w a n n u r s y a r i f a h

SOLAT TAHAJUD SOLAT SUNAT YANG UTAMA

SOLAT TAHAJUD SOLAT SUNAT YANG UTAMA

Solat sunat ini dapat berfungsi untuk menambah kekurangan yang mungkin terdapat pada solat-solat fahdhu sehari semalam,disamping itu juga solat mengandungi keutamaan yang tidak terdapat dalam ibadah yang lain.

Nabi Sallallah Alaihi Wassalam bersabda :
Ertinya :
"Sesungguhnya yang mula pertama akan di hisap dari amal perbuatan manusia nanti pada hari Qiamat adalah solat.Tuhan berfirman kepada malaikat,sedangkan Ia adalah Maha Mnegetahui :"Periksalah solat hambaKu,apakah ia menyempurnakanya atau masih kurang di dalam solatnya itu".Apabila solatnya sudah sempurna maka dicatat baginya solatnya sudah sempurna.Apabila solatnya tidak sempurna,Tuhan berfirman lagi :"Periksalah apakah hambaKu itu mengerjakan solat sunat?".Apabila ia mengerjakan solat sunat maka Tuhan berfirman :"Sempurnakanlah solat fahdhunya dengan solat sunatnya bagi hambaKu itu".Kemudian diperhitungkan amal-amal perbuatan itu dengan cara demikian".

                                             
Nabi Sallallah Alaihi Wassalam bersabda lagi :
 Ertinya : 
"Allah tidak memperhatikan sesuatu amal perbuatan hamba yang lebih utama dari pada dua raka'at solat sunat yang dikerjakannya.Sesungguhnya rahmat selalu ditaburkan kepada hamba itu selama ia dalam solat"

Solat tahajud sebagaimana berdasarkan firman Allah :

Ertinya :
"Dan dari sebahagian malam itu maka solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan untukmu;mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kamu dalam kedudukan terpuji".

Demikian banyak terdapat hadis-hadis yang menerangkan kedudukan dan keutamaan solat tahajud itu.Dalam hadis dari Salman Al-Farisi yang mana dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda seperti berikut : 

                                     
Ertinya : 
"Kerjakanlah solat malam (Tahajud) itu kerana sesungguhnya solat itu adalah kebiasaan orang-orang soleh yang sebelum kamu sekalian;ia adalah suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu;ia adalah sebagai penebus kejelekan-kejelekanmu;ia adalah sebagai pencegah dosa dan ia dapat mengusir penyakit dari badan".

Niat solat tahajud
"Usulli sunnatal Tahajudi rak'ataini Lillaahi ta'ala"
Ertinya ;
"Aku niat solat Tahajud dua raka'at kerana Allah Ta'ala".

Untuk mengerjakan solat tahajud ini harus diperhatikan menerusi kaedah langkah-langkah berikut :
  • Sebelum hendak tidur,haruslah berniat untuk bangun bagi mengerjakan solat malam (tahajud).Walaupun kiranya ia tidak terjaga dari tidurnya untuk mengerjakan solat tahajud itu,sedangkan matahari mulai terbit,tidurnya itu dicatat sebagai ibadah dan tetap mendapat pahala.dan tidurnya itu dianggap sebagai kurnian Allah Ta'ala yang diberikan kepadanya.
  • Setelah bangun dari tidur untuk mengerjakan solat tahajud,usahakanlah untuk membuang rasa mengantuk sebelum solat,supaya bacaan dalam solat kita lebih tepat dan ini mengelakkan ganguan rasa mengantuk dalam solat tahajud itu nanti.
Bersugi dapat menghilangkan rasa mengantuk lalu melihat kelangit jesteru berdoa ;

"Laa-ilaaha illaa anta subhaanaka astaghfiruka lidzanbii wa-as-aluka rahmatak.Allaahumma zidnii 'ilma walaa tuzigh qalbii-ba'da idz hadaitanii wahab lii milladunka rahmatan innaka antal wahhaab.
Alhamdulillahilladzii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa-ilaihinnusyuur".
Ertinya :
"Tidak ada Tuhan melainkan Engkau,Maha suci Engkau,aku memohon ampun kepadaMu dosaku dan aku mohon pula rahmatMu.
Wahai Allah tambahkanlah pengetahuanku dan jangan Engkau belotkan hatiku sesudah Engkau beri pertunjuk padaku,serta berilah aku rahmat dari sisiMu kerana Engkau adalah Dzat Maha Pemberi.
Segalam puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali sesudah mematikan kami dan hanya kepadanya tempat kembali.

  • Sebaiknya-baiknya,solat tahajud itu dimulai dengan dua raka'at yang ringan dan selanjutnya boleh dilakukan mengikut kehendak hati.
  • Apabila telah berkeluarga,hendaklah membangunkan ahli keluarganya (yang tidak ada halangan dalam menunaikan ibadah) untuk sama-sama solat malam.
  • Namun sekiranya rasa mengantuk tersebut sukar dielakkan,hendaklah menghentikan solat terlebih dahulu dan kembali tidur (rasa mengantuk yang sukar di elakkan hingga mungkin terjejas solatnya).
Jangan memberatkan diri,sebaiknya solat tahajud dilakukan dengan semampunya.Akan tertapi solat tahajud itu dilakukan dengan penuh tekun,kusyuk dan jangan sampai meninggalkannya melainkan dalam situasi yang tidak dapat dielakkan mahupun terpaksa.

Nabi Sollallah Alahi Wassalam pernah ditanya :"Amal/perbuatan apakah yang paling disukai oleh Allah?",Baginda Sollallah Alaihi Wassalam menjawap :
Ertinya : 
"Amal/perbuatan yang dikerjakan dengan terus menerus walaupun sedikit"




  • RUJUKKAN DARI BUKU BIMBINGAN SOLAT LENGKAP (DRS MUSLIH SHABIR) 1978.
1 Komentar untuk "SOLAT TAHAJUD SOLAT SUNAT YANG UTAMA"

Popular Posts

Back To Top