w a n n u r s y a r i f a h

SAKIT JANTUNG ATAU SERANGAN JANTUNG ?

SAKIT JANTUNG ATAU SERANGAN JANTUNG ?

Semua kehidupan di dunia ini adalah memiliki jantung.Jantung berperanan sebagai pengepam darah ke seluruh organ tubuh badan dengan kadar tertentu menurut aktiviti seseorang termasuk ketika individu itu sedang tidur nyenya.

tanpa jantung,aliran darah menjadi kaku,atau beku atau tidak lancar.kita tahu sebenarnya jantung sangat penting dalam operasi kehidupan kita.Namun,dalam aspek penjagaannya kita sangat sukar untuk memahami apakah yang menyebabkan serangan jantung berlaku.

Penyebab serangan jantung.

amat perlu kiranya kita sebagai empunya jantung sendiri mengambil tahu serba sedikit anatomi jantung kita.Ini memudahkan kita mengetahui apa kelemahan-kelemahan jantung serta apa penyebabnya berlaku sebarang kompilasi yang menjejaskan kesihatan malah nyawa.


Bahagian anatomi jantung manusia.



jantung manusia terbahagi kepada beberapa bahagian.Anda boleh lihat foto seperti di paparkan.Bagaimana ia berfungsi sebenarnya sangat bergantung kepada diri kita sendiri.Secara umumnya,ramai tahu bahawa jantung adalah berfungsi mengepam darah.Tapi sebenarnya jantung sangat terpengaruh dengan rutin harian kita.Ini yang menjadi kuncinya.Ia memang sangat terdedah kepada risiko apa sahaja aktiviti kita lakukan.Misalnya,tidak mengamalkan diet permakanan seimbang,contoh nya seperti makan makanan yang mengandungi lemak berlebihan atau menu permakanan kita rutinnya adalah makanan yang berlemak serta kadar kolesterol tinggi.Ini memberi mudarat kepada injap jantung.Jika injap jantung sendiri mengalami kepayahan dalam fungsinya,kesannya jantung sendiri tidak akan berfungsi dengan teratur serta optimum.Bayangkanlah,bukan mudah untuk menyinkirkan lemak di saluran darah bahagian jantung.Jantung akan mengepam dengan lebih kuat dan berkerja keras untuk mengepam darah keseluruh anggota badan.Ini satu risiko bagi jantung untuk mengalami serangan yang memberi bahaya kepada kita semua.


Jantung yang sihat.

Jantung yang sihat akan menghasilkan kesihatan dan pengaliran darah yang baik.Fungsi yang baik ini perlu supaya darah yang mengandungi bekalan nutrien seperti oksigen serta zat-zat penting dapat sampai ke anggota tubuh badan dengan baik.Nutrien ini pula akan diserap serta di manfaatkan oleh anggota badan.Tanpa pengaliran yang baik,tubuh badan tidak dapat bekalan nutrien yang mencukupi dan akan memberi kesan sampingan terhadap fungsi badan.


kolesterol yang terkumpul di bahagian salur darah jantung,akan membuatkat pengaliran darah yang kurang lancar dan jika pengumpulan plak-plak kolesterol ini berlanjutan tanpa ada sebarang usaha untuk membuangnya,kesannya akan tertimpa kepada jantung sendiri.Dimana,jantung akan berkerja dengan kuat untuk memastikan bekalan darah sampai juga keseluruh badan.Kolesterol yang menyekat salur darah boleh menutup terus salur darah penting yang akan memberi serangan mengejut terhadap jantung.Jika ini berlaku,individu itu akan mengalami tindakan yang sangat pantas malah membawa maut walau dalam keadaan tubuh badan dalam situasi rehat.Yang rehat adalah badan,tapi yang berkerja kuat tanpa kita sedari adalah jantung.Jantung tidak pernah berhenti berkerja walaupun sesaat.Ia sentiasa mengepam darah dari semasa ke semasa hingga peranannya di halang oleh plak-plak kolesterol yang menyekat salur-salur darah jantung.


Jantung yang sakit

Pada tahap ini,fungsi jantung mula mengalami kesan-kesan yang ketara apabila peranannya di halang oleh beberapa faktor seperti pengumpulan plak-plak yang menyekat salur darah.Paling menjadi cabaran kepada jantung antaranya adalah plak dari hasil pengumpulan kolesterol.



arteri adalah salah satu dari salur darah yang menyambung ke salur darah yang lain.Apabila arteri mulai menjadi tempat pengumpulan plak kolesterol,ia seperti menutup laluan darah secara berperingkat seperti rajah di atas.Kolesterol terkumpul dari larutan-larutan yang kita makan.Ia terlarut dari pencernaan yang mana akan di serap oleh badan.Ia seterusnya tinggal disitu hingga diperlukan.Jika tidak di gunakan,ia sebenarnya akan terkumpul hingga menyumbat salur darah.


aktiviti pengumpulan bahan penyekat seperti plak kolesterol yang sangat berbahaya ini apabila berlanjutan,mampu mendatangkan kesan yang mudarat.Jika sekiranya tidak ada langkah di ambil,seperti membuang plak-plak yang menyekat arteri,seseorang itu boleh mengalami risiko serangan jantung yang sangat tinggi dan membawa maut.

Kaedah rawatan

salah satu kaedah rawatan yang menjadi pilihan para doktor adalah pembedahan untuk membuka semula saluran yang sempit tersebut.


pembedahan di perlukan untuk mengelak dari plak-plak kolesterol terus menerus menghalang laluan darah dari sampai ke destinasi.

Doktor perubatan akan menggukan kaedah memasukkan belon dan stent bagi membuka semula laluan yang di halang oleh plak kolesterol.Kaedah ini akan membuatkan stent di tinggalkan di dalam saluran darah yang disekat oleh plak tadi.Tujuannya adalah,plak-plak ini tidak kembali menyekat laluan yang menghalang pengaliran darah.

Tanda awal mungkin mengalami serangan jantung atau sakit jantung

Sekali lagi perlu kita ketahui bahawa,jantung berperanan untuk mengepam darah keseluruh anggota badan dan sebarang perkara yang menghalang aktiviti fungsinya akan meberikan kesan dan tanda awal di beberapa organ atau anggota tubuh badan dalam bentuk yang berbeza dan berlainan.

  • Jika fungsi jantung mengalami tanda-tanda masalah,lidah akan terasa bengkak atau gusi bengkak.Ini mungkin berlaku di atas aktiviti pengumpulan lemak atau kolesterol berlebihan.Lidah akan terasa tegang dan pendek yang menyukarkan percakapan atau terasa sukar dalam mengerakkan lidah yang dalam keadaan tegang.

  • tidak selesa di bahagian dada seperti sakit,atau dada mengalami sesak seperti angin yang penuh atau juga semasa menarik nafas,akan terasa seperti setiap menarik nafas itu terasa sakit dan pedih.

  • Akan berpeluh secara tiba-tiba walau dalam keadaan rehat dan duduk di kerusi.Kita perlu tahu,walau badan dalam keadaan rehat,akan tertapi jantung tidak akan akan pernah berhenti berkerja.Jika badan yang dalam keadaan rehat tiba-tiba mengalami peluh,hali ini mungkin terjadi kerana aktiviti jantung yang terganggu seketika.

  • Apabila sakit dada menyerang,sakit-sakit mula terasa pada beberapa anggota badan lain seperti tangan,kaki,tengkok,sakit bahagian belakang,abdomen mahupun rahang.

  • sakit di bahagian dada juga akan berlaku seperti sakit di bahagian ulu hati atau bahagian kiri dada atau sekitar bahagian kiri dada.

  • Nafas terasa pendek.

  • Kadar denyutan jantung tidak teratur dan menentu.

  • Kepala berpusing tidak seimbang.

  • Keletihan sepanjang masa.Lesu atau kurang bermaya.

  • Bengkak pada beberapa bahagian sendi seperti di kaki atau abdomen.

  • Perasaan yang tidak menentu seperti seronok secara tiba-tiba atau bimbang secara tiba-tiba.

  • Kurang selera makan atau hilang selera makan.

untuk melakukan pemeriksaan kesihatan jantung,perluny
a dari peringkat awal dimana,dari peringkat awal inilah masa paling sesuai untuk merawat diri serta mencegah penyakit dari terus mudarat.

0 Komentar untuk "SAKIT JANTUNG ATAU SERANGAN JANTUNG ?"

Popular Posts

Back To Top