w a n n u r s y a r i f a h

KEMULIAAN REJAB (Bulan Haram)


KEMULIAAN REJAB BULAN HARAM

Bismillah..

Bulan Rejab adalah salah satu bulan bulan yang di dalamnya adalah haram untuk berperang.Terdapat beberapa bulan yang di haramkan untuk berperang,melainkan untuk mempertahankan diri misalnya di serang atau di ancam,harus lah bertindak balas begitu.

Larangan ini di nyatakan di dalam al-quran seperti berikut;

ﺇِﻥَّ ﻋِﺪَّﺓَ ﺍﻟﺸُّﻬُﻮﺭِ ﻋِﻨﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﺛْﻨَﺎ ﻋَﺸَﺮَ ﺷَﻬْﺮًﺍ ﻓِﻲ ﻛِﺘَﺎﺏِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳَﻮْﻡَ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَﺍﻟْﺄَﺭْﺽَ ﻣِﻨْﻬَﺎ
ﺃَﺭْﺑَﻌَﺔٌ ﺣُﺮُﻡٌ ۚ ﺫَٰﻟِﻚَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﺍﻟْﻘَﻴِّﻢُ ۚ ﻓَﻠَﺎ ﺗَﻈْﻠِﻤُﻮﺍ ﻓِﻴﻬِﻦَّ ﺃَﻧﻔُﺴَﻜُﻢْ ۚ ﻭَﻗَﺎﺗِﻠُﻮﺍ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ﻛَﺎﻓَّﺔً ﻛَﻤَﺎ
ﻳُﻘَﺎﺗِﻠُﻮﻧَﻜُﻢْ ﻛَﺎﻓَّﺔً ۚ ﻭَﺍﻋْﻠَﻤُﻮﺍ ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻊَ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ ﴿٣٦﴾

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu, dan perangilah musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa.” (Surah At -Taubah: 36)

Antara bulan-bulan haram dalam islam

*Zulkaedah
*Zulhijjah
*Muharram
*Rejab

Keistimewaan bulan-bulan dalam islam;

Sempurnakanlah amalan yang sesuai mengikut bulan-bulan berikut.contoh bulan ramadhan,yang di wajibkan berpuasa,maka wajib lah kita berpuasa seperti yang di syariatkan oleh agama.

Bagi bulan haram pula,sempurnakanlah perintah Allah s.w.t,agar tidak berperang,melainkan untuk mempertahankan diri seperti di ancam atau di aniaya.

Bulan Rejab bulan untuk Allah S.w.t

Bulan rejab sangat mendapat keutamaan di sisi Allah s.w.t kepada sesiapa yang beramal soleh sesuai dengan kemuliaan rejab.

Antara amalan yang sesuai adalah bertaubat serta berpuasa pada awal,pertengahan dan akhir.Kita boleh berpuasa pada waktu tersebut dengan di iringi perasaan taubat yang mana akan melahirkan rasa yang berkesan dalam diri.andai hanya lafaz kata taubat saja sudah tentu kita tidak terkesan dalam hati.

Kita tidak perlu berpuasa penuh di bulan ini,kerana ini bukan bulan wajib berpuasa dari awal hingga akhir seperti bulan ramadhan,harus lah ingat bahawa ini adalah bulan HARAM,yang mana WAJIB bagi kita menyempurnakan perintah Allah seperti larangan berperang melainkan di ancam,serta jangan kita meaniaya diri.

Tapi kita jangan pula mengabaikan bulan-bulan haram lain,setiap bulan haram itu ada kebaikan nya tersendiri yang Allah tetapkan.

Itu sahaja untuk artikel kali ini,supaya kita mengenali bulan Rejab dan terutamanya bulan-bulan haram.moga jumpa lagi insyallah.

Jazzakallahu khairan

Tag : ISLAM
1 Komentar untuk "KEMULIAAN REJAB (Bulan Haram)"

Salam Rajab Nor..Semoga amalan kita diberkati Allah..

Popular Posts

Back To Top