w a n n u r s y a r i f a h

Melihat Gambar Bulan


Melihat Gambar Bulan

As'salam,baru-baru ini mungkin kita dah dapat melihat gerhana bulan penuh bukan ?jika telah melihatnya,syukurlah..anda berpeluang melihat kebesaran ciptaan Allah swt.

Gambar bulan di sebelah kiri artikel ini sebenarnya saya kerap kali melihat ke permukaan bulan tu.Sebenar gambar bulan ni saya sedang mencari-cari wajah seseorang yang saya kira anda pun dah tahu siapa insan mulia itu.

Sebelum ini telah banyak kali saya merenung gambar bulan ni,tapi baru lah kali ini saya dapat menjumpai bentuk-bentuk ilusi atau bayangan susuk tubuh juga wajah malahan juga kuda atau seperti menunggan kuda di permukaan bulan itu.



Pendaratan Di Bulan

Ini rakaman foto lama yang menunjukkan bahawa angkasawan amerika mendarat di bulan ?

Saya pun kurang pastilah benar atau tidak tentang pendaratan angkasawan amerika tu di bulan.Sedangkan dalam keadaan di bulan itu bukankah tidak ada udara ?


Tapi apa yang kita lihat di dalam foto itu seperti bendera amerika berkibar dengan penuh menyerlah sekali seolah-olah terdapat udara yang membawa awan hujan sahaja (selalunya kalau di bumi pastilah membawa awan hujan kan). .

Berapakah jarak bulan dari bumi ?

Sebenarnya jarak bulan dari bumi sangatlah jauh.Walaubagaimanapun,terdapat ahli sains yang mempunyai kaedah untuk mengukurnya.Dan setakat ini direkodkan sejauh lebih 384,400 kilometer.
sehala dan jika dua hala yakni pergi balik jumlahnya adalah 384,400x2=768,800kilometer jaraknya.

Dan berbalik semula kepada imej bulan yang saya kongsikan tu.Ada nampak apa-apa seperti tubuh seorang lelaki di permukaan bulan itu ? dulu saya cuba mencari banyak kali..tapi sekarang saya dah menemui 3 hingga 4 rupa seakan-akan wajah dan bentuk tubuh badan seorang lelaki.Tapi masing-masing ada cara untuk memandang dan memikirkannya.Terutama dari mata hati.

Nota:Artikel ini di tulis adalah hasil dari firasat hati individu.

0 Komentar untuk "Melihat Gambar Bulan"

Popular Posts

Back To Top