w a n n u r s y a r i f a h

NUFFNANG MALAYSIA


NUFFNANG MALAYSIA

Assalamulaikum semua.sekarang ni dah nak masuk bulan ke lima (5) saya bersama nuffnang.jadi harus kiranya saya berkongsi serba sedikit selama saya dengan nuffnang berkerjasama dalam dunia berblogging ni.

Sepanjang hampir 5 bulan ni,secara keseluruhannya okey la.saya bukan material sangat.apa yang penting adalah syarikat tersebut harus kukuh dan stabil.bagi saya nuffnang ni agak stabil dan kukuh berbanding syarikat yang dalam vendor sama.

Setakat ini juga la kan...kempen cpuv selalu menjadi harapan utama kebanyakkan blogger.sama la saya juga.kadang kadang terlebih mengharap.bila kita terlalu mengharap,walau dalam percintaan sekalipun,maka nanti kita akan ter kecewa dan akan mengalami satu luahan jiwa yang akhirnya membawa diri ke muara.(ayat apakah ini ??)

Udah..usah melalut lagi..baik..jangan pernah membandingkan kita dengan yang lain.kita cerita pasal kita je ye..untuk kempen cpuv,setakat ni sudah 11 unit selamat di kreditkan tanpa sempat saya melihat status ongoing itu di mata saya sendiri.jadi saya harap nuff bagi saya kempen cpuv yang ongoing sepanjang tahun.heee...boleh kan..

Salah satu sebab saya masih dengan nuffnang kerana khidmat dari staff mereka sangat pantas dan segera.maksud saya kalau kita send tiket pada mereka.paling saya suka adalah Jessica Goh.Sekarang yang menjawap tiket saya adalah Rossane Tan.pun sangat superb!!!

Dan juga sebab lain adalah nuffnang ni berdaftar dengan ssm.pejabat pun di malaysia.jadi tak bimbang sangat la kalau berlaku apa apa nanti.

Juga sebab lain macam nuffnang ni aktif dalam acara komuniti.kira macam famili days juga la.sebab lain pula macam staff nuffnang sendiri terdiri dari warga malaysia.kita lebih senang berurusan dengan senegarakan,baru la yakin.

Cuma satu je yang saya sendiri faham mengapa kebanyakan blogger angkat kaki.tapi tu rasanye antara mereka dengan nuffnang.saya tiada kena mengena itu cerita.heee

Haa..saya berimpian nak kan sponsor post tu la..macam best jew kalau dapat.hm hm..tapi rasanya buat masa sekarang saya belum layak kowt.tunggu la dalam setahun dua lagi..

Untuk blog ni saya tak cadang nak beralih arah.sebab saya seorang yang setia..uwerk :-p !!!
Tapi saya ada blog versi english.blog yang tu belum sign mana mana kontrak lagi.blog tu belum stabil dari segi segala aspek.baru lahir harus dulu duduk dalam kelambu.nak jatuh pula.kalau nak cari sila la taip wannursyarifah.blogspot.com.sama saja dengan nama blog ni.cuma bezanya dot.com dan blog.spot tu.hosting masih sama.udah di bilang saya masih setia pada yang satu.

Itulah saja ingin di ceritakan kali ini.tips nak dapat cpuv ? Tips nya ada..sabarye..

Ini tipsnya
kalau kita merasakan komunikasi antara blogger itu penting,masa lah juga komunikasi dengan nuffnang sama penting nya.dekat sini ada 4 elemen penting.

*posisi ads
*ruang survey
*biodata
*tiket

Kita cuma perlukan seminggu sekali jew untuk update tu semua.benda yang selalu saya tanya adalah seperti ini.sebab saya kan masih baru muda dan fresh lagi.harus belajar dulu tu.

*saya selalu tanya.how my ads look?
*how my blog perform?
*can I get sponsor post?(walau tak layak tanya saja.mana tahu dapat)
*selalu juga saya hantar ucapan seperti gongxi fa cai,happy wilayah day dan macam macam lagi la.

Akhir sekali kita cuma terus berblogging dan kekal kan jumlah pelawat yang ideai.maknanya yang sesuai la.terpulang pada kita nak macam mana.bagi saya dalam 150-250 sehari dah memandai untuk permulaan.yang penting stabilkan.selepas tu cuba dapat lagi dalam lingkungan >300.

Huish..huish...panjangnye tips ni..lagi ringkas ada tak? Ada..dalam mimpi mimpi mu..kikiki

Jumpa lagi nanti ye.. ^_^×

0 Komentar untuk "NUFFNANG MALAYSIA"

Popular Posts

Back To Top