w a n n u r s y a r i f a h

SELAMAT HARI IBU


SAMBUTAN HARI IBU

11 mei 2014,adalah tarikh sambutan hari ibu untuk kita semua.Bersempena hari ibu ini,saya mengajak semua lapisan masyarakat agar kita bersama-sama menghargai pengorbanan seorang ibu yang tidak terbalas dengan kata-kata.

Jelas sekali,pengorbanan dan jasa seorang ibu amat-amat sukar dan tidak dapat di gambarkan ini sungguh mulia dan penuh kasih sayang.Seorang ibu sangat  tabah dalam membesarkan anak-anak,dikala si ayah pula keluar mencari rezki.

Menjadi seorang ibu,pada masa sama menunaikan tangungjawap sebagai seorang isteri kepada suami,sesuatu tugas serta tangungjawap yang bukan lah mudah seperti di sangka.Hanya mereka yang bergelar seorang ibu dan isteri yang merasai situasi ini.

Tugas ibu serta isteri bukanlah boleh di tafsir dengan pandangan anak mata,di tambahkan kita ada di kalangan para ibu turut bersama membantu suami dalam mencari rezki.

Ibu kini berkerjaya,berkarisma dan tampil lebih ciri-ciri keibuan.Mereka golongan ibu kini menjadi contoh kepada para wanita lain.Ibu menjadi teman paling rapat kita untuk berbicara,meluah rasa serta berkongsi cerita.

Amat beruntung kita yang masih mempunyai ibu.Harus kita menghargai daya usaha perit jerih,pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkan kita kedunia.Terdapat perbagai cara untuk menghargai seorang insan bergelar ibu.Ada kala kita memberikan hadiah tertentu buat ibu.Tapi percayalah,hadiah terbaik buat ibu adalah bila seorang anak itu lebih dekat kepada ibunya.

Ibulah segalanya dunia dan akhirat.Kebahagian seorang ibu adalah kebahagian kita semua.Walau dengan apa cara sekalipun,biarlah ibu tidak merasa jauh dengan kita.Di hati ibu sentiasa bersama anaknya.Anak adalah permata hati ibu.Alangkah gembiranya si ibu apabila mula-mula selamat melahirkan kita.Kini,si anak telah pun dewasa.Usahlah melupakan ibu,akan tetapi,harus untuk kita membuat supaya ibu tidak merasa jauh dari kita walau hidup berjauhan.

Bersama kita menyayangi seorang ibu yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.Mendoakan kesejahteraan ibu dunia dan akhirat,di kurniakan keselamatan dan kesihatan dan kebahagian yang sepanjang masa.Ibulah yang mengandungkan kita,ibulah yang menjaga makan dan pakai kita,memberi pelindungan setiap saat buat kita,memberi kita didikan hingga berjaya,yang telah membesarkan kita sejak kecil lagi dan hingga kini,ibu masih mengambil berat hal anak-anaknya sungguh anaknya sudah berumah tangga.

Kasih seorang ibu,tidak pernah terhenti,kasih ibu membawa ke syurga.11 mei 2014 ini,ungkaplah kata-kata yang bermakna buat ibu kita.Ibu,engkaulah insan yang mulia.Insan yang memberi segala kasih sayang.Ibulah terbaik untuk kita.Ibulah ratu hati ini.

Jazzakallahu khairan

0 Komentar untuk "SELAMAT HARI IBU"

Popular Posts

Back To Top