Talut akan berhadapan dengan ujian sebelum menghadapi Jalut nanti.Ini adalah memastikan kekuatan imam mereka kekal kuat atau terkandas.Dalam perbagai riwayat menyatakan saiz pasukan Talut sebelum berhadapan Jalut sekitar 80,000 orang,ada juga menyatakan jumlahnya pengikut Talut sedemikian saiznya adalah mencapai 303,313 orang.Apabila ujian-ujian bertahap itu telah reda,jumlah pengikut Talut yang tetap tinggal hanya sekitar 319 orang juga dalam riwayat lain adalah sama jumlahnya dengan bilangan tentea Muhammad Bin Abdullah (Al-Mahdi) yakni 313 orang.Angka ini memang sinificate dalam islam.Jumlah yang kecil tidak menjadi permasalahan andai mempunyai matlamat bahawa perang untuk jihad yakni mengikut perintah Allah swt,maka Allah swt akan turun membantu mereka walau kecil mana pun bilangan tentera mereka.Ini termasuklah bagaimana Allah swt membunuh Jalut dengan tangan Nabi Daud a.s.Allah swt mahu Jalut itu di bunuh hanya menerusi tangan Nabi Daud a.s sama juga Allah swt mahu dajjal itu dibunuh menerusi tangan Nabi Isa a.s kelak.Ini kerana Allah swt telah memilih mereka dan ketetapan itu tidak dapat di ubah lagi.

Peperangan ini adalah menghadapi kaum yang kafir.Dalam perbagai ujian itu mereka berdoa kepada Allah swt supaya dikurniakan sifat sabar dalam perang tersebut.

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya,mereka berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kamin serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
Seterusnya berlakulah peperangan yang nyata terhadap kedua-dua pasukan ini.

Nabi Daud a.s

Lalu berhadapanlah mereka dengan barisan tersusun bagi menghadapi Jalut itu,Seterusnya bertempurlah mereka antara pengikut Talut dan Jalut.Sesungguhnya didalam aksi tempur itu,Nabi Daud a.s berjaya membunuh Jalut.


 Pedang yang digunakan oleh Nabi Daud a.s

ini adalah pedang Yang memenggal kepada Jalut.Pedang ini juga terdapat ukiran yang mana menunjukkan Nabi Daud a.s memenggal kepala Jalut tersebut.

Susuk tubuh badan Jalut dikatakan besar,sehingga pengikut Talut merasa gerun berhadapan Dengan Jalut.Lalu Nabi Daus a.s sangat berani,baginda keluar dan bertarung dengan Jalut sehingga Jalut dibunuh oleh baginda sendiri.Setelah melihat Jalut dibunuh oleh Nabi Daud a.s,tentera Jalut merasa takut lalu melarikan diri.
Mereka tidak menyangka bahawa seorang lelaki bertubuh kecil membunuh pemimpim mereka yang berbadan besar itu.Lalu bertempiaran larilah mereka semuanya.Kemenangan akhirnya kepada pasukan Talut.

Pedang Para Nabi

Pedang ini juga dikenali dengan nama pedang para nabi.
Terdapat juga ukiran nama-nama nabi lain didala tulisan arab seperti Nabi Daud a.s,Anak Nabi Daud a.s yakni Nabi Sulaiman a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Harun a.s,Nabi Yusuf a.s,Nabi Zakaria a.s,Nabi Yahya a.s,Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah berakhirnya perang itu,maka Talut berkenan untuk menikahkan puterinya bersama Nabi Daud a.s yakni mikyal.Setelah wafatnya Talut,kepimpinan di ambil alih oleh Nabi Daud a.s seterusnya baginda di lantik menjadi nabi kepada kaumnya.Dan semasa menjadi nabi,Nabi Daud a.s telah di persiapkan dengan ilmu serta sifat-sifat kenabian untuk membawa syariat keagamaan kepada kaumnya.

               :Surah Al-Baqarah
               :Pedang Rasulullah s.a.w
               :NabI Daud Membunuh Jalut
0 Komentar untuk "Perang Antara Talut dan Jalut II"

Popular Posts

Back To Top