w a n n u r s y a r i f a h

CARA MAKAN YANG BETUL

CARA MAKAN YANG  BETUL
ASSALAMUALAIKUM
Kita di disyorkan makan dengan cara yang betul seperti mana yang terdapat melalui al-quran dan hadist Rasulullah s.a.w agar kesihatan kita berada dalam keadaan baik di samping meneruskan sunnah serta ibadah sunat yang di tetapkan.



sebelum kita mengambil makanan berat seperti nasi atau daging misalnya,maka eloklah kita memakan buah-buahan dahulu seperti kurma atau apa-jenis buah sekalipun kerana tentu ada hikmat dan kelebihan sekiranya kita mengambil buah-buahan sebagai menu pembuka selera kita.


buah-buahan adalah makanan yang pertama di sebut di dalam surah al-waqiah
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


juga terdapat di dalam hadist  (Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

 Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.

jika pun tidak ada buah-buahan,maka air bolehlah di dahulukan kerana sifatnya yang suci.


jazzakallahu khairan

0 Komentar untuk "CARA MAKAN YANG BETUL"

Popular Posts

Back To Top