w a n n u r s y a r i f a h

MELAWAT KUALA SELANGOR siri1


MELAWAT KUALA SELANGOR SIRI1
Assalamualaikum semua,dua tiga hari ni saya tak update blog sebab saya bercuti di kuala selangor,memang seronok sebab banyak tempat saya pergi melawat.antaranya pantai yang di jeram tu.kemudian merasai angin pagi di jeti berhmpiran resort.yang buat kami teperanjat adalah kira² jam 7pagi tu sedang bersiar² di atas jeti,dan melihat permandangan bot nelayan mencari rezki,ada dua ekor buaya timbul dari bawah jeti dan tertiba mengamuk tak tentu pasal,heran lah kami,kemudian ada lagi seekor buaya timbul dari arah seberang di sebalik semak samun,saya bagi tahu sahabat saya,mujur kita tak ke seberang nuh.
Semasa kami mula sampai di kuala selangor ni,tempat yang mula² kami tuju adalah pantai,nama pantai saya lupe,hee..tapi kat sini ade banyak ikan belajak.sangat cumel menarik hati.di sini dapat tengok bot nelayan yang sedang menjala,orang memancing,serta beberapa pengunjung sedang bersantai menikmati keindahan pantai.
Yang ni ikan belacak tengah melarikan diri,hihi cumel je,kecik sangat ikan ni.ikan spesis ni tak boleh di makan sebab dia hidup dua alam ..
Ikan belacak duduk atas batu.nampak tak? Gambar kurang jelas(camera hp jew ni). Ikan belacak ni tengah duduk memehatikan laut berombak.tapi kalau kita pergi dekat dengan dia,ikan ni akan meloncat ke laut.pemalu betul kan...
Antara permandangan yang sempat saya rakamkan dalam hp..laut yang indah ciptaan Allah s.w.t,terdapat pulau nun di hujung sana..oleh kerana cuaca seakan mendung,kami pun beransur pulang,petang hari kami tiba di kuala selangor ni,hujan turun agak lebat..Alhamdulilah... Pada waktu malamnye,agak dingin,dalam jam 9malam kami melawat bandar jeram,kuala selangor dan tempat nelayan menjala ikan,nama tempat kami tak tahu sebab pertama kamli datang,masa ni agak kurang orang sebab baru lepas hujan,tak lama tu ramai datang yang turut memancing dan menjala ikan,saya sempat berborak dengan seorang anak nelayan yang ingin menjala udang di sungai selangor ni.dia baru berpindah ke sini mengikut ayahnya yang berpindah tempat keje.adik tu kecik je,rasanya dalam 13 tahun,tapi rajin menolong ayah memukat udang,sempat juga kami membantu mengankat perlatan ke dalam bot. Dari jeti,kami dah boleh melihat mereka sedang memukat udang galah,di atas bot mereka ada lampu signal hijau berkelip kelip,saya pun tak tahu makna signal tu, Kami pulang sebaik jam menjangkau 11 lebih,penat berjalan jalan,tapi seronok..insyallah saya akan update siri kedua pula ye di kota muala selangor ni..jumpa lagi..dalam siri ke 2 tu nanti insyallah saya ceritakan pengalaman di sengat ikan ..hee
0 Komentar untuk "MELAWAT KUALA SELANGOR siri1"

Popular Posts

Back To Top