w a n n u r s y a r i f a h

MENCEBURI BIDANG TERNAKAN PULA


BIDANG TERNAKKAN KAMBING

ASSALAMUALAIKUM
(ANAK-ANAK BAKA BOER)

Tajuk di atas memang tampak seperti saya ni seakan-akan baru je mengubah fikiran dari hobi mengumpul emas kepada ternak kambing pula.Hmm..jangan cepat membuat penilaian..hihi

sebenarnya penerangannya begini.Telah lama saya membuat TIMELINE dimana setiap pemulaan rancangan itu akan saling berturutan.Yang mana apabila perancangan dinar dimulakan,maka perancangan menternak kambing turut mengikuti dekat-sedekatnya.selain itu ada banyak lagi plan jangka masa panjang akan menuruti antara satu sama lain.

TIMELINE -ADALAH GARIS MASA YANG KITA JANGKA/MAHUKAN/IKUT/TETAPKAN SECARA BERTURUTAN MAHUPUN GILIRAN ATAU SENANG KATA IKUT KEUTAMAAN.

JENIS BOER (SAYA SUKA BOER-BOER NI)

jadi itulah yang saya tetapkan supaya setiap darinya adalah saling berturutan dan saling berkait rapat.Ibarat buah tasbih yang terputus talinya,satu buah jatuh,lantas itu buah yang lain turut jatuh bersama.

matlamat ni dah lama saya wujubkan iaitu sejak beberapa tahun yang lepas,dimana saya menetapkan samaada kambing mahupun arnab sebagai platform bidang ternakkan saya.sangat PENTING juga untuk kita mengenali akan jenis ternakkan mana yang perlu kita uruskan.Ini bergantung pada kesediaan seseorang itu untuk menerima jenis apa.macam saya suka atau lebih tertumpu kepada kambing..hihi..

ternakkan yang saya ceburi ni adalah terarah kepada untuk majlis aqiqah sahaja.kalau penghasilan susu kambing tu insya Allah lain masa..

menjelang januari atau awal tahun 2015 (paling awal la kot kalau ikut timeline saya),saya dah boleh mula kan bidang ni.Insya Allah.

bila dah mula nanti kita perlu membahagikan masa supaya apa yang kita rancangkan itu mampu mendatangkan hasil yang diharapkan.(setidak-tidaknya tak la terbiar begitu sahaja)

dari mana idea nak ceburi bidang ni ? hmm soalan cepumas ni..haha..

Baik idea-idea ni datang dari cetusan untuk mengubah kebengantungan diri terhadap sistem ekonomi yang semakin tak menentu kini.jadi saya merasakan perlunya untuk cuba membuat perubahan dalam diri dengan memceburi bidang ternakkan.memang tampak sukar pada mulanya,selama beberapa tahun juga saya membuat penilaian serta juga pesedian terhadap diri sendiri agar ada lah sikit ilmu pengetahuan berkaitan bidang baru saya ni.dan sekarang alhamdulilah saya sanggup untuk memulakannya.

usaha ini sebenarnya adalah secara bersama dengan rakan yang dah lama dalam bidang ni (hihi patutlah kan...)jadi saya amat berterima kasih padanya kerana sudi berkerjasama dalam sektor ini walaupun saya masih hijau lagi..(merendah sangat diri tu penting haha -p ! ) 


rasanya tu saja untuk kemaskini pada 1 Rabiul'awwal 1436 hijrah.Salam ceria selalu ^_^
foto-cc-En.Mahadir 
0 Komentar untuk "MENCEBURI BIDANG TERNAKAN PULA "

Popular Posts

Back To Top