w a n n u r s y a r i f a h

DAH TAHUN 1436 HIJRAH


Assalamualaikum 


Alhamdulilah,kita telah sampai ke tahun yang ke-1436 hijrah ketika ini.
sambutan ma'al hijrah ini wajar kita terapkan dalam diri untuk mencontohi apa yang telah Rasullullah saw sampaikan sebelum ini kepada kita semua.

erti penghijrahan yang membawa cahaya bagi seluruh umat islam perlulah di kenang semula gar tidak luput dari pegangan dalam diri.

Hadis Abu Hurairah r.a: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan. Aku ingin menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti.
(Riwayat Muslim, #293)

Rasulullah saw sentiasa menyayangi umatnya hingga ke hari akhirat.Maka itu,perlulah kita mengikut contoh dan tauladan yang baik dari  Baginda Saw.

Di harapkan pada bulan penghijrahan ini,dapatlah kita sama-sama membuka buku baru dengan isi catatannya adalah catatan yang baik.Maka keuntungannya juga kepada diri kita sendiri dengan menerima dari tangan kanan dan bukan dari tangan kiri.In syaa Allah.

Semoga keberkatan dalam menjalani ibadah di sepanjang tahun 1436 hijrah ini,bertambah baik dan sentiasa dalam naungan Yaa Rabb kita Allah swt.

"sebelum ini mungkin kita kurang menjadi baik,maka tahun ini kita mungkin akan menjadi sebaik-baik manusia.Selagi belum terbit mentari di barat,maka itu usahlah merasa berat untuk berubah"

                                        salam ma'al hijrah 1436 dari saya buat semua-Nur




0 Komentar untuk "DAH TAHUN 1436 HIJRAH"

Popular Posts

Back To Top