w a n n u r s y a r i f a h

KHALIFAH ISLAM SIRAH NABAWIYAH

KHALIFAH ISLAM SIRAH NABAWIYAH

Khalifah islam Sirah Nabawiyah


assalamualaikum,untuk artikel kali ini saya akan mengulas dan berkongsi sedikit mengenai khalifah islam,sistem dan pengurusannya,serta yang berkaitan dengan khalifah islam,sistem mengikut sirah nabawiyah.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda :
"Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelumqiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku, nama
bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman". Hadith riwayat Abu Daud danTarmizi.



Terhenti sejak 3 mac 1924

Sistem kekhilafahan islam sebenarnya belum tamat,akan tetapi terhenti seketika sejak 3 mac 1924 sejurus keruntuhan daulah khilafah uthmaniah di turki ekoran konspirasi pihak perosak islam yang sememangnya menantikan detik kejatuhan itu sejak dulu lagi.Jadi mungkin  ada beranggapan sistem khalifah mungkin baru,akan tetapi sebenarnya telah lama di wujudkan sejak kewafatan Rasulullah s.a.w lagi.



Setiap 100 tahun

Namun,Rasulullah s.a.w telah nyatakan bahawa setiap 100 tahun,akan zahir seorang pemimpin bagi umat islam di dunia ini,dan kita sekarang kearah itu,walau sesukar mana pun.



Sirah Nabawiyah

Khalifah adalah ketua yang mana sistemnya adalah khilafah.khalifah seorang pemimpin bagi umat islam yang mana akan meneruskan sirah nabawiyah iaitu mewarisi sistem pemerintahan mengikut jejak kenabian Rasulullah s.a.w.Sirah Nabawiyah yang saya guna pakai disini adalah merujuk kepada Khilafah ala Manhaj an Nubuwah.



Peranan Khalifah Islam

Peranan seorang pemimpin Khalifah sangat berat,antara tujuan zahirnya khalifah islam kelak adalah memperbarui agama islam di kalangan umat islam ini agar kembali kepada corak hidup agama Allah yang sebenar.IaItulah sebabnya di mana kehadiran seorang khalifah islam pada masa kini di anggap sebagai meneruskan sirah kenabawiyah,dan bukan semata-mata membela umat islam dari kezaliman dunia.


-Hadits no 599-
"Sesungguhnya Allah membangkitkan untuk umat ini pada setiap awal 100 tahun orang yang memperbarui serta memperbaiki untuk mereka agama mereka." (Sahih).
Imam Ahmad telah mengisyaratkan tentang sahihnya hadits ini, dan sungguh Adz-Dzahabi telah menyebutkan di dalam Siyar Al-A'lam : Imam Ahmad bin Hanbal berkata : dari jalur-jalur darinya bahawa sesungguhnya Allah membangkitkan bagi manusia setiap awal 100 tahun tahun orang yang mengajarkan mereka sunnah-sunnah, dan menolak kedustaan dari Rasulullah s.a.w.
Dia berkata : maka kita melihat pada pada abad pertama adalah Umar bin Abdul Aziz, dan pada abad kedua adalah As-Syafi'i.
Ciri-ciri Khalifah islam akan datang
Menurut menantu Rasulullah s.a.w,yakni Sayidina Ali r.a, ketika memandang anaknya al-Hasan r.a, berkata,
“Anakku ini adalah seorang Sayid, separti yang Nabi s.a.w menamakan dia. Daripada
keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa.”
Kemudian dia menyebutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan(masa pemerintahannya).”(Abu Daud).
Dari sahabat Nabi,Abdullah r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda:
“Kalaulah umur dunia ini hanya tinggal sehari saja lagi, pasti Allah akan panjangkan hari itu sehingga diutuskan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi oleh penindasan dan kezaliman.”(Abu Daud & At-Tarmizi)
Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi
di dalam mimpi adalah benar.
Saat di bai'ah (lafaz taat setia)
Bai'ah ni umpama taat setia, mengakuinya dan mengikutnya dengan yakin kepadanya.
Beberapa hadist turut menyatakan keadaan sebelum dan saat imam mahdi ini di bai'ah.
Imam mahdi akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS.
Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."
Di pelihara Allah s.w.t
Daripada Sayidatina Aisyah Ummul Mu'minin r.anha telah berkata :
"Pada suatu ari tubuh Rasulullah s.a.w bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawap;
"Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi."
Kemudian aku bertanya;
"Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?"
Baginda menjawap;
"Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatuperjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza.Kemudian Allah akan membangkitkan mereka padahari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada kitab al-Buyu'. Riwayat Muslim pada kitab al-Fitan
Tempoh pemerintahan
Tempoh pemerintahan khalifah (al-mahdi)tidak lah lama,sebaik kematian dajjal yang di bunuh oleh Nabi isa .a.s hingga mencapai beribu ribu tahun.ini kerana pada fasa selepas kekhalifahan islam terzahir,maka itu proses bermulanya hari kiamat akan terjadi pada bila bila masa sahaja.(rujuk tanda-tanda kiamat).
Dari Abu Said al-Khudri r.a, bahawasanya Nabi s.aw bersabda,
“Akan ada di kalangan umatku (ketika itu) seorang al-Mahdi. Jika (umur dan
pemerintahannya) dipendekkan (selepas kematian al-Masih Dajjal), lamanya tujuh tahun,jika (di pendekkan tempoh pemerintahannya) maka sembilan tahun.umatku akan memperolehi (sebanyak-banyak) kenikmatan, yang belum pernah diperolehi oleh mereka sama sekali nikmat yang seperti itu. Mereka diberikan makanan (yang sangat banyak) sedangkan kamu tidak menyimpan sesuatu pun dari mereka (yang sehingga sebanyak itu). Dan harta benda pula pada waktu itu, terlonggok dengan amat banyak. Lalu seorang lelaki berdiri (meminta di hadapan al-Mahdi) dan berkata,
“Berilah aku (harta).”
Kata Imam Mahdi,
“Ambillah (sebanyak yang engkau mahu).” (Ibnu Majah).
Sabda Nabi s.a.w,
“(Nabi) Isa bin Maryam AS akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan al-Mahdi.Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu,
“Sesungguhnya di antara kamu ada (seorang) pemimpin yang (sangat)dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.” (Muslim).
Abu Said al-Khudri r.a menceritakan bahwa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan,
“Dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan penyelewengan. Ketika itulah seorang
lelaki dari kaum keluargaku akan naik memerintah selama tujuh atau sembilan tahun dan akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”(Imam Ahmad)
Sabda Nabi s.a.w,
“… seorang lelaki dari kaum keluargaku akan memerintah selama tujuh atau sembilan …”
Pemerintahan Imam Mahdi selepas kematian Dajjal adalah selama tujuh hingga sembilan tahun dan seperti yang dijelaskan dalam hadits yang terdahulu, tempoh sembilan tahun ini buknlah menurut ukuran kita pada masa ini tetapi adalah tujuh atau sembilan tahun menurut kiraan pada masa itu. Jadi, lama sebenar Imam Mahdi memerintah dunia ini jika dilihat menurut ukuran kita pada masa ini ialah antara seratus empat puluh tahun hingga seratus lapan puluh tahun. Ini
disebabkan oleh ukuran masa setahun pada masa itu bersamaan dengan dua puluh tahun menurut ukuran pada masa kita ini.
Samalah ertinya di mana dajjal hidup selama 40 hari akan tetapi dalam tafsir yang berbeza.(rujuk tempoh dajjal hidup di dunia)
Walaubagaimanapun,Allah s.w.t jualah yang lebih mengetahui akan ketetapan aturan di dunia ini.
Terdapat banyak lagi riwayat hadist Rasulullah s.a.w mengenai imam mahdi yang tidak dapat saya rungkai semua di dalam ini,sebaliknya hanya mampu berkongsi serba sedikit yang ada.
Diharap ini dapat memberi manfaat buat semua.Jazzakallahu khairan
0 Komentar untuk "KHALIFAH ISLAM SIRAH NABAWIYAH"

Popular Posts

Back To Top