w a n n u r s y a r i f a h

MENGUMPUL EMAS

MENGUMPUL EMAS

assalamualaikum
Telah ramai di antara kita mula mengumpul emas sama ada sebagai aset,pelaburan mahupun atas alasan yang tersendiri.walau apapun tujuan anda,mengumpul emas adalah suatu tindakan yang bijak.

contoh emas dalam bentuk  syiling.

begitu juga saya,mula membuat keputusan untuk mengumpul aset dalam bentuk emas fizikal dan bukanya dalam bentuk hitam putih.

emas fizikal ni macam cincin,syiling,jongkong,bar atau apa sahaja bentuk yang boleh kita tengok,lihat,dengan pancar indera kita bahawa apa yang kita pegang,lihat itu adalah emas dan bukannya surat atau resit atau sijil pemilikan emas.

bagi saya secara peribadi tujuan mengumpul emas ni ada dua faktor,pertama ia di terima di mana-mana negara.Dan yang keduanya sebagai aset kalis susut nilai.Ertinya memang sekarang ni harga emas tampak menujukan trend penurunan harga atau harga ketika ini lebih rendah berbanding tahun sebelumnya,namun bagi saya,emas akan menjadi penting pada masa-masa sukar.

saya tidak dan belum mahir mengenai pelaburan emas,jadi saya tidak mahu bercerita mengenai keuntungan memiliki emas,akan tertapi lebih berminat kepada alat pertukaran yang di terima di semua tempat.

akan tertapi kalau rasa-rasa inginkan lebih nasihat atau apa-apa yang kurang pasti,anda boleh merujuk kepada salah seorang sahabat saya menerusi fb atau boleh wassap beliau.

atau terus pergi pejabat yang menawarkan produk emas,atau juga anda boleh layari laman kelantan golden trade .

saya lebih suka memilih emas dari kgt atau kelantan golden trade ekoran rekaan nya yang lebih menarik.Yang lain tu menarik,tapi rekaat dari kgt lebih menusuk kalbu -p 

SEBAGAI PERMULAAN

Andai kata kita mempunyai niat untuk mula menyimpan emas atau dinar,mulakanlah secara tetap walaupun sedikit contoh 1gram sebulan sudah di anggap memandai kerana harga 1gram tu pun bukanlah murah.Tapi jika lebih dari itu,anda perlulah menyediakan ruang atau bijak menguruskannya,jika beli tak sampai sebulan kemudian jual,memang sukar untuk mendapat keuntungan apatah lagi dalam kuantiti yang besar.

bagi saya,emas yang saya simpan bukan untuk dijual,tetapi sebagai aset atau alat pertukaran.contoh,1 dinar untuk seekor kambing.kambing tu boleh di gunakan untuk aset juga.

tapi bergantung pada keadaan dan situasi kita.jika keadaan mendesak,maka bolehlah digunakan berdasarkan keperluan tujuan itu.

apabila memiliki emas,jangan lupa mengeluarkan zakat emas bila sudah cukup haulnya.

jazzakallahu khairan ^_^
0 Komentar untuk "MENGUMPUL EMAS"

Popular Posts

Back To Top