w a n n u r s y a r i f a h

Berpuasa Hari Asyura Dan Niat Puasanya

BERPUASA HARI ASYURA

Berpuasa Hari Asyura Dan Niat
Assalamualaikum disini saya akan berkongsi sedikit mengenai puasa hari asyura.Setelah berpuasa sunat hari arafah,eloklah kita menambah ibadah sunat kita dengan berpuasa pada hari Asyura pula.niatnya seperti di bawah.

Nawaitu sauma asyura Lillahi T aala
 sahaja aku puasa hari asyura sunat kerana Allah Taala.

puasa hari asyura adalah puasa pada hari ke-10 muharram.


Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

maka itu untuk membezakan kita dengan orang yahudi,boleh lah kita berpuasa hari Asyura bermula pada sebelum 10 muharram (mula puasa pada 9 muharram) ,di ikuti pada 10 muharram.jika merasakan kurang berkemampuan,harus pada 10 muharram yakni sehari sahaja.Secara keseluruhanya puasa 2 hari  9,10 muharram.

Dan berkata As Syaikh Al Albany – Rahimahullah- di Silsilah Ad Dha’ifah Wal Maudhu’ah IX/288 No. Hadits 4297: Penyebutan sehari setelahnya (hari ke sebelas. pent) adalah mungkar, menyelisihi hadits Ibnu Abbas yang shahih dengan lafadz:
“لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع” .
“Jika aku hidup sampai tahun depan tentu aku akan puasa hari kesembilan”

PUASA PADA HARI KE-10 (ASYURA) SAHAJA
Dan yang rajih adalah bahawa tidak dimakruhkan berpuasa ‘Asyura saja. (Syarhul Mumthi’ VI)

 antara fadhilatnya puasa hari asyura ini seperti hadist berikut dari riwayat muslim.
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

sesungguhnya mengenai hari ke-10 muharram,kita (orang islam) adalah lebih berhak keatas hari itu berbanding orang yahudi.

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

 MENGENAI HARI ASYURA INI
telah saya pilih beberapa hadist yang sahih untuk di jadikan sandaran.
Hukumnya.
Nampak jelas dari hadits-hadits di atas dan juga dari hadits-hadits yang lain yang semakna dengannya bahawa dulunya hukum puasa hari ‘Asyura` adalah wajib kerana Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam memerintahkannya sebagaimana dalam hadits Ibnu ‘Abbas di atas. Akan tetapi setelah turunnya kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan maka hukum wajib ini dimansukh (terhapus) menjadi sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits Aisyah radhiallahu ‘anha.
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarh Muslim (8/6), “Para ulama telah bersepakat bahawa puasa pada hari ‘Asyura` hukumnya sekarang (yaitu ketika telah diwajibkannya puasa Ramadhan) adalah sunnah dan bukan wajib”. Dan ijma’ akan hal ini juga telah dinukil oleh Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah sebagaimana dalam Fathul Bary (2/246)

JIKA TERLUPA DAN INGIN BERPUASA

Hadits Salamah ibnul Akwa’ radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan seorang lelaki dari Bani Aslam agar mengumumkan kepada manusia bahawa barangsiapa yang yang sudah makan maka hendaknya dia berpuasa pada sisa harinya dan barangsiapa yang belum makan maka hendaknya dia berpuasa, kerana hari ini adalah hari ‘Asyura`”. (HR.Al- Bukhari dan Muslim)

ertinya di sini,andai kita bangun dari tidur atau pagi atau subuh nya kita telah makan atau minum,dan baru menyedari bahawa hari itu adalah hari asyura,maka kita ingin berpuasa,kita boleh lakukannya dengan berpuasa lah baki hari itu sampai lah waktu berbuka.

Jazzakallahu khairan khatira semua : )
3 Komentar untuk "Berpuasa Hari Asyura Dan Niat Puasanya"

Popular Posts

Back To Top