w a n n u r s y a r i f a h

Gambaran Yang Mengembirakan Dalam Israk Mikraj

Gambaran Yang Mengembirakan Dalam Israk Mikraj 

Assalamualaikum,peristiwa israk dan mikraj adalah peristiwa besar didalam kalendar islam.Pada malam 27 rejab,Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami suatu peristiwa yang besar dan ia juga sebagai tanda kenabian yang di kurniakan buat baginda s.a.w.Memandangkan kisah ini agak panjang sungguh kejadian waktu itu adalah dari tengah malam hingga waktu subuh di mekah,maka saya menulis mengenai gambaran yang menyenangkan sahaja buat masa ini.Ia umpama gambaran awal atau gambaran ganjaran yang bakal mereka (yang beramal soleh) akan perolehi.

Untuk kali ini,saya ingin menulis mengenai peristiwa israj mikraj tentang berita atau kejadian yang mengembirakan mahupun menyenangkan seperti ganjaran kepada mereka yang beramal soleh.Mungkin kita sedia maklum mengenai peristiwa israk mikraj ini dengan lengkap,namun saya ingin menulis mengenai perkara yang menyenangkan hingga kita sendiri merasa gembira jika kita mengetahui akan gambaran-gambaran ini.

Didalam peristiwa ini,berlaku pada masa waktu di dunia adalah dari tengah malam hingga ke waktu subuh.Disepanjang peristiwa itu,banyak kejadian dan gambaran yang dapat diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w Muhammad serta di temani oleh malaikat Jibril a.s.

Bagi mempermudahkan perjalanan baginda dalam peristiwa israk mikraj itu,maka sebuah kenderaan dari syurga telah disediakan oleh Allah swt  istimewa buat kekasihNya iaitu Rasulullah s.a.w.Buraq telah dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w  untuk dijadikan sebagai pengangkut buat baginda.Alangkah indahnya dapat peluang sebegitu.Inilah keistimewaan buat Rasulullah s.a.w.Namun tugas baginda sebagai Rasul Allah tidak mudah.Dan tujuan Allah swt memperjalankan baginda s.a.w juga sebagai suatu kurniaan terhadapa baginda sendiri.Sedang waktu itu baginda telah mengalami suatu peristiwa yang berat untuk dihadapi apabila kehilangan isteri tersayang iaitu Siti Khatijah juga bapa saudaranya Abu Thalib.


Maka hilanglah sedikit rasa perit dan serbak dihati yang dirasakan oleh baginda s.a.w apabila mendapat jemputan istimewa dari Kekasih untuk Kekasih ini sebagai ganti terhadap berita yang sedih sebelum ini.Waktunya peristiwa ini berlaku sebelum hijrah dari mekah ke madinah.

Buraq

Buraq  adalah sangat cantik,tempat tinggalnya adalah di syurga.Buraq yang dinaiki oleh baginda s.a.w ini adalah buraq yang mengasingkan dirinya sewakt di syurga dan dalam keadaan sedih kerana menahan rindu untuk bertemu Rasulullah s.a.w.Terdapat banyak buraq di dalam syurga,namun buraq ini menjadi perhatian oleh Jibril a.s kerana mengasingkan diri.Lalu untuk mengembirakannya,maka Jibril a.s mahu membawa buraq ini bertemu Rasulullah s.a.w sekaligus menuruti perintah Allah swt agar membawa buraq pergi kepada Nabi Muhammad s.a.w.Setelah buraq telah di persiapkan,maka Jibril a.s pun membawa buraq bertemu insan yang ia rindukan.Pada suatu ketika,apabila Rasulullah s.a.w ingin menaiki buraq ini,ia bertingkah laku yang menyukarkan baginda s.a.w untuk menaikinya,lalu Jibril a.s menenangkan buraq agar memudahkan baginda s.a.w naik keatasnya.


Peristiwa ini juga banyak di bual bicarakan oleh masyarakat terutama setelah Rasulullah s.a.w mengalami israk mikraj.Dan juga tentulah banyak tentangan yang dihadapi ole baginda sendiri apabila peristiwa itu diceritakan kepada kaumnya.Namun ada seorang insan yang cukup membenarkan kata-kata baginda hingga diberi gelaran as-siqqid yakni membenarkan.Gelaran itu diberikan kepada Saidina Abu Bakar r.a.

Gambaran Yang Menyenangkan

Antara antara gambaran-gambaran yang menyenangkan itu telah diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w adalah sperti terdapat satu kaum yang menanam sesuatu kemudian menuai hasilnya dan hasilnya itu berganga banyaknya seolah-olah hasil itu belum pernah di tuai lagi.Ia seperti mana berlaku itu berulang-ulang.Ia di terangkan oleh Jibril a.s kepada baginda s.a.w sebagai kaum yang berperang di jalan Allah yakni jihad fiisabilillah yang di gandakan pahala mereka 700 kali bahkan juga dalam gandaan lebih dari itu.


Juga terdapat suatu tempat yang terbau harum.Ia adalah kubur milik tukang sikit firaun.Mayitah serta keluarganya di samping suaminya yang tetap kekal pertahankan iman mereka sekalipun di ancam firaun.Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bau harum itu adalah dari kubur milik mayitah.

Ini adalah sebahagian dari gambaran keadaan yang menyenangkan yang bakal atau akan mereka (yang beriman dan beramal soleh) perolehi kelak.

Peristiwa israk mikraj tidak berakhir disini,kerana banyak lagi perjalanan-perjalanan yang dilalui oleh baginda s.a.w.

Terdapat juga gambaran buruk namun saya hanya perincikan yang menyenangkan saja di dalam peristiwa ringkas israk mikraj.Mungkin pada lain masa saya akan menulis mengenai gambaran yang tidak menyenangkan.In sya Allah.


0 Komentar untuk "Gambaran Yang Mengembirakan Dalam Israk Mikraj "

Popular Posts

Back To Top