w a n n u r s y a r i f a h

Ilmu Yang Menjadikan Mereka Kafir Di Masa Kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Ilmu Yang Menjadikan Mereka Kafir di masa kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Assalamualaikum.Sihir di masa kerajaan Nabi Sulaiman a.s dapatlah saya simpulkan dengan sedikit ilmu hasil beberapa lama meneliti maksud dan keadaan terutama mengenai dua malaikat yang turun kebumi yakni 

harut dan marut di negeri babil atau juga babyllon itu.Kalau tak silap saya singkatan kepada negeri babylon.Ilmu yang menjadikan mereka kafir setelah memperlajari sihir.



Malaikat Harut Dan Marut

Harut dan marut telah memberi pesan bahawa Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir.Ini sebenarnya memberi maksud bahawa jika memperlajari sihir seorang itu boleh menjadi kafir kerana melakukan suatu dosa amat besar yakni syirik.Kdua malaikat itu telah siap memberi nasihat namun terdapat juga dikalangan mereka mempelajarinya dengan tidak mengambil nasihat bahawa jangan lah menjadi kafir kerana sihir ini.Ini sebenarnya menandakkan bahawa sebelum ini ada diantara mereka mengatakan bahawa nabi sulaiman a.s menggunakan sihir berdasarkan kelebihan-kelebihan yang ada padanya.sedangkan nabi sulaiman tidak lah kafir.kerana nabi sulaiman a.s tidak menggunakkan walau suatu sihir semasa hayat baginda.yang dikurniakan pada nabi sulaiman a.s itu adalah mukjizat kenabian dari Allah swt.Jadi turunnya harut dan marut itu sebagai tanda memberitahu bahawa sihir itu dipelajari sedangkan mukjizat adalah kurnian Allah swt.dan mukjizat itu tidak menjadikan hanya kepada orang pilihan Nya sedangkan sihir hanya dipelajari bagi mereka yang kafir.




 Sihir

Mereka menurut apa yang dikatakan syaitan kepada mereka.Apa yang di berikan oleh harut dan marut itu memang ilmu sihir,namun sebelum memberikan sempat berpesan bahawa janganlah kamu kafir kerana memperlajari ilmu ini.Ini bertujuan membezakkan  sihir dan mukjizat.Sedangkan syaitan sering memdorong mereka untuk menuntut ilmu sihir tersebut.Dan pada masa kerajaan Nabi Sulaiman a.s,penggunaan sihir sangat berleluasa di kalangan masyarakat hingga nabi sulaiman a.s mengambil langkah drastik agar kesemua sumber-sumber ilmu pelajaran sama ada kitab-kitab atau pun alat-alat sihir itu di rampas lalu ditanam kesemuanya.Dan kerana ilmu itu,mereka di kalangan ahli kitab tidak mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.Sebenarnya sihir itu telah memberi kesan buruk pada diri mereka sendiri dan Allah swt tidak menyukai mereka.

Sumber Sihir

Seterusnya dari buku-buku dan kitab-kitab sihir yang dirampas inilah Nabi Sulaiman a.s mengambil tindakkan dengan merampas serta menanam kesemuanya di dalam suatu tempat yang mungkin buku dan kitab sihir itu telah dijumpai oleh the knight templar semasa menakluki baitulmaqdis.Apabila mereka menjumpainya,mereka teruja lalu memperlajarinya.Sihir-sihir ini ada diperolehi dari syaitan dan ada yang diperolehi dari dua malaikat yang menguji iman mereka iaitu Harut dan Marut.Sihir itu dapat menyebabkan kesan buruk yang mana boleh membuatkan suami dan isteri bercerai jika dihalakan pada sepasang suami isteri.Kerana bahaya sihir itulah Nabi Sulaiman a.s merampas kesemua kitab dan buku yang mengandungi ilmu serta ajaran sihir lalu menanamnya di dalam tanah.Kemungkinan tempat menanam ini berada di bawah masjid al-aqsa,dan kemungkinan itu juga,orang yahudi zionis yang menguasai masjid tersebut begitu berminat untuk mengali kebawah.Sama ada masih berbaki lagi kitab dan buku itu di bawah tanah atau telah dibawa keluar oleh knight templar kita belum pasti.Buku dan kitab ini berkemungkinan telah dibawa atau sempat diperlajari bahkan juga telah disembunyikan semula di tempat baru oleh knight templar.

Namun kerana tidak dapat meramalkan masa depan,knight templar kalah dalam perang dengan pasukan mukmin diketuai oleh salehuddin al-ayubi yang tamadun barat sangat kenal namanya.Ini kerana knight templar sebelum itu telah melakukan keganasan dengan menyerang pelawat serta pedagang (ini kisah yang masih saya cuba fahami kandungan sejarahnya buat masa ini,cuma ingin memberi sedikit point agar kita dapat sama menerokai sejarah lalu yang juga melibatkan nabi sulaiman a.s).Disini pendapat saya bahawa ada dua kumpulan yang penyembah iblis,satu hanya menyembah berhala dan di kategorikan sebagai tidak ada ilmu atau amalan sihir dilakukan.Dan satu lagi tahap tinggi hingga kepada membawa permujaan.Kategori ini adalah yang mempunyai ilmu-ilmu sihir hingga mampu berinteraksi dengan iblis.Selalunya mereka ini akan berada tingkat atas yang mungkin ada tingkat-tingkatnya seperti piramid.Yang mana dari beberapa bahagian kepada tidak ada perkongsian lagi.Atau juga hanya yang ada ilmu perantara sahaja boleh duduk di tingkat tinggi bagi tujuan berinterasi untuk menerima arahan sebelum di beri atau di perturunkan kepada yang bawah untuk dilaksanakan.

Keadaan Selepas Kalah Perang

 knight templar sesudah kalah dalam aksi tempur berhadapan dengan tentera islam terpaksa kembali ke eropah.Kerana tidak ada tempat lain selain eropah yang mempunyai ruang buat mereka bertapak lantas berperluang juga untuk meneruskan ilmu dari hasil harta karun (kitab sihir di masa kerajaan nabi sulaiman a.s).

Sebab ilmu sihir dan seumpamanya kekal hingga kini.Mungkin sahaja amalan dan ilmu syirik ini tetap kekal hingga kini adalah kerana bahawa Allah swt mahu mereka (pengamalnya) terus menerus dalam kesesatan kerana sejak dahulu lagi segolongan dari mereka apabila menerima kitab dari Allah menerusi Rasul dan Nabi pada masa dan kaum tertentu (taurat,zabur,injil,al-quran)mereka selalu sahaja membelakangkan isi-isinya dan menukarkanya dengan yang lain.Oleh itu demikiannya,maka Allah swt mengekalkan mereka terus menerus dalam kesesatan itu dan Allah swt tidak menyukai mereka.Jika pun mereka kembali beriman,akan tertapi kembali pula menjadi kafir dan mencampakan kitab-kitab Allah swt.Allah swt tidak menyukai mereka dan tindakkan mereka membelakangkan kitabNya dengan sekejap beriman,sekejap pula kafir.Lalu apabila mereka telah kafir,Allah swt menjadikan mereka berterusan kafir hingga sampai janjiNya.Dan sihir itu menjadi sebab mereka melawan arus kehidupan manusia dengan menjadikan perantara selain Allah swt sebagai sahabat.Sihir apabila di amalkan,menuntut seseorang itu menjadi sahabat dan kawan kepada yang menjadi perantara,sedangkan Allah swt mengkehendaki manusia menjadikan iblis dan syaitan itu musuh yang nyata.

Hasil daripada mempelajari ilmu ini juga,mereka yang menjumpai kitab-kitab sihir pada masa kerajaan nabi sulaiman a.s itu telah mengadakan satu kumpulan baru dengan tujuan membentuk kerahsian bagi memelihara ilmu yang ada.Ia semestinya mengelak dari dirampas atau di basmi kembali ajaran mereka seperti mana dilakukan nabi sulaiman a.s.Dengan simbol-simbol tertentu atau angka tertentu,hanya mereka sahaja dapat mengetahui daripada masyarakat dapat menafsirkannya.Dan dengan kerahsiaan ini,pengerakkan mereka di eropah dapat disusun semula sekaligus di perbesarkan menerusi perbagai kaedah termasuk menyusut masuk ke organisasi pilihan mereka.

Kedudukan dan lokasi Istana Nabi Sulaiman adalah berada di kawasan palestin dan istana ratu balqis berada di yaman atau selatan jazirah arab atau juga di yaman.Jadi kitab-kitab itu sememangnya di tanam di dalam kawasan istana nabi sulaiman a.s.Namun sebahagian kawasan itu sebagai contoh baitulmaqdis kini menjadi tuntutan dari 3 agama iaitu islam,kristian dan juga yahudi.Ketiga-tiga agama ini memberi sebab bahawa tempat itu adalah tempat suci bagi mereka.Yahudi menamakan istana ini  adalah kuil sulaiman serta templar solomon dan dan ura-ura mengatakan istana ini di bawah masjid al-aqsa Perkara ini sering menjadi isu dunia pada masa kini yang mana sesetengah pihak mendakwa zionis akan merobohkan masjid itu bagi memberi laluan pembinaan kuil haikal sulaiman pada masa akan datang.Bagi pendapat saya mereka tidak akan melakukannya melain hanya sedikit usaha dalam pengalian kebawah tanah.Kerana bagi saya masjid itu kelak akan menjadi tempat umat islam berlindung dari ancaman dajjal yang mana akan ada pemimpin akhir zaman Muhammad Bin Abdullah juga turunnya Nabi Isa a.s kebumi akan bersuar muka pertama kali dengan dajjal di hadapan pintu masjid itu.Nabi Isa a.s akan turun dari menara putih di dasyik syria atau sekarang damacus.Seterusnya bersolat subuh di al-aqsa berimankan khalifah pemimpin umat islam waktu itu.Iman yang mendapat pertunjuk yakni al-mahdi.Wallahu Allah,Allah selebih teliti dalam perancangannya.In sya Allah,jika ada kekuatan akan saya tuliskan lagi artikel dokumentari berkaitan iluminati,freemason,dan seumpamanya.


                    :Kisah Harut Dan Marut
0 Komentar untuk "Ilmu Yang Menjadikan Mereka Kafir Di Masa Kerajaan Nabi Sulaiman a.s"

Popular Posts

Back To Top