w a n n u r s y a r i f a h

Antara Haikal Sulaiman Dan Al-Aqsa

Antara Haikal Sulaiman Dan Al-Aqsa

Assalamualaikum,

Dalam ruangan pada kali ini,saya ingin membahaskan mengenai haikal sulaiman dan al-aqsa.Sebenarnya saya ingin menulis tentang knight templar kerana saya berminat untuk menulis tentangnya,namun apabila mengkaji tentang knight templar itu,saya sebenarnya mula tertarik sedikit demi sedikit untuk menulis tentang haikal sulaiman dan juga al-aqsa yang bagi saya ramai telah sedia maklum agenda tersembunyi perihal pembinaan haikal sulaiman yang di cita-citakan oleh segolongan dari pengikut iblis dan dajjal.

Haikal sulaiman belum dibina,cuma rancangan membinanya telah ada dan lokasi tapak membinanya telah di murtamadkan iaitu di masjid al-aqsa.Namun belum dapat di pastikan bila upacara pembinaan itu dimulakan.Yang pasti,jika ingin memulakan nya sudah tentu perlu meruntunkan al-aqsa terlebih dahulu.

Tujuan pembinaan haikal sulaiman tentu ada sebabnya.Antaranya adalah bagi membina sebuah singgahsana khusus untuk ketua mereka iaitu dajjal yang akan muncul kelak.Sekarang ini sedang dirantai atau juga telah dilepaskan cuma belum menunjukkan dirinya sebenar.


<----- (Foto sebelah adalah masjid al-aqsa)

Sehingga kini mereka tidak menunjukkan kerja meruntuhkan masjid tersebut,namun menggunakkan kaedah lain iaitu mengali kebawah tanah di sekeliling masjid itu agar runtuh dengan sendiri.Supaya mereka (zionis dan yang merancang keruntuhan al-aqsa) tidak dipersalahkan kelak.

Sebenarnya say masih mengkaji lagi matlamat sebenar keatas usaha-usaha pengalian tersebut berdasarkan berberapa faktor antaranya mengenai kaitan pembinaan tersebut dengan ilmu pada kitab sihir purba yang di tanam pada masa kerajaan nabi sulaiman a.s.

Jika pembinaan itu dilakukan kelak,sebagai contoh pasti memelukan peruntukan masa dan permindahan tenaga orang peringkat tertinggi ke sana.Seperti memindahkan ibu negara ke sana kelak.Jika pembinaan itu direalisasikan dalam masa terdekat ini,atau dalam lingkungan 10 tahun ini (pendapat peribadi),ini membawa makna bahawa semakin tiba waktu bahawa dajjal akan keluar ke masyarakat.

Dan matlamat penubuhan negara zion harus dilakukan.Dengan membina haikal sulaiman untuk dajjal kelak,yang mana bagi mereka adalah penyelamat atau nabi buat mereka,supaya mereka dapat memerintah dunia disamping nabi mereka mersiah itu.Sebenarnya dajjal itu nabi palsu yang datang mengaku nabi.Sesudah itu dajjal mengaku pula dirinya tuhan.Telah jelas kafir sesudah pengakuan dirinya tuhan di dahinya iaitu kafir.

Dan masa untuk membina istana buat dajjal ini pastilah lama dan memelukan bantuan sokongan keselamatan agar tempoh pembinaannya kelak tidak di ganggu oleh sebarang sabotaj terhadap haikal sulaiman.


Haikal Sulaiman

Untuk membina haikal sulaiman tidak mudah membina mana-mana bangunan prestij lain.Tambahan lagi di dalam kawasan tuntutan 3 agama.Sedangkan haikal sulaiman ingin dibina oleh yahudi,penganut islam dan kristian tentu tidak akan duduk senang dengan berdiam diri sahaja mengiakan pembinaan ini.

Mungkin 3 faktor utama ini yang pertama haikal sulaiman,kedua kitab sihir tinggalan pada masa zaman nabi sulaiman a.s,dan ketiganya yang paling hebat adalah sebuah aset yang berharga.Jika di dapatinya oleh yahudi itu akan aset tersebut,maka mereka merasakan bahawa mereka akan menguasai dunia.Dan kelebihan aset bernilai ini di katakan memberikan mereka kekuatan untuk menguasai musuh-musuh mereka.Lantas itu mereka ingin mencari dimana tersimpannya aset berharga yang sejak dikurniakan Allah swt kepada nabi adam a.s lagi.

Sesuatu yang sering direbutkan oleh bani israil dahulu.Aset bernilai ini sering bertukar tangan,malah jika kaum yang menyimpannya membuat maksiat,maka pasti penyimpannya mengalami gejala ganjil kerana tabut itu telah ditetapkan bahawa tidak akan duduk atau disimpan oleh kaum yang membuat maksiat.

Andai kata mereka membina haikal sulaiman tanpa memiliki aset ini terlebih dahulu,maka tidak ada makna yang besar bagi mereka kerana sesuatu yang bernilai tinggi tidak mereka miliki.In sya Allah,akan saya nukilkan tentang aset pencarian yahudi itu di masa akan datang.

Memandangkan kisah ini adalah kisah yang panjang yang akan membawa kita mengkaji tentang sejarah pada peringkat sebelum masihi terutama pada zaman awal bangsa yahudi ini.Tentang sejarah nabi-nabi terdahulu seperti nabi musa a.s,nabi samuel dan nabi-nabi Allah swt yang di hantar kepada bani israel itu.Setiap nabi ada mukjizatnya.Dan pada masa itu tentulah ada sedikit kurniaan Allah swt kepada nabi untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada kaumnya.Salah satunya adalah kehadiran aset tersebut sebagai tunjang kekuatan sokongan tambahan buat mereka.Namun sekarang aset itu tidak ada bahkan mungkin tersorot atau tertanam di suatu tempat yang rahsia.

0 Komentar untuk "Antara Haikal Sulaiman Dan Al-Aqsa"

Popular Posts

Back To Top