w a n n u r s y a r i f a h

TERAPI SOLAT (DARI PERPEKSTIF ISLAM)

TERAPI SOLAT
(DARI PERPEKSTIF ISLAM)


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurahlagi Maha Mengasihani
Solat adalah rukun islam yang kedua selepas mengucapkan 2 kalimah syahadah.Adapun rukun islam yang lengkap seperti berikut:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. MENDIRIKAN SOLAT.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
Solat menjadi aspek terpenting dalam perjalanan hidup seseorang yang tidak dapat di pisahkan sama sekali.Solat mempunyai pengaruh yang kuat dalam setiap manusia yang beragama tidak kira islam atau tidak.malah juga di dalam islam,solat adalah tiang agama.Ia adalah juga suatu kewajipan yang mesti di tunaikan atau mesti di ganti sekiranya terlupa atau sengaja meninggalkan kewajipan dalam rukun islam seperti di atas.




KEPENTINGAN SOLAT


Menunaikan solat adalah suatu ibadah yang mempunyai kedudukan yang tidak sesekali mampu di tandingi ibadah khusus yang lain.
Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengan mendirikan solatDalam hal ini Rasulullah r bersabda :

  
رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.

Pokok  urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”


  
PENGARUH SOLAT 

 

Solat mempunyai kedudukan yang tersendiri.Dimana bersolat,diri akan memperolehi manfaat dari segi jasmani & kerohanian sekaligus mampu menjadi terapi dalam menangani perbagai aspek permasalahan seperti yang biasa di alami oleh setiap individu khususnya yang beragama islam.

Telah banyak kajian yang telah di lakukan untuk melihat kesan-kesan,faedah,manfaat mahupun kebaikan yang di perolehi apabila bersolat.Ini sekaligus membuktikan serta mengambarkan bahawa solat mempunyai pengaruh yang tinggi dalam aspek kehidupan manusia dan secara individu khususnya dalam membentuk perbagai aspek dari segi menyeluruh samada jasmani atau kerohanian

Kajian mengenai solat sebagai terapi telah di buat untuk melihat kebehasilan solat terhahap diri seseorang antaranya sebagai contoh:
  • Kajianmengenaipengerakkandalamsolatsepertirukuk,sujuddanpengerakkan-pengerakkananggotabadan lain dalam solat.
  • kajian mengenai pengaruh solat tehadap emosi,mental dan physiokologi individu.
  • Faedahdanmanfaatdarisegijasmani ( kesihatanfizikalluar & dalaman )Kerohanian.Dan lain-lain kajian yang terus di jalankansepertiberkaitansainsmisalnya.

     


    Adapun di dalam kisah para nabi yang di catatkan,solat itu mampu mengubh fikiran para pengikut Nabi Syuaib kerana solat mempunyai sasaran pembentukkan sikat mental yang bersih pada manusia sehingga mampu membentuk ketaqwaan dalam hati.Di samping itu juga,solat mengingatkan manusia kepada  keabadian hidup di akhirat.Seperti mana yang tercatit di dalam surah Al-Ankabut ayat 45 berikut,dimana Allah s.w.t berfirman,

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekunsesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannyadan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
Dengan turunya ayat dari surah ini,maka jelaslah bahawa solat itu sesungguhnya ada menyimpan rahsia yang tersendiri baik dari segi jasmani mahupun rohani.

 

 KAJIAN MENGENAI TERAPI SOLAT






Selanjutnya,antara kajian-kajian yang dibuat terhadap individu yang bersolat untuk menbuktikan bahawa solat berhasil menjadi terapi serta penawar kepada diri manusia antaranya adalah mengenai pengerakkan di dalam solat seperti kesan rukuk,sujudduduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir serta juga lain-lain pengerakkan anggota badan yang mempengaruhi fizikal serta kerohanian seseorang.


 FAEDAH SERTA MANFAAT SOLAT

Terdapat faktor-faktor yang mendorong kepada ingin mengkaji sejauh mana solat mampu memberi manfaat kepada aspek fizikal & kerohanian seseorang yang melakukannya sehari semalam atau pun paling kurang 5 kali sehari seperti mana yang di fardhukan sebelum ini.
Kajian-kajian yang di buat keatas kesan pengerakkan dalam solat seperti rukuk,sujudduduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir mendapati tindak balas tertentu seperti tinda balas biologi,emosi,fizikal mahupun kesihatan seseorang yang bersolat.
Menurut kajian  yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok,solat  mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusiaMereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan yang memkaji mengenai tidak balas fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
Hasil dari kajian tersebut,telah dibukukan iaitu SOLAT KEBAIKAN DARI PES PEKTIF SAINS telah menyatakan hasil dari kajian tersebut  selama satu bulan keatas pesakit pinggang dengan melakukan rukuk 90 darjah mampu mengurangkan rasa sakit pinggang.

CONTOH PENGERAKAN DALAM SOLAT
 
MANFAAT RUKUK
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepuniaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Apabila solat tersebut melibatkan pengerakan tertentu,ia sudah tentu akan menghasilkan kesan-kesan yang positif tambahan lagi jika di lakukan 5 kali sehari semalam seperti di dalam solat.

Solat di umpamakan sebagai suatu panduan yang mana ia boleh mencegah serta merawat rasa sakit tubuh badan seperti apa yang telah di kaji oleh beberapa penkaji tersebut.

Dengan itu,kelebihan rukuk dapat di simpulkan secara ringkasnya mampu mengurangkan serta meredakan rasa sakit di bahagian tulang mahupun pinggang.



CONTOH PENGERAKAN DALAM SOLATMANFAAT SUJUD


Seterusnya antara manfaat solat sebagai terapi adalah kesan pengerakan solat ketika sedang bersujud.

Sudah tentu pengerakan ini hanya terdapat dalam solat ( sujud) yang mana perbuatan ini tidak ada dalam aktiviti fizikal lain melainkan hanya di dalam solat.

Antara kelebihan yang dapat di temukan adalah menerusi kajian mengenai sujud di lakukan oleh 3 pengkaji tempatan yang di ketuai oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim hingga berjaya menemukan hasil yang sangat menajudkan  ini.Hasil  dari kajian ini juga telah di bukukan dengan tajuk  SOLAT KEBAIKAN DARI PES PEKTIF SAINS .

Kajian beliau bersama 2 lagi penkaji berhasil menemukan satu kesan keatas otak manusia yang hanya berlaku apabila dalam keadaan bersujud,yang mana otak akan lebih mudah menerima bekalan darah,dan pada masa sama memberi rasa rehat kepada otot-otot jantung dari mengepam darah dengan kuat.Apabila ini berlaku,maka nyatalah seseorang itu akan berasa lega kerasa jantung serta otaknya berada dalam keadaan yang segar seperti otak mendapat berkalan darah mencukupi dan jantung dalam keadaan yang tenang tanpa bekerja dengan kuat.


KESAN SOLAT TERHADAP FIZIKAL DAN MENTAL

Solat memberi ketenang dan kelegaan perasaan
                                   
Dalam menangani permasalah yang secara mendadak muncul hingga terjadinya tekanan atau pun stress,solat juga banyak memberi rasa tenang dan tenteram kepada mereka yang menjadikan solat sebagai suatu terapi untuk meredakan situasi yang dialami baik dewasa mahupun kanak-kanak.
Mengikut Journal OIslamic and Arabic education pula,telah memperbincangkan mengenai kebaikan solat bagi menangani stress dari sudut psikologi,sains dan pespektif islam itu sendiri.
Ini menbuktikan bahawa solat memberi suatu faedah kepada psikologi untuk menangani stress secara tidak langsung baik kepada muda,tua,kecil mahupun dewasa.Solat memberi kebaikan kepada semua golongan malahan juga memberi kesan positif kepada masyarakat.


 SOLAT SEBAGAI TERAPI



  • Doa adalah satu bentuk ibadah yang sangat penting dalam rangka pembinaan hubungan manusia dengan sang PenciptaAmalan sembahyang terdapat bukan sahaja merujuk kepada pelaksanaan undang-undang (Syari `ah) sahajatetapi ia juga mempunyai kesan yang besar pada penyucian kehidupan manusia dan kesihatan fizikal. Salah satu kesan positif daripada solat adalah dalam menangan ikebimbangan yang dialami oleh rakyat.

  • Setelah kali seseorang selesai melakukan solat,maka punca ibadah itu adalah doa.Dimana doa yang di pohon adalah kearah kesejahteraan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain.Ini juga salah satu sebab mengapa solat itu memberikan reputasi yang tinggi kedudukan yang sehingga mampu memberi kesan pada jiwa individu yang melakukanya
  • Sudah tentulah apabila kita mengharapkan hasil yang baik menerusi ibadah solat tersebut,dan hasilnyasudahtentu akan memberi faedah kepada individu terbabit mahupun orang lain secara tidak langsung menerusi perubahanjasmani & kerohanianatau pun melalui doa-doa yang di pohon di dalam solat
 KESIMPULAN


    *Kesimpulannya,dapatlah kita ketahui dan putuskan bahawa,sememangnya dan memang benar bahawa itu secara tidak langsung sebagai terapi dalam menjadi penawar dikala duka,merawat takala sakit,dikala di rumdum resah,solat hadir menjadi diri kuat untuk tabah menghadapi,dikala hati mula pudar hampir hilang seri menanti lenyapnya cahaya illahi,solat itu menjadi penyuluh,cahaya menerangi hati semenangnya sukar dicari ganti.Dan sememangya DIA (solat ituadalah NUR ILLAHI yang datang kepada sesiapa dengan izin-Nya.Maka beruntunglah mereka yang memilikinya.Dan andai kata jika suatu ketulan daging  (hatiitu mati lagi tidak bermaya,maka tiada apalah yang mampu selamatkan.Secara ringkasnya,solat itu adalah suatu petunjuk jalan keluar bagi suatu penyakit hati (gelisah,resah,ketidak temteraman dan lain-lain),serta juga petunjuk bagi sebarang keputusan lain.Jazzakallahu khairan
 

DAFTAR RUJUKAN
 
ØKisah Para Nabi Pengajaran & Iktibar Qishash Al-Anbiya’ Ibratun Li-Uli al-Albab .


ØTerapi solat Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my


ØKesempurnaan solat terapi kesihatan dirihttp://sd2.azhira.com/?p=1024

ØBuku Solat kebaikan dari perspektif sains (Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok)

ØJournal Of Islamic and Arabic education http://www.ukm.my/jiae/pdf/31.pdf

ØUniversiti Malaya http://umrefjournal.um.edu.my/public/article-view.php?id=3524


  
1 Komentar untuk "TERAPI SOLAT (DARI PERPEKSTIF ISLAM)"

solat satu terapi jiwa yang baik. cuma susahnya nak khusyuk dalam solat.

Popular Posts

Back To Top