w a n n u r s y a r i f a h

LA TAHZAN-Kami doakan HM370 sentiasa selamat


KASIH SAYANG ALLAH S.W.T

Kasih sayang Allah s.w.t terhadap hambaNya.

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya. Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia,

Ia pun berkata sesudah sampai masa menuntut haknya tentang ibadat  semasa hayat nya,

"Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.

"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau berputus asa terhadap kasih sayang-Ku,"jawab Allah.

Janganlah kita membuat insan lain berasa berputus asa kepada kasih sayang Allah terhadap hambaNya,sebaliknya haruslah kita bersama berdoa untuk kesejahteraan bersama serta mendapatkasih sayang dari Allah s.w.t.

“Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dan aku bertawajjuh kepadaMu dengan syafaat Nabi Muhammad, Nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku telah bertawajjuh kepada Tuhanku dengan syafaatmu untuk hajat ku ini supaya ia dikabulkan. Ya Allah, terimalah Syafaatnya untukku”.

Allah menyayangi hambaNya,selama mana hambaNya menyayangi sesama mereka,kerana,islam tidak bergerak secara individu,sebaliknya menerusi kesepakatan ummah.andai seseorang yang lain dalam kesusahan,harus ada penolong baginya,begitulah seadanya,dan sebaik-baik penolong adalah Allah s.w.t.

Yaa Rabb ku,juga Tuhan bagi mereka,Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi,Rasulullah s.a.w Muhammad kekasehMu juga  kekaseh bagi kami,selawat dan salam keatas Baginda,keluarga serta ahlul baitnya.Gantikanlah sesuatu kemudaran itu dengan sesuatu yang lebih baik keadaannya dan sejahterakanlah semua orang islam di dunia ini.

Puasa dan solat juga boleh dilakukan di samping berdoa untuk sesuatu.insyallah,Akan Allah perkenankan doa kita semua.haruslah tetap bertawakal kepada Allah s.w.t

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama
"Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua
nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak
nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah
engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang
sederhana antara itu."(Al-Israa' 17:110)

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka
serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama
itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran
dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.( Al-A'raaf 7:180 )

Jika seseorang itu sedang di uji,ketahuilah..dia adalah insan terpilih.Maka bertawakalah.ada kemungkinan Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik lagi.Semoga kerja misi pencarianpesawat mh370 membuahkan hasil.

Jazzakallahu khairan

#PRAYFORMH370
#INSANTERPILIH

0 Komentar untuk "LA TAHZAN-Kami doakan HM370 sentiasa selamat"

Popular Posts

Back To Top