w a n n u r s y a r i f a h

MENGHADAPI SIRATUL MUSTAQIM





Foto Gambaran mengenai titian sirwt mustaqim
MENITI TITIAN SIRAT MUSTAQIM
Assalamualaikum semua,titian mustaqim sudah tersedia maklum ramai telah mengetahuinya.antara yang banyak jawapan saya terima titian sirat mustaqim itu ibarat sehelai rambut di belah tujuh.kalau begitu ertinya memang amat sukarlah bagi kita nak meniti nya.
Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.
Titian sirat ini di bawahnya terdapat api neraka yang menjulang julang tinggi.juga terdapat cangkuk (As-Sirat) yang berduri (As-Sa'daan),yang tujuannya adalah menarik orang untuk jatuh ke dalamnya,sesiapa yang ringan amal ibadatnya,akan mudah di tarik jatuh ke dalam,apatah lagi mengenai dosa syirik,sudah tentu akan mudah untuk di tarik jatuh ke lembah jurang api neraka tersebut.Astagfirullah,moga terhingga dari dosa syirik kepada Allah s.w.t.(dosa syirik yakni menyekutukan Allah dengan yang lain adalah tidak di ampunkan sama sekali).

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap manusia baik yang beriman atau kufur,akan melaluinya,tidak ada satu pun akan mampu mengelak darinya.ini adalah titian menuju ke syurga,Rasulullah s.a.w Nabi kita akan memimpin kita umatnya ketika melalui titian sirat mustaqim.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai
kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti
(berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu."( Maryam 19:71 )

Siratul mustaqim menjadi laluan bagi semua umat manusia,yang mana meliputi jarak,masa dan perhentian tertentu sebagai satu tanda bagi orang beriman dan sebagai satu azab bagi orang kufur.

Dari padang masyar hingga ke titian sirat mustaqim,keimanan seseorang itu akan di periksa,di titian siratul mustaqim lah seseorang boleh terjatuh ke dalam api neraka,jika keimanannya sangat nipis atau kufur.

Bagi orang beriman,mereka akan tetap melalui nya dengan perbagai cara kepantasan dan corak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” (Hadis Riwayat Muslim)

Mereka melaluinya dengan perbagai kaedah,untuk terselamat dari terjatuh.ada yang sepantas kilat,cahaya,berlari,berjalan,mahupun tersekat sekat,seperti di heret sesuatu,malah ada yang terus sahaja jatuh ke dalamnya.

Mengenai manusia yang melintasi titian siratul mustaqim ini,boleh kita membahagikannya kepada beberapa golongan atau kumpulan berikut:

* Golongan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Golongan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Golongan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Golongan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Golongan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Golongan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Golongan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Golongan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Golongan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Bagi dosa dosa syirik kepada Allah s.w.t,mereka tempatnya adalah neraka.sebagai mana Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."( An-Nisaa' 4:48 )

Ketika melintasi titian siratul mustaqim,terdapat tujuh perhentian untuk di periksa amal seseorang,sebelum boleh melepasi perhentian seterusnya.jika gagal melepasi pertanyaan yang di soal di perhentian pertama,ia akan di larang melepasi perhentian pada peringkat itu.

Halangan pertama- Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.
-Akan di tanya akan keimanan kepada Allah dan rukun iman yang lain.

Halangan kedua-Solat fahdu
-pertma yang di hisab adalah solat.Amal adalah perbuatan yang kita lakukan,maka itu yang pertama akan di hisab.Ia akan di hisap sama ada kusyuknya,ketepatan waktu,niatnya,dan sebagainya,jika ada kekurangan,solat solat sunat yang lain akan menambahkannya.

-Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Halangan ketiga mengenai puasa
-Mereka akan di soal mengenai kewajipan puasanya,andai ada kekurangan,yang sunat akan menambahkanya,jika keduanya tidak memberi makna,mereka tidak berupaya meneruskan perjalanan.
-Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Halangan keempat mengenai zakat
-Jika seseorang itu kedekut lagi sayangkan harta dari mengeluarkan zakat,akan ada ular yang akan menelannya.mereka ini tidak memberi kan hak kepada yang sepatutnya.
-Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra’ yang akan mengikutinyadengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya,pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,“Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya.” Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahawa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Halangan kelima adalah mengenai ibadah haji dan umrah
-ibadah haji bagi yang mampu sahaja yakni yang mempunyai kecukupan untuk melakukan ibadah haji.apabila sudah mempunyai cukup syarat,maka wajiblah pergi haji dari pergi melawat eropah mahupun negeri kaum Nabi Luth.Disitu keutamaannya.
-ini akan di tanya kelak mengenai kecukupan seseorang tapi enggan menunaikan haji,sambil lewa mahupun sekadar inginkan gelaran haji itu sendiri.
-Afdal itu lebih penting.


Halangan ke enam-wuduk dan hadas besar.
-Akan di periksa wuduknya sama ada sempurna atau tidak.wuduk adalah syarat sah solat,jika wuduk tidak sah atau sempurna,maka solatnya tidak sah.
-hadas besar,jika mandi hadas besarnya tidak sah mahupun sempurna,solat yang berkekalan tidak sempurna selama mana seseorang itu tidak berhadas besar dengan sempurna.Malah malaikat juga tidak akan melindunginya sewaktu tidur di malam hari.

Halangan ketujuh-Adab terhadap ibubapa,nilai ukhwah persaudaraan,hubungan sesama makhluk
-Halangan ini,adalah yang paling sukar,baru lah kita sedarkan pentingnya adab terhadap ibubapa,persaudaraan,dan perilaku terhadap makhluk Allah.
-Yang di zalimi akan menuntut haknya,yang mendehaka tidak akan melepasi,Imam al-yang gemar memutus silatulrahim akan di soal disini,Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat di hari sukar kelak.moga kita dapat melepasi titian ini dengan selamat serta dapat berjumpa di Al-Jannatul aulia.Jazzakallahu khairan

Tag : ISLAM
0 Komentar untuk "MENGHADAPI SIRATUL MUSTAQIM"

Popular Posts

Back To Top