w a n n u r s y a r i f a h

HOBI BARU MENGUMPUL DINAR

HOBI BARU MENGUMPUL DINAR

Assalamualaikum

sekarang saya sudah punyai hobi baru iaitu mengumpul dinar & dirham.
memang dah lama saya ingin mengumpul dinar & dirham ni.mula-mula saya mengumpul dirham.setelah mengumpul 2 keping dirham,maka perasaan untuk mengumpul dinar juga kian membara dalam hati.apatah lagi dinar yang saya kumpul ada tertulis kalam Allah.makin menarik dan terpikat saya.

dinar & dirham yang saya kumpul seperti foto diatas adalah keluaran kerajaan negeri kelantan dibawah edaran kelantan golden trade.

 dinar & dirham apabila di gandingkan bersama akan tampak menyerlah
inilah matawang yang sebenar untuk kita gunakan (dinar & dirham dalam syariat islam)
dirham & dinar kelantan mempunyai kalam Allah selain ketulinan yang tinggi.

dinar 1/2 kgt mempunyai ketulinan 917 au (au membawa makna gold dalam singkatan kimia). 
dinar 1/2 adalah 2.125 gram Berat dan 16 mm Diameter.
manakala 1 dirham kgt pula berketulinan 999.0% perak tulin.untuk dirham,2.975 gram Berat serta
22 mm Diameter.

akhirnya hajat ingin memiliki dinar & dirham tercapai.alhamdulilah.namun ini hanya satu langkah permulaan,akan ada langkah susulan kelak insya Allah.semoga berjalan lancar.
0 Komentar untuk "HOBI BARU MENGUMPUL DINAR"

Popular Posts

Back To Top